Chicken Chop Versi Goreng & The Gang

10:37 PTG

Tadi tulis entri tentang 3 anak bujang yang sudah besar. Sekarang entri tentang si bujang bongsi, si kenit Firdaus! Bulan puasa kali ini, setiap kali nak masak menu apa untuk berbuka atau bersahur, Encik Suami kata: Tanya Daus. Dia nak makan apa?

Selera kami, makan minum apa saja yang ada, baik ketika berbuka atau bersahur. Firdaus pula nampak terkulat-kulat waktu sahur. Kadang-kadang tak mahu makan langsung. Encik Suami cuba penuhi seleranya supaya keesokan harinya badannya bertenaga. Itu sebabnya Encik Suami suka tanya Firdaus sebelum tidur : Esok pagi Daus nak sahur apa? 

Sekarang Firdaus ikut PDPR. Sebelah pagi sekolah agama, dan petang sekolah rendah. Banyak tugasan yang perlu disiapkan untuk dihantar kepada guru-guru mata pelajarannya.

Hari ini Firdaus ingin berbuka puasa dengan chicken chop. Pesannya lagi: Daus nak chicken chop yang crispy. Pukul 4 petang, alam sudah gelap gelita! Hujan turun mencurah-curah pula. Amie sediakan dua masakan, iaitu mee hoon sup untuk Amie dan Encik Suami. Chicken chop itu untuk Firdaus saja. Kali ini chicken chop goreng Amie temankan dengan colelslow, kentang goreng dan sos lada hitam. Oleh kerana Firdaus sukakan sos lada hitam, jadi Amie masak lebih dan boleh dipanaskan semula jika ingin digunakan.


Jom kita lihat resipi Chicken Chop Versi Goreng di bawah ini. Nampaknya kulit chicken chop terlebih 'warna' sebab lambat angkat dari kuali. Maklumlah sambil menggoreng sambil menghantar laporan kerja hari ini. Bukan apa. Anak buah lambat hantar, jadi terpaksa kita uruskan untuk sampai segera kepada pentadbir.

Bahan-bahan:

  • 1 kepingan bahagian peha ayam - buangkan tulang - cucuk-cucuk sedikit dengan garfu
  • 1 sudu kecil bawang putih kisar
  • 1 sudu kecil halia kisar
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 1 sudu kecil kicap manis
  • 1 sudu kecil Maggi Cukup Rasa
  • sebiji telur - pukul ringan
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • bread crums secukupnya
  • minyak
Cara memasak:
  1. Gaul ayam bersama bawang putih, halia, lada sulah, sos tiram, kicap dan maggi Cukup Rasa. Perap sekurang-kurangnya selama 1 jam.
  2. Kemudian salut ayam dengan tepung gandum.
  3. Seterusnya celupkan ke dalam telur yang sudah dipukul ringan.
  4. Salut  seluruh ayam tadi dengan bread crumbs.
  5. Goreng  ayam hingga kuning keemasan atau sehingga masak.
  6. Hidangkan bersama sos lada hitam, coleslow dan kentang goreng.
Untuk membuat Sos Lada Hitam, boleh klik di sini : CHICKEN CHOP & THE GANG.


Encik Suami suka makan coleslow. Itu sebabnya Amie buat lebih. Lagi pun kobis yang Fairuz beli di Kundasang belum berusik. Memang sedap sangat coleslow ini. Resipinya sama seperti yang Amie buat sebelum ini. Kalau buat rumah terbuka atau majlis-majlis kecil yang ringkas, Amie gunakan resipi yang sama. Hasilnya tidak pernah mengecewakan para tetamu. Fuad pun gunakan resipi yang sama dalam pertandingan memasak di sekolahnya. Dapatlah menang tempat kedua masakan Lamb Chopnya!
Boleh klik di sini untuk tutorial lengkap, dan gambar bahan serta cara membuat coleslow: COLESLOW SEDAP!

Bahan-bahan:
  • 1 kg kobis- bilas & toskan, hiris halus dan cincang / sagat
  • 1/2 biji lobak merah - hiris halus dan cincang (kalau tidak suka warna lobak lebih menyerlah, gunakan sedikit saja)
  • 1 labu bawang besar - hiris dan cincang / sagat
  • 5 sudu besar yogurt asli
  • 8 sudu besar mayonis
  • 4 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 biji lemon- perah jusnya
Boleh tambah atau kurangkan sebarang bahan di atas mengikut citarasa masing-masing.

Cara:
  1. Gaul rata semua bahan di atas hingga sebati.
  2. Simpan beberapa jam di dalam peti sejuk - simpan semalaman lebih baik.

Seperti biasa. gambar di dapur waktu senja memang tak berapa jelas. Hujan. Gelap. Sudah tiba waktu berbuka!

14 comments

  1. KAN MAIN SELERA DAUS ALHAMDULILLAH

    BalasPadam
  2. sedap nampak coleslaw tu kak amie yummss

    BalasPadam
  3. Chicken chop tu nampak macam hidangan restoran. Semoga Daus lebih semangat nak berpuasa. Selalu gitu lah, anak-anak yang berselera lebih bila berbuka.kita dah dewasa ni makan je apa ada.

    BalasPadam
  4. Kena follow selera anak anak supaya dia rasa selera nak makan. Kita yang dewasa ni tak kisah sangat. Masak simple simple pun okay dah. Siap pesan nak chicken chop crispy tu :)

    BalasPadam
  5. nampak sedap ciken chop tu. terima kasih share resepi tapi nak buat sendiri tu agak malas jugak lah...

    BalasPadam
  6. terima kasih sudah berbagi resep, kak Amie. Salam kenal dari Indonesia ^_^

    BalasPadam
  7. kak amie punya coleslow !!! wowwwww

    BalasPadam
  8. Suka coleslow selalu beli kepci memang laju je makan coleslownya. Mudah juga ya buatnya. Chicken chop daus memang menggoda sungguh ni

    BalasPadam
  9. sama macam dana dan Edy, setiap hari akan tanya menu aiyan untuk berbuka... tapi setiap hari jawabnya fries dan nugget, tapi selalu dana akan masak 1 menu berat juga .. untuk sahur hidangan ringkas , aiyan dana memang akan suap baru la laju sikit makannya.

    BalasPadam
  10. sedapnyaaaaa lahaiiiii... nak resepi sos lada hitam boleh?

    BalasPadam
  11. Bila ada anak- anak yang berpuasa memang akan masak makanan ikut selera anak kan...sebagai upah dia berpuasa...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe