Kurma Medjool & Kurma Safia
3:59 PTGHari ini Amie banyak termenung. Membayangkan 18 orang rakan sekerja yang perlu menjalani swab test bersama murid setiap kelas yang mereka ajar. Besarnya dugaan ini. Angka mangsa Covid-19 semakin mencanak naik. Encik Suami yang baru pulang dari sekolah-sekolah yang diselianya bawa berita katanya, memang ramai dalam kalangan murid-murid sekolah lain yang positif!
Nampak bayangan tempoh PKP Lahad Datu 11-24 April 2021 akan dilanjutkan.
Belum ada ura-ura ke dapur untuk menyiapkan hidangan berbuka petang ini. Rasanya cukuplah dengan adanya bekalan kurma, dan masak sedikit juadah untuk Firdaus.
Kurma Medjool & Kurma Safia |
Beberapa hari lepas, anak buah, Abang Aznan berikan kami sekotak Kurma Safia Yusuf Taiyoob. Alhamdulillah. Rezeki Allah di bulan nan mulia. Dapatlah menampung bekalan kurma kami sepanjang bulan puasa.
24 comments
Anak akak yg no 3 tak makan kurma..al kisahnya 3,4 th lps bln posa,dia buka kurma dulu sebelum makan..ada ulat 2,3 ekor tergedik2 dlm kurma haha..fobia smp skrg tak mon
BalasPadamKesian pula sampai fobia.
Padamkita paling suka kurma madu hhee.. kurma basah2...
BalasPadamkurma kering ni , kurang sket... hehe
Kurma medjool lembut.
PadamRisau covid sekarang ni, kes makin meningkat. Moga moga ada perubahan lah di bulan puasa ni.
BalasPadamNak keluar punn takut, terlampau ramai orang kann kak amie.
Entah bila akan berakhir. Doa sajalah semoga berakhir segera.
PadamSemoga rakan- rakan & murid semua tu di mudahkan urusan & bebas dari covid serta kita semua juga dijauhkan dari wabak covid
BalasPadamAamin ya Allah. Sudah terlalu lama asyik mengurung diri.
PadamElok elok kes dah turun, sekarang dia naik balik ke 2k lebih. Kenderaan masih ramai dijalanan. Tak tahulah bila nak susut kes baru tu. Alhamdulillah dalam dugaan, ada yang berkongsi rezeki berikan kurma :)
BalasPadamItulah... tak dapat dijangkakan. Tiba-tiba mencanak naik. Allahu Akbar.
Padamsemoga akak dan keluarga dilindungi dari wabak ni, InsyaAllah.
BalasPadamAamiin ya Allah. Begitulah dengan dirimu dik.
PadamBanyak kluster di sekolah kan sekarang ni. Walau tak ada anak, saya pun menung juga tengok kes tak sudah-sudah. Jemu
BalasPadamSekolah pun dah tak selamat walau amalkan SOP ketat.
Padambahaya klu beli kurma sbb boleh habis in one sitting
BalasPadamLagilah kalau kurma yang menepati selera ye Atie.
PadamRisau juga tenguk angka mencanak-canak naik. Gerenti lah tahun ni raya tak dapat berkumpul beramai lagi. huhuhu sedih tapi untuk kebaikan semua keluarga kenalah redho. Geram je tenguk orang engkar SOP dan tiada penjarakan sosial.
BalasPadamTeringat masa kat MAdinah pelbagai jenis kurma terjual. Seronoknya merasa semua kurma yang ada. Tapi Kurma Ruthob sedap. Kurma Ajwa memang tiada tandingan
BalasPadamSuka juga kurma Safia Yusoof Taiyob tu cuma tahun ini saja mencuba jenama lain..
BalasPadamkurma medjool tu dana suka sebab saiznya yang besar makan 1 dh kenyang... safia pun antara yang biasa beli untuk bekalasn dibulan puasa...
BalasPadamkurma medjool ni mcm kurma safawi... both sedap n sy suka ;-)
BalasPadamAlhamdulillah, dapat kurma.
BalasPadamSemoga kes covid semakin berkurang di sana.
Kurma wajib ado waktu Ramadhan 👍👍
BalasPadamSA suka kurma Medjool sebab lembut dan besar2..ada rasa creamy and melting in your mouth gitu...
BalasPadam