Bukan Sekadar Resepi AROMA ANTARA BENUA

9:33 PTG

Antara buku kategori travelog yang disarankan oleh Ustaz Ruzain Syukur Mansor dalam kuliah SBTI Penulisan Buku Travelog  untuk dibaca termasuklah Bukan Sekadar Resepi AROMA ANTARA BENUA, hasil karya Roza Roslan. Setelah Amie rujuk Pak Google, rupanya penulis buku ini merupakan seorang blogger suatu ketika dahulu dan Amie pernah menjadi pengikutnya di sini: Hidup itu Indah..Kenangan cerita diri. Bagaimanapun aktivitinya yang bermula pada 2009 terhenti setakat September 2011, namun sekarang masih aktif di FB.

Oleh kerana masalah talian di LD yang sangat lemah sepanjang minggu ini, Amie minta Abang Farid belikan buku ini secara online dan kelmarin sampailah Bukan Sekadar Resepi AROMA  ANTARA BENUA imi.

Buku ini terbit pada tahun 2013. Sudah berusia 8 tahun tetapi baru kelmarin jodohnya bertemu dengan Amie. Terima kasih sekali lagi kepada Ustaz Ruzain atas cadangan untuk membaca hasil karya Roza Roslan.


Gaya penulisan buku ini sangat menyentuh rasa. Setiap peristiwa yang dilalui dikaitkan dengan Yang Maha Pencipta. Membaca mukadimah serta beberapa testimonialnya sahaja hati sudah meronta-ronta untuk terus membuka helaian seterusnya.
Sungguh! Roza membuka keajaiban melalui buku ini dengan menggabungkan nilai ketuhanan di dalam resepi masakan. Kesungguhan Roza mempelajari pelbagai resipi di luar Malaysia dalam setiap pengembaraannya menunjukkan betapa ilmu itu perlu dicari dan diamalkan.
Buku ini setebal 423 halaman. Mengandungi 42 buah resipi dari pelbagai negara dan 15 buah resipi bonus dari Timur Tengah. Setiap resipi ada paparan gambar dan  cerita yang dikongsi bersama.

                          

Sangatlah asyiknya membaca Resipi 1 : Karipap Kelana Jaya. Dibawanya imaginasi kita ke zaman remaja penulis di Segamat Johor. Kisahnya berkembang untuk mencari pekerjaan di kota raya dengan hidup menumpang di rumah keluarga angkat ayahnya. Sebulan lamanya mencari kerja , menghadirinya temu duga berulang kali, akhirnya dengan berbekalkan baki wang sebanyak RM10, wang sisa terakhir yang ada di tangannya, penulis menghadiri temuduga di  sebuah syarikat. Esoknya penulis diminta mula bekerja.

Selama sebulan tinggal bersama keluarga Chek, sebelum mendapat kerja, penulis mengisi masanya dengan membantu Chek menyiapkan tempahan makanan seperti mengupas keledek untuk dibuat inti karipap, menolong menjaga serunding daging atau udang kering sebagai inti pulut panggang dan menghiris lobak merah serta sengkuang untuk popia.

Penulis sangat terharu walaupun tiada hubungan persaudaraan dengan keluarga Chek, penulis tidak perlu membayar sewa rumah dan setiap hari dapat makan percuma.

Penulis kaitkan pengalaman yang dilaluinya sebagai bukti kekuasaan dan kasih sayang Allah. Menurut penulis, Chek lambang kekuatan hati seorang ibu dan isteri. Penulis abadikan Karipap Kelana Jaya sebagai resipinya yang pertama di dalam buku ini.

Apabila Amie baca dua ayat terakhir, tak semena-mena air mata terus mengalir:

Mudah-mudahan-mudahan Chek dan keluarga dilapangkan kuburnya. In shaa Allah, mudah-mudahan dapat bertemu di Syurga Firdaus.

______________________________

Khusyuk membaca, dibawa arus kenangan penulis, akhirnya Amie kesat air mata dan cepat-cepat tutup buku. Jam menghampiri pukul 5 petang. Masa untuk sediakan juadah berbuka di dapur.

                       

Di belakang buku ini terungkap:

Pada suatu ketika Heather mengunyah sesuatu dengan tertib sambil mengalirkan air mata. Kemudian beliau mencapai segelas air dan memintanya lagi. Kami bertanya apakah yang menyebabkan beliau begitu dan beliau menunjukkan bahannya.
    "Puan makan cili kering rupa-rupanya. Maaf, saya terlupa menerangkan yang sesetengah bahan seperti cili kering, halia dan bawang besar di dalam ayam ini tidak perlu dimakan jika tidak suka. Halia dan bawang besar ini memang enak sekali dimakan bersama ayam bergajus."
     Allahu Akbar!
  Kami mempelajari sesuatu tentang budi bahasa orang Inggeris. Mereka mahu menjaga air muka tuan rumah sehingga langsung tidak mencebik walaupun  makanan yang disuap ke mulut tidak kena dengan selera mereka. Hatta kepedasan yang amat sangat mahu ditahannya.

29 comments

  1. Syukur abang Farid ada tolong belikan buku untuk mommy. Sedih membaca kisah hidup orang lain. Eh eh Segamat, sekampung saya tu. Mesti sedap karipap daripada resipi penulis :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam ada kelainan dalam resepi kulit karipapnya tu Fiza. Dibubuh jintan manis. Ada masa nanti Kak Amie nak cuba.

      Padam
    2. Kulit karipap bubuh jintan manis...mesti rasa berempah. Lain dari yang lain ni karipapnya.

      Padam
  2. Ooo buku ni kisah perjalanan hidup penulis sambil dia memasak eh kak.. Mcm menarik plk..

    BalasPadam
  3. nanti akak share lah resepinya yg akak cube di sini ye...

    BalasPadam
  4. buku yg menarik dibaca karya yg mengesankan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, karyanya mengesankan. Saya nak cari karyanya yang lain.

      Padam
  5. Menarik juga sambil share resepi sambil cerita tentang pengalaman. Baru faham tajuknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kelainannya ialah sentiasa mengaitkan dengan nilai ketuhanan dalam setiap karyanya.

      Padam
  6. Puan Roza Roslan salah sorg penulis yg akak minat hasil karyanya..

    BalasPadam
  7. Orang dulu-dulu tidak perlu hubungan darah untuk saling membantu kan cikgu.Teringat dulu- dulu memang sesiapa sahaja yang bermusafir,akan ada yang menawarkan tempat tinggal,makan & dilayan sebaiknya sebagai tetamu.Rindunya suasana itu.

    Walaupun Inggeris pernah menjajah negara kita,tapi disatu sudut lain, ada amalan mereka yang baik yang tidak boleh dinafikan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insaf baca buku ni MamaCella. Kerdil sangat rasa diri ini.

      Padam
  8. waaa... baiknyaa walau tak ada pertalian tapi makan percuma dan free stay :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah rezeki penulis di saat kesempitan hidup di kota raya.

      Padam
  9. Buku Resepi Antara Benua belum sy miliki. Tapi buku Bukan Sekadar Resepi tulisan Kak Roza sy dah khatam berkali-kali. Seronok menghayati gaya penulisannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah sebabnya saya nak cari hasil karyanya yang lain.

      Padam
  10. judul buku resei macam judul novel! nais!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kategori travelog / novelog yang diolah dengan gaya yang sangat memikat pembaca!

      Padam
  11. Menarik sungguh resepi dalam kehidupan. Amie dah cuba buku resepi Makcik Raja tulisan noor suraya. Dia punya resepi ada kaitan dengan novel-novelnya dan juga kenangan bersama aruah atuk dan aruah maknya.

    BalasPadam
  12. Hadoi.. menariknya baca review kak Amie..
    Penulis berjaya mengolah buku menjadi bahan yang menarik dibaca..

    BalasPadam
  13. menarik bukunya kak... ingatkan cuma buku resepi

    BalasPadam
  14. Menarik bukunya. Resepi, dan ada cerita di sebaliknya. Selamat membaca, Amie. :)

    BalasPadam
  15. menarik bukunya... sebelum ni sy selalu jumpa Puan Roza kat pesta buku PWTC. tapi sejak covid ni... payah da... boleh dikatakan saban tahun dia hasilkan buru baru..

    BalasPadam
  16. Ingat novel tadi...buku resepi rupanya...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe