Merisik Khabar Anak-Anak Bujang

by - 8:44 PTG

Encik Suami selalu tanya: Sudah telefon anak-anakkah? Anak-anak yang dimaksudkan itu sudah tentulah 3 bujang kami itu. Setiap hari Encik Suami telefon, kalau tidak waktu siang, sebelum tidur mesti nak dengar suara anak-anak yang jauh. Lagilah ketika bulan puasa begini. Sebelum berbuka puasa memang Encik Suami telefon dulu Abang Farid dan Fuad. Buka puasa apa? Masak sendirikah? Beli makanankah?

Dulu hanya 2 bujang saja yang di telefon. Sekarang 3 orang pula!

3 bujang!

Hidangan berbuka puasa Abang Farid

Abang Farid masak sendiri. Bila berada di dapur sendiri, suka hati dialah nak masak apa. Sudah tentunya masakan yang digemarinya. Waktu sahur pun Abang Farid masak sendiri juga. Maklumlah duduk membujang solo di rumah sewa.


Fairuz?
Dunianya sekarang hanyalah ikan. Diselang-seli dengan udang, sotong dan kahanga. 


Bulan puasa begini tak sempatlah Amie nak melihat ikan yang datang dari Tambisan dan Semporna. Semuanya dibawa ke Kota Kinabalu.


Sesekali Fairuz hantar gamba-gambar ikan yang sedang diuruskannya.

Fairuz berbuka puasa di Hotel RAIA.

Petang tadi Fairuz bersama abang-abang sepupunya berbuka puasa di Hotel RAIA Kota Kinabalu. Biasanya mereka akan menginap semalam di Kota Kinabalu sebelum kembali semula ke Lahad Datu.
Tak dengar pula cerita Fuad di Johor.
Pernah sekali katanya, lauk berbuka puasa yang kawannya masak tak jadi. Eh! Rajinnya masak-masak anak-anak bujang ni. Tadi Fuad mesej. Katanya;
  • Baru habis solat Maghrib Mom
  • Esok mau dietlah.
  • Gemuk sudah ni.
  • Asyik makan tongkeng.
  • Esok mau makan ayam rebus jak!

Wokey!
Sebentar lagi Encik Suami balik dari terawih.
Kita sudah ada laporan dari ketiga-tiga anak bujang kami.


You May Also Like

10 ulasan

  1. Bagusnyaaa call anak anak setiap hari, selalu tahu perkembangan anak anak :)

    BalasPadam
  2. Sekali baca ingat kak Amie pergi merisik untuk anak-anak bujang.haha. Pandai anak-anak akak berdikari

    BalasPadam
  3. Wah,hebatnya masakan abang Farid macam kat hotel..Where drop the gravy,if not on the rice...hihihi(jangan kecam broken tu)🤣🤣🤣

    BalasPadam
  4. Seronok mendengar berita anak bujang. Masing masing dah pandai hidup berdikari jauh dari rumah. Bagusnya abang farid memasak berbuka dan sahur. farid mewah dengan makanan seafoodnya tu. fuad pula banyak laporannya. masak tak jadi, itu perkara biasa bagi orang bujang :)

    BalasPadam
  5. macam tu lak kak, anak2 bile dah besar2 semua mesti akan lari dari rumah.. tapi takpe, asalkan mereka tak lupe orang tuanya

    BalasPadam
  6. actually, ayah yg plg concern kan, tapi tak call sendiri,, suh mak juga yg call heehe

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah. Seronok tenguk bujang-bujang amie sudah pandai berdikari. Masing-masing dah pandai masak macam maknya.

    BalasPadam
  8. semua anak bujang akak pandai berdikari, tak risau emak bapaknya cuma itulah rindu bila jauh kan...
    geram tengok semua ikan-ikan yang diuruskan oleh fairuz, nampak segar semuanya dan elok je... mesti mahal itu kan kak...

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah.. Pandai ketiga-tiganya berdikari..

    BalasPadam
  10. wahhh bgs nyaaaa... dah pandai berdikari...idaman para gadis ni hahaha

    BalasPadam