Ikan Oh Ikan!
10:58 PTGJom kita cerita tentang ikan lagi. Sebenarnya tidaklah semua ikan di laut Sabah ini berbeza jenisnya dengan ikan laut di Malaya. Banyak jenis ikan di Malaya ada di Sabah seperti ikan kembung, gelama, siakap, pari, tenggiri, selayang, pelaling, mabung, cencaru, sembilang, kerisi, jenahak, siakap, kerapu dan sebagainya. Mungkin ada sebahagian jenis ikan yang biasa ditemui di pantai laut negeri Sabah tidak ada di Malaya pula. Ikan terubuk pula, tidak ada di laut Sabah! Tak pernah jumpa atau beli ikan terubuk di sini. Suatu ketika dahulu pernah beli ikan terubuk dari Sarawak yang dijual di coldstorage Ld, tapi sekarang tidak ada lagi.
Tadi, sempat temankan Fairuz untuk membantu abang-abang sepupunya mengurus ikan yang di bawa dari Semporna. Malam ini ikan-ikan, siput kahanga dan udang akan terus dibawa ke Kota Kinabalu untuk agihan ke pasaraya.
Banyak jugalah ikan yang Amie tak tahu namanya. Sama-samalah kita kenali pelbagai jenis ikan yang kadang-kadang rupa sama tapi lain namanya.
Orang kata ikan alu-alu kuning lebih sedap. Harganya pun lebih mahal berbanding ikan alu-alu hitam.
Ini ikan putih. Adik-beradik ikan putih ini banyak. Ada yang dipanggil ikan nyok-nyok. Ada yang dipanggil ikan cermin dan sebagainya.
Ini pula ikan sulig. Isinya putih dan penuh berisi. Lihat sajalah muka dan kepalanya yang kecil itu. Sudah tentulah sebahagian besar badannya dipenuhi isi. Kalau nampak ikan ini, Encik Suami selalu kata : Arwah mak suka sangat buat serondeng ikan ini. MIL panggil ikan buntut kuning.
11 comments
Pic akhir tu kalau tanya saya,saya cuma tahu ikn dot dot dot & ikan strip jer..🤣🤣🤣
BalasPadamRamainya ikan
BalasPadammacam-macam bentuk dan warna ada..MasyaAllah :) Masa saya ke Sabah dulu, saya order ikan siakap tapi orang kedai tu gelakkan saya..huhu..dia kata ikan siakap boleh makan di semenanjung, dia suggest ikan lain :P masalahnya, tak kena tekak pulakkkkk...haha
BalasPadamBesar besar ikan yang Fairuz pegang tu. Seronok ni masak ikan fresh. Jangan ditanya kak amie, awal awal surrender tak kenal jenis ikan. Huhu
BalasPadamAlamak...susah soalan ni...SA kenal ikan2 biasa yang SA beli je..x kenal ikan2 yang kaler2 tu kak amie..hahaha....memang sampai ke sudah SA x leh jawab...
BalasPadambesar-besarnya ikan :)
BalasPadamSeronoknya kalau dapat mkn ikan yg fresh dan besar2 mcm tu...tp jgn tanya akak nama dan spesisnya
BalasPadamHari ini saya belajar nama-nama ikan. Saya kenal ikan yang biasa-biasa je, kak. 🤓
BalasPadamjenis ikan ni mmg mcm2 kan, kadang p market jumpaaaaa yg tak pernah jumpa haha
BalasPadamsy angkat tangan dulu kak...dari dulu surrender part2 nama ikan ni. failed sungguh2 markah G hahahahah...
BalasPadamuishhh tampak ikan segar2 ni geram dibuatnya
Saya panggil semua ikan.. hehehe.. tak boleh nak ingat nama-namanya.. hehehe
BalasPadam