Berbuka Puasa di Hari Pertama PKPD

by - 9:46 PTG

 

Apabila mengalami sendiri PKPD, sukar untuk menjelaskan suasananya. Bukan apa. Masih terkejut. Masih tak percaya. Masih rasa hairan! Sesuatu yang tidak menyeronokkan untuk dilihat sudah tentulah ketika jalan keluar setiap lorong dipasang pagar kawat berduri. 

Kelam-kabut juga kami dibuatnya apabila memikirkan sudah dikepung, dan pergerakan sudah dibataskan. Rakan-rakan dan jiran tetangga sudah bersiap sedia dengan bekalan makanan.  Kami pun sempat sambar sebotol besar minyak, buah-buahan dan bawang. Rasanya belum ada keperluan untuk beli banyak barang sebab masih banyak lagi barang dapur belum digunakan. Minyak masak memang sudah sukar di dapati, dan buah-buahan seperti limau memang tidak ada sebiji pun di pasaraya yang kami kunjungi.

Tiba-tiba teringat sejak hari puasa pertama, Firdaus ingin makan hashbrown. Kami pun beli. Fairuz tidak sempat pulang sewaktu PKPD sebab masih berada di Kota Kinabalu. Hanya kami bertiga sahajalah yang berbuka puasa petang tadi. Gembira sangatlah Firdaus dapat makan hasbrown and the gang!

Hashbrown, sosej ayam keju, telur hancur & salad.

Encik Suami ambil alih tugas sediakan jus tembikai. Amie masak nasi. Amie dan Encik Suami berbuka puasa dengan nasi berlauk ikan selar kukus  tuang air asam belacan tambah hirisan cili padi dan tomato.

Ikan selar kukus air asam.

PKPD bermula 22 April hingga 5 Mei 2021.
Hari ini hari pertama kami laluinya.
Dengarnya semua penghuni taman perumahan akan menjalani swab test.
Kelmarin Encik Suami kata, marilah kita lari ke kampung!
Encik Suami takut kena swab test!

Jiran kami kata, jangan tinggalkan rumah. Nanti sewaktu dijalankan swab test di lorong kami, polis akan siasat mana pergi penghuninya.


Firdaus sudah pernah kena swab test.
Fuad sudah pernah kena swab test.
Fairus sudah  pernah kena swab test.

Sebenarnya Amie pun takut juga! Tapi tunjuk tenang saja depan Encik Suami. Kalau dua-dua sama-sama ketakutan, memang harus juga kami lari dari rumah..... ahaks!

You May Also Like

19 ulasan

  1. kalo satu taman semua balik kampong sape nk jaga rumah kita erk bahh? 😅

    BalasPadam
  2. Saya belum merasa lagi PKPD.Tak dapat nak bayangkan tapi pastinya kena bersedia fizikal material & mental kena kuat.Semoga semua warga dalam PKPD bertabah & dimudahkan urusan

    BalasPadam
  3. moga selamat semuanya n tiada apa2masalah kat Selangor ni kess mencanak selalu polis pun dh xlarat nak pasang kawat duri

    BalasPadam
  4. tuang air asam belacan tambah hirisan cili padi dan tomato. >>.. He he ... Rupanya orang Mlaysia sana juga suka makan belacan.

    BalasPadam
  5. macamne nak lari kak udah di kepung dengn kawat besi, macamne lah yek perasaannya terpenjara di rumah sendiri ye kak
    moga di permudahkan, happykan diri kak , sedap tengok menu berbuka western akak tu

    BalasPadam
  6. Semoga terus kuat hadapi dugaan di bulan puasa ni kak amie dan semoga semuanya baik-naik je. Aaminnn

    BalasPadam
  7. sedapnya makanan tu,semoga kak kuat ya

    BalasPadam
  8. Sedap saya tengok hidangan hash brown dan ikan selar kukus tu.
    Bertabah la, Amie. Buat-buat macam bercuti di rumah la. Boleh masak bersama-sama. Tak sakit pun swab test tu. Yakin boleh! :)

    BalasPadam
  9. Hepp..jangan lari...sabar ok..ini dugaan buat kita semua...PKPD memang susah pergerakkan kan kak amie..

    BalasPadam
  10. dugaan tu amie. doakan semoga semuanya dipermudahkan. btw, saya tag amie tuk join GA encik fairuz yea 😍

    BalasPadam
  11. Semoga dipermudahkan urusan Amie..akak tak pernah lg kena swab test..minta dijauhkan..

    BalasPadam
  12. Semoga sehat selalu, kak Amie.. Bila sempat lari, larilah.. hahaha.. saya pun takut bila harus di swab..

    BalasPadam
  13. Mogaaa dijauhkan penyakit tuu.. sy ponn takot gak kene swab test.. haha

    BalasPadam
  14. Saya pun tak pernah swab test lagi. Semoga semuanya baik-baik sahaja. Jangan lari ye, kesian petugas kesihatan. Insha Allah. Doa banyak-banyak

    BalasPadam
  15. Swab test utk bersalin pun dh keluar air mata huhu.. 1st time pulak tu. Semoga baik2 saja

    BalasPadam
  16. Semoga akak sekeluarga dilindungiNYA... masak dan update blog je lah kak... yg penting kita jaga kita

    BalasPadam
  17. kalau lari then ada pulak yg suspek covid lg teruk kak... sebenarnya tak skt pun swab test tu. tak smpi seminit dah selesai ;-)

    BalasPadam
  18. Allahuakbar...semuga Amie sekeluarga di lindungi. Buat je swab test tu. Sekurang-kurangnya kita tahu kita tidak di jangkiti. Semuga tabah hadapi ujian tersebut.

    BalasPadam