Kuih Bangkek Kacang
1:21 PTGPernah dengar kuih bangkek? Kuih ini terkenal dalam kalangan masyarakat Bugis di Sabah. Dulu selalu jumpa sewaktu hari raya tetapi sekarang bila-bila masa boleh menikmatinya. Kuih ini banyak dijual di gerai makanan ringan. Setakat ini yang Amie jumpa, ada dua jenis kuih bangkek iaitu Kuih Bangkek Kacang dan Kuih Bangkek Kelapa. Kedua-duanya sedap!
Kuih bangkek diperbuat daripada adunan tepung gandum, minyak, gula, telur, perisa vanilla dan campuran kacang atau kelapa. Kalau orang rumah sebelah sedang bakar kuih bangkek dalam oven, aromanya sungguh menggoda kita, jirannya.
15 comments
Boleh buat kuih raya🌹🌹
BalasPadamsekali pandang macam welcome welcome
BalasPadamTak pernah dengar dan tak pernah makan. Dari gambar saya dapat bayangkan kerangupan kuih bangkek kacang ni.
BalasPadamTak pernah jumpa pagi...tapi mesti sedap tu
BalasPadamshare la resepi kak. bole try utk raya nanti.. sy mmg minat apa2 yg berasaskan kacang ni
BalasPadamdi semenanjung tak pernah jumpa, dengar nama atau makan. nampak sedap!
BalasPadampertama kali dengar nama kueh ni, rasa pun tak pernah. tengokkan bahannya macam boleh buat sendiri...
BalasPadamKat kedah ni ada jgk nama kuih vangkit..tp rupanya lain sikit
BalasPadamTak pernah dengar.
BalasPadamBentuk pun unik.
Belum pernah dengar apatah lagi jumpa kuih ni. Banyak sebenarnya kan kuih warisan yg ada dalam negara Kita yg pelbagai kaum ni kan.
BalasPadampertama kali dgr tentang kuih ni tapi rasanya mesti sedap kan sebab ada kacang. kita suka
BalasPadamkuih ni jenis yg cari dlm mulut ke?
BalasPadamsedapnyaaaaaa walaupun x penah mkn heheheeh
BalasPadamkuih bangkek macam biskut je. Baru pertama kali dengar. menarik
BalasPadamNampak rapuh macam biskut je.. menarik..
BalasPadam