Jalan-Jalan Ke Semporna

9:16 PTG

Oleh kerana Kalau ke Semporna, tidak lengkap rasanya kalau tidak menikmati hidangan tradisional masyarakat Bajau. Oleh kerana kami sampai agak awal pagi, barangkali belum banyak masakan yang disajikan di Restoran kampungku, salah sebuah kedai makan yang menjadi kegemaran kami kalau berkunjung ke sini. Jadi, kami pun makan sahajalah apa yang ada. sepanjang perjalanan dari LD ke Semporna, dalam kepala hanya terbayang tehe-tehe, tompek dan juga putu. Sayangnya ketiga-tiganya tidak ada. Di bawah ini Amie kongsikan gambar tehe-tehe dari entri lepas. Boleh klik di sini untuk lebih lanjut: MASAKAN TRADISI BAJAU SEMPORNA

Ini ialah tehe-tehe, iaitu sejenis landak laut.  Apabila sudah dikeluarkan isinya, dan digantikan dengan beras atau pulut, lalu dimasak maka namanya turut berubah dengan panggilan okok-okok.


Pagi tadi, kami sempat menikmati beberapa jenis lauk seperti kahanga (siput kahanga), sagol kumai, kima, kerang dan bobohon. Kami tambah latok dan juga ikan bakar. Oleh kerana tidak ada tehe-tehe, tompek dan putu, kami makan dengan nasi. Oleh kerana perut lapar (sengaja kosongkan perut dari rumah sebab nak isi di sini), tidaklah sempat ambil gambar satu persatu. Amie ambil beberapa gambar dari entri lepas seperti kima, bohon dan juga sagol buntal. Sagol buntal ialah sejenis masakan tradisional masyarakat Bajau yang diolah daripada ikan buntal. Ikan buntal memang beracun, tetapi tukang masak pandai buang racun tersebut.

Kima.

Bobohon.

Sagol Buntal.


Selepas makan kami jalan-jalan keliling pekan Semporna. Cuaca sangat panas. Kami singgah Semporna Ocean Tourist Centre. Firdaus nak tengok ikan. Jom kita lihat ikan keratang dalam sangkar.


Inilah ikan keratang yang Amie selalu kongsikan masakan yang kami makan dengan mee hoon sup atau mee hoon goreng. Sewaktu kecil dipanggil kerapu, sudah besar dipanggil keratang pula.
Tiba-tiba perut mula lapar semula! Tekak pula rasa haus. Maklumlah, keadaan jalan raya yang sesak di pekan kecil ini, terpaksalah letak kereta di mana sahaja yang boleh. Jadi, kenalah keluarkan tenaga sendiri untuk bergerak ke mana-mana. Kami pun singgah di sebuah restoran. 

Kononnya hanya minum-minum sambil makan makanan ringan seperti popia atau kentang goreng. Ketika sedang menikmati minuman, datang pelayan restoran beritahu kami, makanan yang dipesan tidak dapat disedikan.
Kedua-dua chef kami terpaksa balik rumah. Dapat panggilan rumah terbakar.
Oh!
Boleh lihat asap kebakaran dari sini, sambung pelayan restoran.
Kasihan sungguh! Mereka menangis sewaktu berlari tinggalkan dapur tadi, katanya lagi.

Jadi, semua pelanggan yang belum menerima hidangan yang dipesan pun bangun meninggalkan meja masing-masing.


Tinggallah Amie, Encik Suami dan Firdaus di restoran tersebut menghabiskan minuman masing-masing.
Di bawah ini Amie kongsikan gambar kebakaran 20 buah rumah di Kampung Simunul, Semporna. kebakaran dikatakanb bermula dari pukul 11 pagi, dan panggilan kecemasan dibuat pada pukul 11:15 pagi. Melalui pembacaan di media sosial, katanya api berjaya dipadamkan pada pukul 1:15 petang. 
Mudah-mudahan kedua-dua tukang masak restoran tadi baik-baik sahaja. Tapi tidak tahu jugalah apa nasib mereka, sebab meninggalkan dapur restoran sambil menangis. Allahu Akbar!

Sumber : FB

Sumber : Utusan Borneo

6 comments

  1. Sekali pandang ingatkan buah tehe-tehe tu, macam labu. Pelik pelik nama hidangan yang kak amie sebutkan. Banyak betul nama yang baru dengar.

    Lama juga tu ambik masa nak padamkan api. Semoga tak ada mangsa terkorban.

    BalasPadam
  2. Unik betul nama menu yang Kak Amie kongsi melalui entri ini.

    Kasihannya mangsa-mangsa kebakaran tu. Ambil masa lama juga ye untuk api dipadamkan.

    BalasPadam
  3. kima kalau penang, masakan dia lain sngt

    BalasPadam
  4. kalau sy g sini lagi nak singgah jugalah...

    Allahu kesiannya... dahlah rumah2 kat situ rapat2 dan diperbuat daripada kayu...moga tak ada kemalangan jiwa...

    BalasPadam
  5. Kesiannya rumah terbakar tu. Bila lah ada rezeki ke sempurna. Banyak negeri dah sampai hanya sabah je yang belum. Mudahan ada rezeki boleh sampai ke sabah

    BalasPadam
  6. Semua yang dinyatakan tu nampak menarik walaupun belum pernah mencubanya.. hehehe..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe