Teman Berteman Sambil Menikmati Secawan Teh Halia & Sekeping Kuih Bunga Tausa

6:31 PTG

Jumpa lagi di kala senja hampir menjelma. Awal pagi tadi, sebaik sahaja terjaga dari tidur, sudah kedengaran  bunyi hujan. Ketika membuka pagar, hujan masih turun tetapi renyai-renyai. Kelihatan takungan air di bawah pokok epal bidara di penjuru laman. Pukul 5:45 pagi, memandu ke tempat kerja, dan di pertengahan jalan jadi agak takut kerana tiba-tiba hujan sangat lebat sehingga tidak dapat melihat jalan raya dengan jelas walaupun buka lampu kereta. Dan sepanjang hari sehingga pulang dari kerja, hujan masih turun! Di sana-sini sudah banyak takungan air!

Seorang rakan sekerja terpaksa pulang ke rumah kerana sang buaya sudah berada di belakang rumahnya! Air sungai sudah melimpah ke daratan! Nampaknya bukan sahaja bujang senang Sarawak bersiar-siar di musim hujan, tetapi di Sabah pun tidak kurang juga bujang-bujangannya! LD banjir! Banyak kawasan yang ditenggelami air. Kalau dengar berita, banjir di sana sini di beberapa daerah di Sabah termasuk Pitas, Kudat, Putatan, Penampang, Tuaran, Paitan, Beaufort dan hari ini setelah beberapa hari hujan, Lahad Datu pun mula ditenggelami air!

Mudah-mudahan segala bencana alam dan mala petaka wabak Covid-19 segera diangkat dari bumi ini. Allahu Akbar!

Itulah antara sembang kami ketika teman berteman bersama Encik Suami sambil menghirup minuman panas teh halia di dapur.

Minum Teh Halia & Kuih Bunga Tausa


Teh Tarik Halia ini sepatutnya dibancuh dengan 200ml air panas, tetapi Amie tambahkan menjadi 280 ml dan bahagi dua dengan Encik Suami. Rasa halianya agak kuat dan itulah yang Amie suka. Cuma, apabila rasa manisnya juga kuat, itu yang membuatkan Amie tambah air panas lagi dan bahagi dua dengan Encik Suami. Amie sukakan rasa halianya yang kuat, tetapi Encik Suami sebaliknya pula. 

Kuih Bunga Tausa


Zaman kanak-kanak dulu, Amie suka sangat makan kuih bunga tausa. Sekarang bentuk kuih bunga tausa sudah dpelbagaikan. Sudah tentulah intinya yang terdiri daripada  pasta kacang yang lemak manis (sama ada kacang hitam atau kacang merah) itulah  yang Amie cari!

Sekarang hujan sudah berhenti. Dan hari ini tidak sudi menyapa kami!

7 comments

  1. Kuih tausa ni bentuk asalnya bulat kan, kak? Cantik pula dibuat panjang berjalur begitu.

    Semoga Kak Amie dan keluarga baik-baik sahaja di sana.

    BalasPadam
  2. @Farrah MF Ya. Ada yang bulat ada yang persegi, dan ada juga bentuk bunga (kalau di LD).

    BalasPadam
  3. Rasa halia kalau dibuat minuman memang saya tak boleh kak amie. pernah cuba beli teh halia. tak boleh masuk tekak ni. huhu
    Lama tak nampak kuih tausa ni. Dulu kecik kecik suka gak makan. tapi kuih lama lama ni kalau zaman sekarang ni rasa dia tak sesedap dulu.

    BalasPadam
  4. teringin nya nak rasa kuih tausa ni. rasa dia mcm mna?

    BalasPadam
  5. Tak pernah makan kuih Tausa.

    Semoga banjir di Sabah makin surut. Di sana pun banyak bujang senang ye. Adoi seram ni

    BalasPadam
  6. Menarik nampak kuih tu..cepat la PKP tamat..x sabarnya nak bercuti kat tempat kak amie..nak rasa sendiri makanan kat sana especially kuih tausa tu

    BalasPadam
  7. Teh tarik halia..sedap tu..boleh buang angin dlm badan..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe