Asam Pedas Ikan Kembung
4:41 PTGHujan yang turun bagaikan mutiara, berkilau bersinar berkerdipan. Subur menghijau bumi terbentang, dan bayu berpuput lembut. Teringat alunan lagu Allahyarham penyanyi Sudirman Haji Arshad. Maklumlah sekarang pun sedang hujan. Dari pagi sehingga petang, dingin dan kelam tanpa pancaran cahaya matahari.
Hari ini Amie masak Asam Pedas Ikan Kembung. Buat pertama kalinya Amie gunakan daun kesum hasil tanaman sendiri. Maklumlah, sebelum ini kalau tanam pokok kesum memang tak pernah menjadi! jadi, memang terujalah dapat petik tangkai pokok kesum. Bila rasa seronok, asam pedas pun jadi lebih sedap...kah!
Asam Pedas Ikan Kembung |
Daun kesum dari belakang rumah. |
Asam Pedas Ikan Kembung |
Dada Itik Panggang Sos Plum |
Sayam Ayam Goreng Garam Kunyit |
Ulam Daun Dill, Kacang Botol & Jantung Pisang
|
Amie kongsikan masakan asam pedas ikan kembung di bawah ini. Amie bubuh separuh daripada tomato di awal masakan, dan renih sehingga tomato hancur. Kena ambil masa jugalah untuk menyiapkan masakan ini. Gunakan api perlahan sahaja sehingga kuah betul-betul masak sekata dan pecah minyak.
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar serta serai hingga terbit minyak. Gunakan api sederhana.
- Masukkan separuh daripada tomato yang dihiris, diikuti dengan pati asam jawa, gula Melaka dan air.
- Biarkan masak mendidih sehingga tomato hancur.
- Masukkan ikan dan kacang bendi.
- Setelah ikan masak, masukkan lebihan hirisan tomato serta perasakan dengan garam / perasa pilihan secukupnya.
- Kacau sekali dua, biarkan seketika dan kemudian padamkan api dapur.
5 comments
Cantik-cantik gambar Amie ni... suka tengok! Mesti PRO ni kan...?
BalasPadamitik panggang sedapnyaa! lama tak makan
BalasPadamSedapnya ikan kembung masak asam pedas. bendi tu sedap diratah begitu. Untung subur menjadi daun kesum. Senang buat masak masak. Setakat ni belum pernah tanam daun kesum sebab jarang guna. Nak masak asam pedas pun tak pandai acane. hihi
BalasPadamjantung pisang pun lama tak makan. Terbaik cicah dengan sambal belacan tu
Thank you, Amie, share tips camana nak bagi daun kesum hidup. Sedapnya asam pedas. Saya suka cicah roti kuah asam pedas. :) Itik panggang pun nampak sedap!
BalasPadamDi sabah senang2 je dpt sumber itik fresh kan? Makcik sy yg lama dok tawau pn dh pro masak itik.. kalau kami kt sini mmg jarang2 mkn itik
BalasPadam