Sarapan Pagi dengan Makanan Tradisi Masyarakat Bugis
10:23 PGHari ini cuaca mendung, dan sesungguhnya matahari asyik berlindung di balik awan. Kita jalan-jalan dengan Encik Suami mencari sarapan pagi. Balik ke rumah, penuhlah meja dengan hidangan sarapan pagi makanan tradisi masyarakat Bugis.
Ada buras @ burasak nasi dan pulut. Ada sokko. Ada ayam palekko, sambal ikan bilis dan serunding kelapa. Tidak ketinggalan kuih tradisi Bugis iaitu beppa janda dan sawalla. Oleh kerana masakan masyarakat Bugis, kenalah tulis nama dalam bahasa mereka juga. Jadi, selain kaya dengan bertambahnya pengetahuan tentang makanan tradisi Bugis, kita pun mewah dengan pelbagai kosa kata.
Buras@burasak nasi & pulut, sambal ikan bilis, ayam palekko, serunding kelapa & sokko. |
Ayam palekko, sambal ikan bilis dan serunding kelapa merupakan lauk-pauk untuk dimakan bersama buras dan sokko yang mudah ditemui di mana-mana warung Bugis. Biasanya buras @ burasak hanya dijual dengan lauk serunding kelapa dan sambal ikan bilis. Kami beli buras di tempat lain, dan beli ayam palekko di tempat lain pula. Kadang-kadang ada juga lauk nasu likku atau ayam masak lengkuas. Nasu likku agak jarang dijual. Kalau nak makan, tunggu hari raya. Jiran selalu bagi...ahaks!
Buras nasi & pulut. |
Sokko & the gang. |
Ayam palekko |
Serunding kelapa |
Sambal ikan bilis. |
Beppa janda. |
Sawalla. |
10 comments
Amie..semuanya nampak sedap..beppa janda tu guna pisang apa ya..nampak menyelerakan
BalasPadam@Kamsiah yusoff Saya makan tadi, macam rasa pisang raja.
BalasPadamMenyelerakan sungguh hidangan sarapan kak amie. Banyak gandingan dengan pulut tu. Semua sedap sedap.
BalasPadamKak AMie, bleh tak ajar macam mana nak buat sambal ikan bilis kering- kering macam tu...sedapnyaaa..selalu refer kat blog kak amie ni...ajarkan eh...
BalasPadamlamanya tak makan pulut , nmpk mcm lemang pula dibalut mcm tu
BalasPadamNampak sedap2 semuanya
BalasPadamBeppa janda tu unik.. mcm nagasari ke kak?
BalasPadamSedap2 nya nampak semua makanan tu. Teringinnya burasak tu.. Harum & lemak tapi di KL saya belum pernah jumpa orang jual. Kalau jumpa memang beli nih
BalasPadamAduh kak, beliur ini tengok sokko sama palekko, kena cari ayam tua juga ini buat pelekko.
BalasPadamCiri khas palekko kena pdas kak, memang ada yang tahap pedas nak m**p*s,
Kak tanbah kosa kata, serunding kelapa tu panggilannya Bejabu. bejabu sedap guna kelapa yg agak muda bersama isi ikan bakar... guna isi ikan nemo sedap atau ikan yang bersisik, panggang dulu ikan tu...
Beppe janda..tp bkn janda yg buat kan..
BalasPadam