Kerabu Bayam , Pucuk Paku & Taugeh

by - 5:59 PTG

Assalamualaikum buat semua pengunjung Amie's Little Kitchen yang dihargai. Belum terlambat rasanya Amie ucapkan Selamat Menempuh Tahun 2021. Mudah-mudahan Allah akan sentiasa mempermudahkan urusan seharian kita. Selamat berPKP dan berPKPB untuk rakan-rakan dari negeri -negeri yang terlibat. 

Hari pertama PKP ini, Amie luangkan sedikit masa di dapur dan sempat sediakan juadah untuk hidangan makan tengahari sekeluarga. Amie buat Kerabu Bayam, Pucuk Paku & Taugeh. Resipi kerabu ini ada di sini: Sedapnya Kerabu Bayam Dengan Taugeh! Amie sudah ubahsuai sedikit, dan akan Amie kongsikan di bawah nanti.

Kerabu Bayam, Pucuk Paku & Taugeh

Seronok sungguhlah Abang Farid dengan Fuad sebab dapat makan masakan Mommynya yang sudah seminggu tidak masak di dapur. Setiap hari anak-anak bujang kami ini hanya memesan makanan dari luar. Amie, Encik Suami, Fairuz dan Firdaus jalan-jalan ke luar daerah. Abang Farid dan Fuad setiap hari ada kelas online, jadi tak dapatlah ikut serta.

Ikan Belais Panggang 

Sambal Belacan

Air Asam

Ikan Belais Panggang & Sambal Belacan & Air Asam

Udang Goreng Bawang

Sup Ayam & The Gang


Sup Ayam & The Gang yang Amie masak ini memang anak-anak suka hirup. Kombinasi bahan yang Amie gunakan menghasilkan aroma yang sedap dihidu dan rasa supnya pula agak manis disebabkan adanya betik mengkal dan juga lobak merah. Tak makan isinya pun tak apa, yang penting dapat hirup sup panas!

Di sini Amie kongsikan Kerabu Bayam, Pucuk Paku & Taugeh kesukaan Encik Suami. Sedap ratah begitu saja.

Bahan-bahan:
10 batang bayam hijau - bersihkan dan potong - pisahkan batang dan daun - celur
10 batang paku pakis - bersihkan - ambil pucuknya - celur
2 cawan taugeh - bersihkan - bilas dan toskan airnya - celur
1/2 cawan hirisan lobak merah - Amie tak celur
3 batang serai - ambil isinya yang putih - hiris halus
2 cawan kelapa parut
3 sudu besar udang kering
3 biji limau kasturi - ambil jusnya
garam / gula / perasa pilihan secukupnya

Bahan tumbuk:
7 biji cili padi - boleh kurangkan jika tidak suka pedas
2 ulas bawang putih - digoreng
3 biji bawang merah - digoreng

Cara:
1.Sangan kelapa parut bersama udang kering sehingga kelapa parut kelihatan kekuningan. Angkat dan ketepikan.
2. Gaul bahan tumbuk bersama kelapa sangan hingga sebati.
3. Dalam sebuah bekas, masukkan sayur bayam, pucuk paku, taugeh, lobak merah dan hirisan serai.
4. Kemudian masukkan kelapa sangan.
5. Gaul rata bersama garam / gula / perasa pilihan serta jus limau kasturi. 
7. Hidangkan.

You May Also Like

16 ulasan

  1. Jalan pergi mana ya?
    Gembiralah si Fuad dan Farid makna masakan yang emak masak.

    BalasPadam
  2. Selamat kembali kak amie. Sedap betul hidangan kak amie. Biasa nampak taugeh dan pucuk paku je. Bayam pun sedap dibuat kerabu ye. Pertama kali tahu dan tengok ikan belais tu

    BalasPadam
  3. Lama tak nampak post Amie, sekali dia muncullllll....

    BalasPadam
  4. ikan belias tu kak ana pernah makan kat restoran ikan bakar semporna di KL ni, memang manis sedap sangat isi nya kan, Amie

    BalasPadam
  5. TERBAIK MASAKAN AMIE MENYELERAKAN SEMUANYA

    BalasPadam
  6. semuanya menyelerakan masakan Amie
    syokk makan ramai2 ni kan
    ada sambal ,ikan

    BalasPadam
  7. kerabu ni makan banyak-banyak pun takpe. dah le sedap

    BalasPadam
  8. sedapnya tgk ikan tu..1st time dgr ikan belais

    BalasPadam
  9. Kerabu tuh ratah je pun dah sedap kak... ikan tu sedapnya siap ada air asam

    BalasPadam
  10. Aduh sedapnya nampak kerabu tu.. Macam nak kena cari bahan jugak ni.. Terliur sungguh.. Semoga kembali sihat ya cikgu

    BalasPadam
  11. Adoi.. sedapnya menu akak..
    Paling best dan buat saya terliur dah tentulah kerabu tu.. Pergh!! Mengancam..

    BalasPadam
  12. air asam tu dgn ikan bakar, sedapnyaaaaa

    BalasPadam
  13. Sedap ikan bakar, ada air asam. Nasi sepinggan tak cukup ni. :D

    BalasPadam
  14. alamak, kali ni ikan tu pulak nampak sedapppp

    BalasPadam
  15. Sedapnya ikan bakar cicah air asam di kala cuaca sejuk2 mcm ni

    BalasPadam