ADSENSE

Isnin, 18 Januari 2021

Beppa Janda @ Kue Mata Roda

Selamat pagi semua. Cuaca di LD mendung dari awal pagi. Mendung-mendung manja gitu sebab sesekali muncul juga cahaya matahari tetapi tak lama kemudian terlindung pula dibalik awal kelabu.

Pagi tadi, selepas solat Subuh, Encik Suami keluar dengan Fuad membeli sarapan. Terkejut juga Amie sebab belum sempat ke dapur untuk buat sarapan, Encik Suami bersama Fuad pulang dengan menjinjing lima bungkusan makanan. Untuk Amie dibelikannya sebungkus nasi kuning lauk ikan pari dan sambal ayam. Untuk yang lain masing-masing dibelikan mee hoon dan juga mee goreng dengan tambahan ayam goreng setiap seorang.

Rupanya Encik Suami sudah ada udang di sebalik batu! Selesai sarapan pagi, ditanya pula bolehkah Amie buatkan kuih ubi kayu dengan pisang. Katanya, ada urusan di kampung, dan akan singgah sebentar di rumah adiknya. Bolehlah bawa oleh-oleh sekali. Tiga hari lepas Encik Suami beli dua sikat pisang raja. Amie minta beli satu sikat saja, tapi berganda pula yang dbawa pulang. Memandangkan banyak ubi kayu, Encik Suami cadangkan Amie buat kuih janda atau beppa janda. Amie dapat nama baru tentang kuih ini. Seorang rakan blogger, MAYUF dari Banyumas, Jawa Tengah, Indonesia memberikan komen dalam entri Amie yang lepas: Kuih Janda (Beppa Janda) dan katanya kalau di Jawa kuih ini disebut kue mata roda! Terima kasih dik Mayuf atas perkongsian nama kuih ini.

Beppa Janda @ Kuih Janda @ Kue Mata Roda

Resipi kuih ini Amie pernah kongsikan di sini: KUIH JANDA @ BEPPA JANDA.

Apabila dibelah dua barulah terbongkar rahsia! Kuih warna hijau Amie bubuh pisang secara menegah, yang warna merah pula Amie bubuh secara mendatar, pisang terbaring! Yang penting sedap dimakan semasa masih hangat. Entah berapa biji masuk perut Encik Suami! Walaupun sudah bersarapan pagi, nampaknya tak dapat menahan selera untuk menjamah kuih ini.

Kuih Janda yang Encik Suami bawa ke kampung.

Amie kongsikan sekali lagi resipi Kuih Janda @ Kue Mata Roda ini di sini mengikut sukatan yang Amie gunakan pagi tadi.

Bahan-bahan:

6 cawan ubi kayu kisar - tapis airnya - ambil patinya dan campurkan ke dalam ubi kayu kisar
3 sudu besar gula (jika suka manis boleh tambah)
1 sudu kecil garam
setitis pewarna hijau 
setitis pewarna merah
6 biji pisang raja masak ranum - potong 6 setiap sebiji
sekeping daun pisang untuk alas sewaktu mengukus
2 cawan kelapa muda parut + secubit garam dan kukus 7 minit


Cara:

1.
Campurkan adunan ubi kayu, garam dan gula. Gaul sebati.
2. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian warnakan hijau, dan satu bahagian lagi warnakan merah.
3. Ambil adunan dan leperkan di tangan. Masukkan sepotong pisang raja. Kemudian bentuk atau kepalkan menjadi lonjong.
4. Letakkan daun pisang di dalam periuk pengukus.
5. Susun kuih tadi di atas daun pisang.
6. Kukus hingga masak.
7. Angkat dan golek-golekkan di atas parutan kelapa.

13 ulasan:

mama tisya berkata... Reply To This Comment

oh pisang dlmnya...nmpk menarik dgn color hijau pink tu

Seri Kandi Di Tanah Jauhar berkata... Reply To This Comment

Oh, itu nama kuihnya.. hari tu nampak Mak Cella ada buat jugak, hihi

norhidana berkata... Reply To This Comment

cantiknya... tapi nama tu tak tahan heheheh

Azhafizah MN berkata... Reply To This Comment

Nampak sedap betul kuih ni. Kue mata roda better dari beppa janda tu. hihi..unik betul :)

dear anies berkata... Reply To This Comment

selain pisang raja, boleh guna pisang lain?

Amie berkata... Reply To This Comment

@mama tisya Cantikkan... warna lain pun boleh.

Amie berkata... Reply To This Comment

@Seri Kandi Di Tanah Jauhar Ya, bahan asasnya sama tapi namanya lain kot.

Amie berkata... Reply To This Comment

@norhidana Macam-macam nama diberi.

Amie berkata... Reply To This Comment

@Azhafizah MN Beppa Janda tu nama kuih dalam bahasa Bugis.

Amie berkata... Reply To This Comment

@dear anies Boleh.

Puan Hazel berkata... Reply To This Comment

Menariknya kuih ni!
Gandingan pisang & ubi kayu, terserlah ke-tradisionalan-nya :)

namakucella berkata... Reply To This Comment

Cantiknya warna merah. Menyerlah sungguh. Masakan cikgu semua nampak menyelerakan & kemas buatannya

Nina Mads berkata... Reply To This Comment

baru tahu kuih janda ada pisang di dalamnya.

dr luar nampak macam kuih buah melaka