Sedapnya Ikan Masin Goreng Bawang Cili!
7:59 PTGJumpa lagi. Masih lagi berkesempatan menyiapkan hidangan keluarga. Hari ini dapat memenuhi selera sendiri dengan masakan Ikan Kering Goreng Bawang Cili. Abang Farid sudah kekenyangan, sarapan pagi mee goreng dengan ayam goreng, kemudian tengaharinya pula Encik Suami membawa pulang roti kegemarannya. Selepas makan roti, Abang Farid makan french fries pula. Jadi, Amie tak perlu fikirkan selera raja ayam itu lagi. Hari ini, tak ada ayam dari dapur. Lauk yang Amie masak selain ikan masin ialah panggang dalam kuali ajaib ikan cencaru sumbat sambal belacan, sayur bening sayur kobis Cina campur baby kailan, telur dadar dan kacang bendi celur. Lebihan sambal belacan untuk ikan cencaru sumbat Amie gandingkan dengan kacang bendi celur.
Ikan Masin Goreng Bawang Cili |
Ikan Cencaru Panggang Sumbat Sambal Belacan |
Telur Dadar Lobak Merah & Leek |
Sayur Bening Kobis Cina & Baby Kailan |
Hirisan limau sunkist dan limau manis dari Kundasang. |
Hidangan bebas ayam...hiks! |
- 2 ekor ikan masin batu - bersihkan - potong ikut saiz yang disukai - goreng hingga masak - angkat
- 20 biji cili padi putih - 10 biji biarkan bertangkai - 10 biji belah 2
- 3 ulas bawang putih - hiris
- 5 biji bawang merah - hiris
- 1 labu bawang besar - hiris
- 3 cm halia muda - hiris halus
- beberapa biji tomato ceri merah dan kuning - belah 2
- minyak
- 1 sudu kecil serbuk cukup rasa Maggi
- Tinggalkan 4 sudu besar minyak bekas gorengan ikan masin di dalam kuali.
- Gorengkan hirisan halia, bawang putih, bawang merah, bawang besar dan cili hingga layu.
- Kemudian masukkan tomato ceri merah dan kuning.
- Taburkan serbuk cukup rasa Maggi. Gaul rata.
- Akhir sekali masukkan ikan masin batu goreng. Gaul beberapa kali dan padamkan api dapur.
12 comments
Tergodanya melihatnya
BalasPadamAlahai kak ammi....sedapnyaa la..tergoda dengan lauk ikan masin tu...
BalasPadamSedap2 semuanya
BalasPadamSelamat menjamu selera.
Sedapnya ikan masing goreng bawang cili tu. setuju kak amie, ada lauk tu dah cukup dah. Ada bendi rebus cicah sambal belacan, sayur bening, ikan panggang..lagi bertambah selera macam ni.
BalasPadamJangan bening waduh enaknya. Bendi rebus cecah sambal belacan lagi enak lorrrr
BalasPadamdap tu..menu simple ni yg buat tambah nasi ni.. yum yum.
BalasPadamnice pic capture.... :-)
Aduhai la ikan masin... 1 lauk ini sahaja sudah cukup menambah kilo..
BalasPadamsedap tu..suka ltk extra bawang yummyyy
BalasPadamNi menu kegemaran mak saya. Sayur bening tu tambah lada putih ye. Ni tak pernah cuba
BalasPadamsemua nampak sedap2!
BalasPadamkilang oem
kilang oem malaysia
oem malaysia
cosmetic malaysia
oem company
Gandingan menu yg cukup menyelerakan..ikan masin tu sedapppp
BalasPadamSedapnya ikan masin goreng tu. Menyelerakan! Untuk sesiapa yang berminat dalam industri kecantikan, saya syorkan untuk melihat skincare oem yang boleh membantu dalam pengeluaran produk skincare berkualiti.
BalasPadam