Sarapan Pagi Nasi Goreng Kerang Pedas Berapi & Cucur Udang Campur Jagung

10:34 PG

Hari ini kita BDR. Sekarang waktu rehat dan akan sambung semula pada pukul 10:30 pagi.  Pagi tadi terdengar Encik Suami bersuara: Bosanlah setiap hari beli sarapan. Kita pun tak tanya, adakah bosan membeli atau bosan dengan menu yang sama dibeli setiap hari? Kita pun rasa bosan juga setiap kali pulang kerja, di atas meja ada saki baki mee hoon goreng, mee goreng dan sisa-sisa gigitan ayam goreng. 

Tak payahlah beli sarapan pagi ini. Nanti boleh buat sarapan. Kita sahut.

Setelah menghantar Fairuz ke sekolah, Encik Suami pulang sebentar ke rumah sebelum ke tempat kerjanya. Tetap juga dibelinya mee hoon goreng dengan mee goreng walaupun Amie sudah kata nak buat sarapan. Abang Farid pun tak mahu makan walaupun ada ayam goreng! Raja ayam pun pandai bosan juga!

Abang Farid suka sangatlah sebab ada cucur udang! Ada sedikit lebihan nasi semalam, Amie goreng dengan kerang. Bubuh cili padi. Pedas berapi!

Nasi Goreng Kerang Pedas Berapi & Cucur Udang Campur Jagung

Nasi Goreng Kerang Pedas Berapi


Lama sungguh tak makan nasi goreng kerang. Sedap sangat sarapan pagi dengan menu ini, ditambah pula dengan rasanya yang pedas berapi sebab gunakan cili padi kampung! Sudah kepedasan, hirup minuman panas pula! Walllaaa.... berasap telinga. Mari abadikan Nasi Goreng Kerang Pedas Berapi di sini.

Bahan-bahan:
  • 2 cawan nasi putih sejuk
  • 3/4 cawan isi kerang
  • 3 batang kacang panjang - hiris
  • garam / perasa pilihan
  • 3 sudu besar minyak
Bahan tumbuk:
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 10 biji cili padi kampung
  • 1/2 sudu kecil belacan
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk hingga terbit aroma.
  2. Masukkan kerang. Kacau beberapa kali dan biarkan seketika.
  3. Kemudian masukkan nasi diikuti kacang panjang.
  4. Gaul rata. 
  5. Seterusnya masukkan garam / perasa pilihan secukupnya. 
  6. Gaul beberapa kali dan padamkan api dapur.
Cucur Udang Campur Jagung

Cucur Udang Campur Jagung ini sudah banyak kali Amie kongsikan di dapur maya ini. Harapnya, hari ini Abang Farid tak berkelahi dengan Firdaus sebab awal pagi sudah bersarapan dengan menu kegemarannya ini. Sejak Amie kembali ke tempat kerja, Amie minta tolong Abang Farid pantau PDPR Firdaus. Memang perlu kesabaran yang tinggi untuk memantau kerja-kerja online ini. Firdaus perlu sertai google classroom untuk beberapa mata pelajaran. Beberapa kali jugalah terdengar Abang Farid tinggikan suara memarahi Firdaus sebab Firdaus tak fokus siapkan tugasan yang diberi. Terkejut jugala Amie, sebab sebelum ini tak pernah dengar Abang Farid berteriak begitu. Amie fikir apabila Abang Farid boleh bantu Firdaus, tidaklah sampai malam Firdaus buat kerja sebab tunggu Amie balik ke rumah. Amie nasihatkan Abang Farid supaya banyak bersabar melayan karenah adik sekecil Firdaus. Abang Farid banyak mengeluh kerana Firdaus banyak bertanya kepadanya ketika siapkan kerja-kerja yang diberi.
Saya pun ada kerja nak siapkan juga, keluh Abang Farid kerana rasa sangat terganggu.

Sesungguhnya PDPR sangat mencabar! Mana nak rakam suara bacaan Quran, rakam suara untuk sebutan tatabahasa, mana nak ambil gambar kerja Matematik, Sains, Bahasa Inggeris yang sudah siap. Semuanya perlu dihantar kepada guru. Memang banyaklah yang akan terlepas pandang kalau kita pun tidak fokus betul-betul. Tidak hairanlah kerana berebut masa, sampai malam baru siap kerja. Kadang-kadang bersambung pada hari lain pula.

Hari ini Firdaus perlu siapkan lukisan. Tugasan diberi pada hari Selasa dan dihantar hari ini. Syukurlah pada hari Rabu, Encik Suami dapat juga beli buku kertas lukisan saiz A3 seperti yang dikehendaki oleh gurunya.
Teknik melukis sangat berbeza dengan zaman dahulu, zaman Amie belajar di sekolah rendah. Arasnya pun jauh lebih tinggi. Maklumlah semua subjek perlu ada unsur KBAT.


Dari kelmarin, Firdaus cuba melukis. Tak siap juga.
Pagi tadi, sambil menangis sambil mewarna menggunakan teknik yang diberi.
Lukisan Daus jelek, katanya
Tak apa dik. Adik sedang belajar. Walaupun jelek tapi adik yang buat sendiri. Bukan Mommy, bukan Abang Farid yang buat.

Inilah hasil lukisan Firdaus. Biar apa pun bentuk hasilnya, penghargaan perlu diberikan. Anak-anak kita lahir bukan terus pandai segalanya.

Sekian.
Nak sambung BDR.


8 comments

  1. sedapnya nasi goreng kerang tu kak amie.

    BalasPadam
  2. Sedapnya nasi goreng kerang, SA x pernah lagi buat nasi goreng campur kerang...biasa buat mee goreng kerang je

    BalasPadam
  3. Menariknya nasi goreng kerang tu kak amie. Tak pernah cuba lagi masak nasi goreng kerang. Boleh cuba nanti. Kadang kadang jemu, terus hilang selera makan tu. Kena bertukar tukar menu baru tak jemu dan rasa sedap :) Saya pun asyik makan ayam je sampai sekarang boleh boleh terima ayam lagi. huhu

    BalasPadam
  4. Syukur ada Abang Farid tolong ajarkan Firdaus. Memang kena sabar lebih ajar budak budak ni. PdPR ni memang mencabar betul.

    BalasPadam
  5. Sedapnya cucur udang ada jagung.. Nasi goreng kerang pun.

    Zaman kita dulu baya Firdaus masih lukis orang lidi & pemandangan bukit bentuk nasi lemak. Ini macam ni punya lukisan taraf kita sekolah menengah dah ni.. Bwratabahlah anak-anak

    BalasPadam
  6. Nasi goreng kerang tu nampak begitu sedappp

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe