ADSENSE

Sabtu, 16 Januari 2021

Kiriman Alphabets Stamps Daripada Blogger Azhafizah.com Sihatimerahjambu's diaries

Alhamdulillah. Rezeki datang tak salah alamat. Pada tarikh 5, 6 dan 7 Januari 2021 selama tiga hari Amie dapat kiriman berturut-turut dari rakan-rakan bloggers. Pada tarikh-tarikh tersebut Amie tidak berada di rumah, dan hanya dapat buka semua kiriman sebaik sahaja kembali ke LD pada 12 Januari, sehari sebelum PKP 2.0 dilaksanakan.

Kiriman ketiga ini datangnya dari Negeri Sembilan. Jauh terbangnya melintas Laut China Selatan di musim tengkujuh! Siapa tak kenal empunya diri : Azhafizah.com Sihatimerahjambu's diaries. Rumahnya sentiasa meriah dengan pelbagai hasil tulisan untuk dikongsi bersama. Orangnya sangat peramah. Setiap kali kunjungan, mesti meninggalkan komen yang manis-manis belaka. Itulah dia, dik Fiza yang kaya dan mewah dengan kemeriahan hasil coretan pelbagai info dan cerita-cerita menarik! Ada sahaja idea yang dikongsi. Tak pernah jemu berkunjung ke blog si manis ini, malah tertunggu-tunggu apa entri seterusnya.

Teruja sungguhlah Kak Amie dapat hadiah berupa alphabets stamps dari Fiza ini. Kak Amie tak pernah memiliki kotak ajaib ini tau Fiza. Nanti bolehlah buat pelbagai projek kraf kertas dan ajak Firdaus sekali. Mesti budak kecik tu ikut rasa seronok. Boleh gotong-royong menghias kad hadiah, hias planner, buat buku nota dan buku skrap, buat penanda buku  dan sebagainya. Banyak kegunaan alphabets stamps ini. Elok sangatlah dimanfaatkan ketika berkurung sempena PKP 2.0 ini. Dapat juga mengasah bakat dan kreativiti.

Terima kasih Fiza kerana sudi jadi rakan baik di alam maya. Semoga ukhuwah di antara kita berpanjangan. Walaupun hanya bertemu dalam kebisuan, namun jejak komen yang ditinggalkan sentiasa menjadi ingatan. Mudah-mudahan idea sentiasa mengalir bagai air terjun untuk Fiza terus menulis.

Jom sama-sama singgah untuk terus memeriahkan blog comel milik Blog Sihatimerahjambu's diaries. Terima kasih Fiza atas kiriman tanda kenangan sebagai pengomen tempat keempat. Semoga Fiza sentiasa dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang berpanjangan oleh-Nya.

11 ulasan:

Azhafizah MN berkata... Reply To This Comment

Aaaminn...Terima kasih atas doanya kak Amie. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.

Alhamdulillah.selamat sampai..risau lama nak sampai kesana. Macam ada rosak sikit ye kak amie pada kotak tu..mungkin lama sangat dorang peram cuti tahun baru lagi. Mujurlah stamp dalam keadaan baik. Bolehlah buat kraft dengan firdaus nanti.

Sama-sama kak. Terima kasih juga sudi jadi kawan alam maya dan rajin singgah blog saya juga :)

Amie berkata... Reply To This Comment

@Azhafizah MN Alhamdulillah. Kotak dalam keadaan elok sempurna, tidak ada sebarang kerosakan. Terima kasih sekali lagi Fiza :)

NA berkata... Reply To This Comment

Oh hadiah ke-4 ialah alphabet stamps.
Nasib baik selamat sampai.

Amie berkata... Reply To This Comment

@NA Alhamdulillah. Rezeki ikut jalan lurus hehehehe.

Atie Zieya berkata... Reply To This Comment

cantik dan fancy betul hadiah ni ! tahniah akak

namakucella berkata... Reply To This Comment

Banyak rezeki cikgu tahun ni yer.. Tumpang seronok tengok

Nur berkata... Reply To This Comment

Wah, alphabets stamps. Best ni, main cop cop. Hehe. Saya dulu banyak juga koleksi rubber stamps. Cita-cita nak jadi kerani pos office tak kesampaian, jadi kita cop cop sendiri je kat rumah. Kikiki...

Amie berkata... Reply To This Comment

@Atie Zieya Seronok betul dapat hadiah begini. Boleh berkreativiti di masa lapang. Tq dik.

Amie berkata... Reply To This Comment

@namakucella Alhamdulillah. Rezeki persabahatan alam maya.

Amie berkata... Reply To This Comment

@iamaSlowRunner Kecik2 dulu pun suka tengok kerja-kerja kerani pos office. Cop cop cop!

Kakmim berkata... Reply To This Comment

Uniknya hadiah dr fiza.. siap ada kad hand made lg