Pengat Ubi Kayu Campur Sagu Biji & Jagung
6:41 PTGSebaik sahaja kaki melangkah meninggalkan dapur, hujan yang turun sejak tengahari tadi pun berhenti. Tidak kedengaran lagi rintik-rintik bunyi titisan hujan jatuh di atas bumbung rumah. Sebentar tadi kami menikmati Pengat Ubi Kayu Campur Sagu Biji & Jagung. Pengat begini selalu Bonda hidangkan sebagai pemanis mulut ketika berbuka puasa. Bila hujan-hujan dapat hirup pengat yang masih panas ini terasalah keenakan kuahnya yang lemak-lemak manis.
Teringat tatkala Bonda hendak masak pengat ubi kayu. Cabut saja pokok ubi di kebun, dan patahkan jagung sebiji dua dari batangnya. Dulu, kena parut kelapa. Tidak seperti sekarang, boleh gunakan santan kelapa segera samada bentuk serbuk atau pati santan dalam kotak. Hasil pengat pun agak berbeza sebab dulu gunakan ubi kayu segar, tapi yang Amie masak petang tadi ubi kayu dah lama terbiar beberapa hari. Syukurlah tak masuk angin lagi. Sedap betul makan pengat ubi kayu air tangan Bonda. Ketika kami menikmatinya terasa seolah-olah makan dalam syurga!
Pengat Ubi Kayu Campur Sagu Biji dan Jagung. |
- Kupas ubi kayu dan potong ikut saiz yang disukai.
- Rebus dengan sedikit garam hingga empuk. Angkat dan toskan.
- Masukkan santan cair dan santan pekat, isi jagung, sagu biji, daun pandan, secubit garam dan gula Melaka serta gula pasir di dalam periuk.
- Masak dengan api perlahan. Kacau selalu sehingga gula larut dan sagu biji kembang.
- Akhir sekali masukkan ubi kayu.
- Biarkan masak seketika di atas dapur dan kemudian padamkan api.
6 comments
sedapnya :)
BalasPadamubi rebus! feveret emak abah aida tu.
cicah sambal goreng. wow!
ari ni plan awal nak buat bubur jagung manis.
lastly, jadik puding jagung :) ha ha ha ha...
Sedapnyabpengat ubi kayu.. Kegemaran tu
BalasPadam@adianiez AIDA Puding jagung pun sodap!
BalasPadam@namakucella Selalu nampak Mamacella buat pengat. Akhirnya sampai juga pengat di sini hihihiii.
BalasPadamFavourite ni kak amie. Kalau mak-mak buat memang terbaik. Sedap lain macam :)
BalasPadamMenu petang petang lepak dengan family :)
BalasPadamDaftar ssm Online
Daftar Syarikat
Pinjaman Perniagaan
Lesen perniagaan
Lhdn e filling