ADSENSE

Isnin, 18 Januari 2021

Abang Farid Terima Ijazah Sarjana Sains

Umum telah mengetahui, sebarang majlis tidak dapat diadakan susulan penularan Covid-19 yang dilaporkan dari semasa ke semasa oleh MKN dan KKM. Begitulah takdirnya. Abang Farid tidak dapat menghadiri majlis konvokesyen untuk menerima skrol Ijazah Sarjananya di UTP. Sejak 13 September 2020, Abang Farid 'terperangkap' di LD sehingga ke hari ini.

Hari ini, di tengah-tengah cuaca mendung dan awan berarak kelabu, datanglah van pos laju ke rumah menghantar kiriman untuk Abang Farid. Hasil usahanya selama dua tahun membuat penyelidikan, akhirnya Abang Farid berjaya menerima skrol Master of Science (MSc) di rumah sendiri.Tahniah Abang Farid. 



Memang menjadi kenangan sungguhlah menerima Ijazah Sarjana dalam suasana wabak melanda dunia. Apa pun, Abang Farid sudah pernah ada pengalaman manis menerima Ijazah Sarjana Muda Kimia di UKM 2017. 





In shaa Allah, ada peluang dan rezeki mudah-mudahan pada masa akan datang dapat meraikan Abang Farid di majlis konvokesyen untuk menerima skrol PHDnya pula. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan pembelajaran Abang Farid untuk mencapai cita-citanya.

11 ulasan:

mama sara nur berkata... Reply To This Comment

TAHNIAHH

notie berkata... Reply To This Comment

Alhamdulillah kerja keras Farid membuahkan hasil. Semuga memperolehi PHD di masa akan datang. Aamiin

norhidana berkata... Reply To This Comment

tahniah buat abang farid, moga terus sukses dalam pelajaran

mama tisya berkata... Reply To This Comment

tahniah dh trima ijazah sarjana

Azhafizah MN berkata... Reply To This Comment

Alhamdulillah. Tahniah untuk Farid dah dapat ijazah. Pasni tunggu konvo PHD pulak.

namakucella berkata... Reply To This Comment

Tahniah Abang Farid,
Takdir anakganak sekarang belajar d berkonvc norma baharu
Semoga ada hikmah yang lebih baik dalam wabak covid ni.

Nina Mads berkata... Reply To This Comment

alhamdulillah tahniah abg Farid.. in shaa allah semoga berjaya ke PHD, dpt gelaran dr pula.

SIL pun sama walaupun U dekat dgn rumah tp abg posmen hantarkan sijil degree

Nur berkata... Reply To This Comment

Tahniah, Abang Farid! Juga tahniah pada Amie dan suami juga. Alhamdulillah. Tumpang gembira. :)

Syaz Eym berkata... Reply To This Comment

Alhamdulillah tahniah! Road to phD!

Warisan Petani berkata... Reply To This Comment

Tahniah abang farid.

SalbiahM berkata... Reply To This Comment

Alhamdulillah. Tahniah Farid. Sedih jugak tak dapat konvo, tapi ada kenangan 2017 tu untuk tatapan