ADSENSE

Selasa, 26 Januari 2021

Ayam Masak Lemak Kuning

Hari ini cuara cerah  hingga menjelang petang. Tiada lagi hujan renyai atau hujan lebat seperti hari-hari sebelumnya. Jom masuk dapur, kita main masak-masak untuk hidangan keluarga. Seperti biasa, sudah tentunya Abang Farid akan mencari ayam. Bukan main lebar senyumnya apabila pertanyaannya : Mommy masak ayamkah hari ini? Amie jawab: Mommy nak  masak ayam lemak kuning.

Ayam Masak Lemak Kuning

Ayam Masak Lemak Kuning ini Amie tidak bubuh cili padi. Masakan begini sangat disukai FIL. Kuahnya pun tidak pekat. Bubuh kuah banyak-banyak dalam pinggan nasi hingga banjir! Firdaus suka sangat. Pelengkap hidangan, Amie tumis peria dengan perencah ikan bilis dan telur. Masak ayam sekadar untuk penuhi selera Abang Farid dan adik-adiknya yang lain, jadi untuk Amie dan Encik Suami ada ikan cencaru panggang. Ada sambal belacan, memang sedaplah makan nasi lauk ikan panggang cecah sambal belacan.

Peria tumis perencah ikan bilis dan telur.

Ikan cencaru panggang.

Sambal belacan.

Limau Sunkist.

Setiap kali makan, mesti ada hirisan limau Sunkist. Itu buah kegemaran Encik Suami.

Jom kita lihat resipi Ayam Masak Lemak Kuning kegemaran arwah FIL. Kalau ada nanas, bolehlah tambahkan nanas. Kalau nanas ada rasa masam, tak perlulah masukkan asam gelugur dalam masakan.

Bahan-bahan:
  • 800 gram ayam - potong ikut saiz yang disukai
  • 3 biji kentang - belah 4
  • 1 liter santan cair
  • 200 ml santan pekat
  • 1 keping asam gelugur
  • 2 batang serai - diketuk
  • 2 helai daun kunyit - siat dan simpul
  • garam / perasa pilihan secukupnya
Bahan kisar / tumbuk:
  • 2 cm kunyit hidup
  • 2 cm halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
Cara memasak:
  1. Masukkan ayam, kentang, santan cair, serai, asam gelugur dan bahan kisar ke dalam periuk.
  2. Masak sehingga ayam empuk.
  3. Kemudian tuangkan santan pekat, masukkan daun kunyit, garam / perasa pilihan.
  4. Teruskan masak dengan api kecil dan kacau selalu  sehingga kuah mendidih.
  5.  Padamkan api dapur.

10 ulasan:

mama sara nur berkata... Reply To This Comment

masak lemak kuning kegemaran anak bungsu sy
dulu arwah opahnya selalu masak
tambah ada sambal tu makin sedappp makan nasi ni

Azhafizah MN berkata... Reply To This Comment

Memenuhi selera raja ayam gitu. Yang suka berkuah, mesti suka letak kuah banjir. Masakan yang mudah dan sedap :)

mamapp berkata... Reply To This Comment

Sedapnya alahai.. cantik betul presentation makan amie

Seri Kandi Di Tanah Jauhar berkata... Reply To This Comment

Kita berangan nak masak lemak ayam ni sampai sekarang tak kesampaian

dear anies berkata... Reply To This Comment

fav sy ni.. tp laa ni kena krg mkn ayam��

Warisan Petani berkata... Reply To This Comment

Selamat menjamu selera.
Sedap2 belaka

Atie Zieya berkata... Reply To This Comment

sedapnyaaa..sambal belacan tu nampak temping makan dgn ikan goreng

Nasa Mulia berkata... Reply To This Comment

Menu faveret umah mertua yang ini...

namakucella berkata... Reply To This Comment

Iah sedap-sedap belaka lauknya cikgu. Biarlah tidak bercili pun, masak lemak tu menawan selera. Kena pula peria, ikan jaket & limau tu pun mengamcam

Nur berkata... Reply To This Comment

Saya suka masak lemak ayam. Selera makan nasi. Tambah, ada sambal belacan pulak. :)