Punten & Sambal Cili Padi Ikan Bilis : Menu Tradisi Jawa yang Enak!
11:29 PGSesekali sarapan Punten & Sambal Ikan Bilis alangkah nikmatnya! Rasa pedas sambal cili padi ikan bilis diselang seli dengan seteguk dua kopi panas menjadikan selera semakin bertambah untuk mengunyah satu demi satu punten!
Waktu kecil dulu, Bonda selalu jadikan punten sebagai sarapan pagi seisi keluarga. Oleh kerana jumlah adik-beradik yang ramai, tak sempatlah Bonda nak gentel satu persatu untukdijadikan bentuk punten seperti yang Amie paparkan ini. Bonda hanya tumbuk sahaja nasi punten yang telah tanak dan kemudian masukkan ke dalam loyang. Kemudian Bonda akan ratakan permukaan punten, dan biarkan sehingga sejuk sebelum dipotong. Makan begitu saja pun sedap tanpa sambal ikan bilis. Rasa sambal ikan bilis sangat pedas sebab Bonda gunakan cili padi sepenuhnya, jadi lidah kanak-kanak kami tak dapat menerimanya!
Bila berjauhan, terasalah rindunya air tangan Bonda! Maka di pagi yang dingin ini, Amie pun kembalikan nostalgia masa lampau. Amie masak sedikit saja, sekadar untuk memenuhi keinginan. Encik Suami pula beli roti canai untuk sarapan anak-anak.
Ketika Amie sedang menyiapkan punten, Firdaus datang ke dapur, pelbagai pertanyaan diajukan.
Mommy masak nasi lemakkah? Sedapnya bau. Mommy masak sambal ikan biliskah?
Tidak sayang. Mommy masak punten. Mommy masak sambal cili padi ikan bilis.
Punten itu apa Mommy?
Punten itu makanan tradisi orang Jawa. Masa Mommy kecik-kecik dulu, nenek selalu buat punten untuk sarapan pagi.
Kenapa orang Jawa? Bukankah nenek orang Malaysia?
Oh! Nenek keturunan Jawa.
Apa itu keturunan?
Bla bla bla.......
Siaplah Punten & Sambal Ikan Bilis
Punten & Sambal Cili Padi Ikan Bilis |
- 1 cawan beras
- 2 cawan santan cair
- 1 cawan santan pekat
- secubit garam
- sehelai daun pandan - tak bubuh pun tak apa
- Cuci beras dan masukkan ke dalam periuk. Amie gunakan periuk biasa, masak atas dapur gas.
- Tuangkan santan cair dan santan pekat, kelapa parut, masukkan secubit garam dan daun pandan.
- Gunakan api sederhana, dan selalu kacau supaya tidak hangus di bahagian bawah.
- Apabila nasi mula mengering, tutup periuk dan biarkan hingga tanak.
- Selepas itu padamkan api dapur dan tumbuk nasi punten ketika masih panas.
- Biarkan seketika dan kemudian bolehlah dibentuk menjadi kepalan yang lonjong.
Ini resipi Sambal Cili Padi Ikan Bilis untuk dinikmati bersama punten. Dulu tak berani makan sebab pedas, tapi sekarang rasa sedap pula!
Bahan-bahan:
3/4 cawan cili padi kampung warna hijau bersama tangkainya
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
3/4 cawan ikan bilis
1/2 sudu kecil belacan
1/2 sudu kecil pati asam jawa
gula / garam / perasa pilihan secukupnya
3 sudu besar minyak
Cara memasak:
1. Kisar cili padi bersama bawang putih, bawang merah dan belacan hingga hancur.
2. Masukkan ikan bilis dan tekan butang pengisar sesaat sebanyak dua kali. Ikan bilis tidak perlu hancur.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar.
4. Masukkan pati asam jawa dan gula secukupnya.
5. Tumis sehingga pecah minyak, dan kemudian masukkan garam / perasa pilihan.
6. Biarkan seketika dan kemudian padamkan api dapur.
13 comments
nmpk menarik punten tu..mkn plak ngan sambal cili padi ikan bilis..yummmm
BalasPadamharini saya belajar menu baru lagi, punten. unik namanya. Memang sedap tu gabungan nasi, santan, kelapa parut dengan aroma daun pandan dikepal. cicah dengan sambal goreng pedas. meletop hidangan ni kak amie :)
BalasPadamKawan2 akak orang jawa selalu kongsi pasal punten ni,makanan nostalgia mereka masa kecil.tapi akak tak pernah buat lagi walaupun teringin .
BalasPadamPatutla Firdaus ingat akak masak nasi lemak. Mesti bau lemak santan penuh satu rumah. Tak pernah makan Punten Thanks share menu
BalasPadamPuten? Yang ni uncle tak pernah rasa!
BalasPadamPertama kali saya belajar, apa itu punten. Meletop nampak sambal ikan bilis tu. Mekasih Amie, share resepi. :)
BalasPadamAduhai cikgu.. Sudah lama saya berangan nak masak punten ni.. Tapi belum kesampaian. Datang sini ada punten pulak.. Memang mrngundang air liur untuk meleleh
BalasPadam1st time sy tau ttg punten ni kak.. mungkin x ramai kenalan jawa kot
BalasPadamtak pernah pulak jumpa ni walaupun menantu dan cucu jawa
BalasPadamwaa, tak pernah nampak pun kueh ni... atie tgk ni, nmpk mcm pulut inti haha
BalasPadamKat selangor ini kat mana ada jual ye? teringin juga nak rasa.
BalasPadam@Nasa Mulia Punten ni terkenal di Sabak Bernam. Mungkin ada warung jual punten di sana.
BalasPadamPelbagai nama2 dan menu boleh jumpa kt blog amie ni..tahniah cikgu..
BalasPadam