Taman Buaya Tuaran

8:01 PTG

Selepas menunggang kuda di Sabandar Cowboy Town, Firdaus menunggang buaya pula di Taman Buaya Tuaran.... ahaks!

Jom kita melawat Sang Bedal di Taman Buaya Tuaran. Sebelum ini kami telah beberapa kali masuk ke Taman Buaya Sandakan. Katanya buaya dari Taman Buaya Sandakan dipindahkan ke Taman Buaya Tuaran.

Replika buaya.

Buaya sebenar.



Ada dua kolam besar tempat tinggal buaya.  Sebuah kolam airnya keruh berlumpur kelabu hitam, sebuah lagi warna hijau berlumut.

Sang Bedal sedang berehat. Lapar ke apa nganga jew mulut tu.



Yang ini elok jew santai berehat bawah pokok.

Ini kolam buaya air hijau berlumut.

Rupanya buaya-buaya sedang berehat di bawah jambatan. Mereka berteduh di situ dari panas matahari.



Apabila Sang Bedal melompat di dalam kolam, kami rasa sangat terkejut. Ada yang bersaiz besar. Entah berapa tahun umurnya!


Sekarang pertunjukkan memberi makan seekor buaya yang diletakkan di kandang khas.

Elok sopan jew buaya ini menunggu makanannya, iaitu ayam. Kalau tidak silap, makan tengaharinya ketika itu dua ekor ayam.

Nampak macam buaya kecil tapi apabila dilihat biodatanya, lahir tahun 1984. Dah berapa tahun umurnya itu?

Ketika diumumkan buaya-buaya dalam kedu-dua buah kolam akan diberi makan, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Kami tak dapat berpatah balik ke kolam tersebut sebab terperangkap dalam hujan. Tak tengok pun tak apa. Ngeri sebenarnya apabila menyaksikan buaya-buaya berebut makanan yang diberikan! Kami pernah menyaksikan di Taman Buaya Sandakan. Ganas!

Selain buaya, banyak haiwan lain yang terdapat di Taman Buaya Tuaran. Umpanya ular, monyet, binturong, rusa dan pelbagai jenis ikan bersaiz besar macam manusia dewasa. Tak dapat nak ambil gambar sebab ikan sembunyi.

Firdaus beri makan ikan keli.



Ada rumah panjang di Taman Buaya Tuaran.

Banyak info tentang buaya terdapat di sini. Hanya gambar ini sahaja yang jelas. Gambar yang lain kabur, jadi Amie tak dapat kongsikan.

Dalam rumah panjang ini ada kulintangan dan gong.

Marah sungguh Firdaus apabila ternampak gambar gongdan kulintangan ini. Katanya, kenapa tak beritahu dia ada benda-benda ini semua di dalam rumah panjang! Ketika kami masuk ke sini, Firdaus bersama Fairuz melihat monyet.


Kami meredah hujan meninggalkan Taman Buaya Tuaran untuk meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu.

10 comments

  1. Wah.. seronoknya firdaus jalan².. banyak jugak bujang senang di tuaran tu kak.. hehehe

    BalasPadam
  2. Terkejut tengok gambar awal tu. Ingatkan buaya betul. Sesekali tengok buaya pun best jugak. Seram tu memang seram.

    Menarik juga Taman Buaya Tuaran ni, bukan hanya ada buaya je. Ada juga tarikan lain. Tak lah pengunjung bosan tengok buaya je.

    BalasPadam
  3. wowww besar betul buaya tu.. seram hehe

    BalasPadam
  4. Kat sini buaya kepala hitam ramai. Hihihi.. Replika yang Firdaus naik tu macam be tuk matawang zaman lampau...

    BalasPadam
  5. BESAR SUNGGUH BUAYA KT SITU MENYERAMKAN

    BalasPadam
  6. Besarnya buaya. 37 umur buaya tu, panjang umur dia yek. :D

    BalasPadam
  7. Pernah tgk pertunjukan buaya kat taman buaya langkawi.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe