Sebiji Roti Bulan Sabit (Croissant) & Secawan Teh Lemon

6:16 PTG

Macamana boleh ada seketul roti bulan sabit di dapur? Tak ada siapa pedulikannya. Eloklah panaskan dalam 4-5 minit dalam air fryer. Tentu akan kembali menjadi rangup seperti mula-mula keluar dari oven.

Hari ini Amie dijadualkan bertugas sehingga pukul 3:45 petang. Seawal pukul 5:45 pagi sudah bertolak ke tempat kerja. Sebelum meninggalkan rumah, Abang Farid sempat bertanya: Hari ini Mommy masak tak?  Kita jawab: Mungkin tak sempat bang. Mommy balik petang.  Dalam hati terlintas fikiran bahawa Abang Farid akan order makanan untuk tengahari nanti.  

Di kepala juga terus ligat memikirkan sewaktu menyambung tugas tengahari nanti, bila agaknya masa untuk menyelinap masuk ke surau menunaikan solat Zohor. Nak minta tolong kawan pun, masing-masing ada tanggungjawab yang sudah ditetapkan. Tamat tempoh bertugas pula pukul 3:45 petang, sudah masuk waktu Asar. Jangankan seminit, sesaat pun tak boleh alpa dengan tugas yang diberi. Nanti macam-macam akan terjadi. KKM dan polis asyik berkeliaran masuk kawasan, mengintai dan mencari salah tidak patuhi SOP. Orang pejabat termasuk ibu kepala kami sedang berkuarantin. Covid-19 sudah serang staff sana sini. Kelmarin, rakan-rakan sekerja terpaksa menjalani swab test disebabkan salah seorang 'anak' kami positif Covid-19. Satu kelas kena swab test. Akibatnya, ramailah yang tidak hadir. Di saat-saat SPM hampir menjelang, tiba-tiba dua kelas kosong tanpa kehadiran penghuninya!

Untuk alas perut sampai ke petang, Amie beli semangkuk kecil lo mai gai (pulut kukus dengan ayam), kuih cakoi dan dua biji Portuguese egg tart. Sempat rembat seketul croissant. Setelah makan lo mai gai, rasa kenyanglah pulak. Kemudian makan kuih cakoi dua tiga potong. 

Tiba-tiba diumumkan kelas yang akan bersambung sebelah petang dibatalkan! Semua 'anak' kami 'takut' untuk berlama-lama hingga ke petang. Maklumlah semua sudah tahu ada yang positif Covid-19 di 'istana' kami.  Secara tidak langsung terlepaslah kita dari memikul beban tugas sehingga 3:45 petang! 
Jomlah balik!

Kalau dapat rebahkan kepala atas bantal barang seketika alangkah nikmatnya! Tapi sampai rumah, terpandang wajah anak-anak yang belum makan tengahari, tak jadilah nak berehat. Selepas solat terus meluru ke dapur cari apa yang patut untuk dimasak. 

Rupanya Abang Farid tak beli apa-apa makanan dari luar. Hanya Encik Suami yang beli sarapan pagi untuk anak-anak di rumah.

Panjang mukadimahnya.
Lari dari tajuk yang hendak dijadikan entri.... kah!

Secawan Teh Lemon & Sekeping Roti Bulan Sabit

Dah membebel panjang barulah  nak masuk isi cerita. Inilah croissant nan sebiji yang tak sempat dijamah tengahari tadi. Setelah dipanaskan semula, rasa tak sabar nak makan! Jom minum sama.

5 comments

  1. Allhu.. Syafikillah untuk yang +ve & semoga yang lain terhindar dari virus corona & semoga kita semua dalam lindungan Allah..

    BalasPadam
  2. Hihi, cerita roti bulan sabitnya sikit aje... Sk pun kering sungguh idea menulis skrg, gambar byk cerita Tak ada

    Semoga semuanya baik2 sahaja, Amie.

    BalasPadam
  3. Sebiji sekali ngap abis..hehe kena mkn 2,3 biji baru puas...

    BalasPadam
  4. Semakin menggila kes baharu ni. Semoga semuanya dalam keadaan baik. Aaminn
    Sedap roti bulan sabit. Ada inti lagi sedap :)

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe