Punten & Sambal Cili Padi Ikan Bilis : Menu Tradisi Jawa yang Enak!

11:29 PG

Sesekali sarapan Punten & Sambal Ikan Bilis alangkah nikmatnya! Rasa pedas sambal cili padi ikan bilis diselang seli dengan seteguk dua kopi panas menjadikan selera semakin bertambah untuk mengunyah satu demi satu punten!

Waktu kecil dulu, Bonda selalu jadikan punten sebagai sarapan pagi seisi keluarga. Oleh kerana jumlah adik-beradik yang ramai, tak sempatlah Bonda nak gentel satu persatu untukdijadikan bentuk punten seperti yang Amie paparkan ini. Bonda hanya tumbuk sahaja nasi punten yang telah tanak dan kemudian masukkan ke dalam loyang. Kemudian Bonda akan ratakan permukaan punten, dan biarkan sehingga sejuk sebelum dipotong. Makan begitu saja pun sedap tanpa sambal ikan bilis. Rasa sambal ikan bilis sangat pedas sebab Bonda gunakan cili padi sepenuhnya, jadi lidah kanak-kanak kami tak dapat menerimanya!

Bila berjauhan, terasalah rindunya air tangan Bonda! Maka di pagi yang dingin ini, Amie pun kembalikan nostalgia masa lampau. Amie masak sedikit saja, sekadar untuk memenuhi keinginan. Encik Suami pula beli roti canai untuk sarapan anak-anak.

Ketika Amie sedang menyiapkan punten, Firdaus datang ke dapur, pelbagai pertanyaan diajukan.

Mommy masak nasi lemakkah? Sedapnya bau. Mommy masak sambal ikan biliskah?

Tidak sayang. Mommy masak punten. Mommy masak sambal cili padi ikan bilis.

Punten itu apa Mommy?

Punten itu makanan tradisi orang Jawa. Masa Mommy kecik-kecik dulu, nenek selalu buat punten untuk sarapan pagi.

Kenapa orang Jawa? Bukankah nenek orang Malaysia?

Oh! Nenek keturunan Jawa.

Apa itu keturunan?

Bla bla bla.......

Siaplah Punten & Sambal Ikan Bilis

Punten & Sambal Cili Padi Ikan Bilis


Pagi ini ada dua jenis sarapan pagi. Masakan Jawa dan masakan India. Punten & Sambal Cili Padi Ikan Bilis dan juga roti canai cecah kuah dal dan sambal tumis.

Amie akan kongsikan resipi punten mengikut cara Bonda. Selain bubuh santan, Bonda akan tambahkan kelapa parut dalam punten. Rasanya sudah tentulah lemak-lemak. Itu sebabnya sewaktu kecil dulu kami hanya makan punten saja sebab tak berani nak cecah sambal cili padi ikan bilis yang pedas itu! Amie hanya masak satu cawan beras sahaja untuk menghasilkan punten yang Amie kongsikan ini. Nisbah beras dengan santan ialah sebanyak 1:3. Amie gunakan 1 cawan santan pekat ditambah dengan 2 cawan santan cair. Kelapa parutnya pula Amie gunakan 1/2 cawan.

Bahan-bahan:
  • 1 cawan beras
  • 2 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • secubit garam
  • sehelai daun pandan - tak bubuh pun tak apa
Cara memasak:
  1. Cuci beras dan masukkan ke dalam periuk. Amie gunakan periuk biasa, masak atas dapur gas.
  2. Tuangkan santan cair dan santan pekat, kelapa parut,  masukkan secubit garam dan daun pandan.
  3. Gunakan api sederhana, dan selalu kacau supaya tidak hangus di bahagian bawah.
  4. Apabila nasi mula mengering, tutup periuk dan biarkan hingga tanak.
  5. Selepas itu padamkan api dapur dan tumbuk nasi punten ketika masih panas.
  6. Biarkan seketika dan kemudian bolehlah dibentuk menjadi kepalan yang lonjong.
Sesetengah orang kepalannya lonjong runjing di kedua-dua hujungnya. Ada punten kurung meruncing, dan ada yang bulat -bulat gemuk. Punten yang Amie hasilkan ini bentuknya lonjong bulat macam bentuk orangnya juga... ahaks! Tak kisahlah, yang penting punten sedap...kah! Suka sangat Encik Suami dan Firdaus makan punten. Entah berapa ketul masuk perutnya.


Ini resipi Sambal Cili Padi Ikan Bilis untuk dinikmati bersama punten. Dulu tak berani makan sebab pedas, tapi sekarang rasa sedap pula!

Bahan-bahan:

3/4 cawan cili padi kampung warna hijau bersama tangkainya
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
3/4 cawan ikan bilis
1/2 sudu kecil belacan
1/2 sudu kecil pati asam jawa
gula / garam / perasa pilihan secukupnya
3 sudu besar minyak

Cara memasak:

1. Kisar cili padi bersama bawang putih, bawang merah dan belacan hingga hancur.
2. Masukkan ikan bilis dan tekan butang pengisar sesaat sebanyak dua kali. Ikan bilis tidak perlu hancur.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar.
4. Masukkan pati asam jawa dan gula secukupnya.
5. Tumis sehingga pecah minyak, dan kemudian masukkan garam / perasa pilihan.
6. Biarkan seketika dan kemudian padamkan api dapur.

13 comments

  1. nmpk menarik punten tu..mkn plak ngan sambal cili padi ikan bilis..yummmm

    BalasPadam
  2. harini saya belajar menu baru lagi, punten. unik namanya. Memang sedap tu gabungan nasi, santan, kelapa parut dengan aroma daun pandan dikepal. cicah dengan sambal goreng pedas. meletop hidangan ni kak amie :)

    BalasPadam
  3. Kawan2 akak orang jawa selalu kongsi pasal punten ni,makanan nostalgia mereka masa kecil.tapi akak tak pernah buat lagi walaupun teringin .

    BalasPadam
  4. Patutla Firdaus ingat akak masak nasi lemak. Mesti bau lemak santan penuh satu rumah. Tak pernah makan Punten Thanks share menu

    BalasPadam
  5. Puten? Yang ni uncle tak pernah rasa!

    BalasPadam
  6. Pertama kali saya belajar, apa itu punten. Meletop nampak sambal ikan bilis tu. Mekasih Amie, share resepi. :)

    BalasPadam
  7. Aduhai cikgu.. Sudah lama saya berangan nak masak punten ni.. Tapi belum kesampaian. Datang sini ada punten pulak.. Memang mrngundang air liur untuk meleleh

    BalasPadam
  8. 1st time sy tau ttg punten ni kak.. mungkin x ramai kenalan jawa kot

    BalasPadam
  9. tak pernah pulak jumpa ni walaupun menantu dan cucu jawa

    BalasPadam
  10. waa, tak pernah nampak pun kueh ni... atie tgk ni, nmpk mcm pulut inti haha

    BalasPadam
  11. Kat selangor ini kat mana ada jual ye? teringin juga nak rasa.

    BalasPadam
  12. @Nasa Mulia Punten ni terkenal di Sabak Bernam. Mungkin ada warung jual punten di sana.

    BalasPadam
  13. Pelbagai nama2 dan menu boleh jumpa kt blog amie ni..tahniah cikgu..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe