Minum Petang Kuih Vadai & Secawan Teh

7:54 PTG

Jumpa lagi di alam maya. Bagaimana cuaca di teman rakan semua? Hari ini hujan tidak turun di bumi LD, tapi menjelang tengahari mendung pula. Bagaimana pun hujan tidak turun sehinggalah matahari terbenam. 

Jom serikan petang kita dengan menikmati kuih vadai dan hirup teh panas sambil sembang-sembang di dapur.

Kuih vadai & teh Ceylon 888  panas renih dengan gula batu bubuh daun pandan.

Kuih vadai ini Amie buat sendiri. Bentuknya pun bulat berisi macam tuannya juga.... ahaks! Orang lain buat kuih vadai nampak ayu, langkah demi langkah dilakukan penuh teliti. Amie main bantai saja asal siap dan sedap!
Teringat zaman kanak-kanak, kuih vadai ini antara kuih kegemaran. Setiap kali Bonda dan Ayahanda turun ke Sungai Buluh, kami adik-beradik menunggu kepulangan mereka di hujung kebun. Maklumlah, keluarga kami tidak ada kenderaan bermotor kecuali basikal. Jadi kalau turun ke pekan kenalah naik kereta yang orang kampung panggil 'prebet sapu'.  Apabila pulang, sudah tentulah ada oleh-oleh khas yang mereka beli untuk kami. 
Ada dua buah gerai mamak di Sungai Buluh. Sebuah gerai jual kuih-muih dan sebuah gerai lagi jual cendol. Ayahanda dan Bonda suka beli kuih vadai dan pisang nangka goreng. Pisang nangka goreng celup tepung rasanya sangat sedap. Mamak akan bungkus dalam kertas suratkhabar, dan tabur gula pasir atas pisang goreng tadi. Dulu harga sebiji vadai 10 sen sahaja. Begitu juga dengan pisnag nangka goreng. Pisang nangka goreng itu bukan digoreng sebelah, tapi sebiji! Rasanya manis-manis dan ada rasa asam sedikit. 
Gerai mamak yang jual cendol pula, sentiasa dikunjungi pelanggan. Cendolnya sangat sedap, lemak manis. Seronok kalau melihat mamak  memarut ais batu. Kalau tak silap dahulu harga semangkuk cendol 15 sen sahaja. Setiap kali kalau Ayahanda dan Bonda bawa kami ke Sungai Buluh, tempat wajib singgah untuk basahkan tekak sudah tentulah di warung mamak cendol ini.

Oleh kerana Amie hanya campak-campak bahan sahaja untuk menghasilkan kuih vadai tanpa ikut peraturan, jadi Amie tak kongsikan resipinya. Amie dapati ada yang simpan dahulu kuih vadai di dalam peti sejuk sebelum digoreng. Ada yang tambahkan tepung dan telur.
Amie rendam kacang dal selama 3 jam. Separuh Amie kisar halus, dan separuh lagi kisar kasar. Bahan perencahnya Amie ikut bahan yang digunakan oleh mamak di Sungai Buluh. Campurkan hirisan cili merah dan cili hijau, daun kari, hirisan bawang merah kecil dan jintan manis. 
Oleh kerana tidak banyak masa di dapur, Amie hanya kepal-kepal dan leperkan adunan vadai ini ketika hendak menggoreng. Maksudnya, Amie tidak 'bentuk' vadai sebelum menggoreng. Ketika minyak sedang panas di dalam kuali, ketika itulah  Amie membentuk vadai secara spontan, dan terus masukkan dalam kuali gorengan. Itu sebab saiznya ada yang tak sama.

Encik Suami kata, sedapnya kuih ni!
Dan seketul demi seketul hilang dari pinggan. 

8 comments

  1. Vadai, vadei atau masalode, ini antara kuih tradisi india yang Sk suka. Masa kakak2 dulu, ada satu uncle yg berjalan kuih ni dengan motosikal. Sk tunggu dengan pinggan, selepas susun vadei dalam pinggan, uncle akan letak sebiji cili hijau.

    BalasPadam
  2. @Seri Kandi Di Tanah Jauhar Vadai masih panas sedap dimakan, aromanya sangat enyelerakan.

    BalasPadam
  3. rupa tak penting kak, janji rasa tu boleh bangkitkan nostalgia zaman kanak-kanak. Gitu. Cuaca di KL ni panas terik. Baru pukul 10 pagi dah macam pukul 12 tengahari

    BalasPadam
  4. Baunya sedap bila digoreng... kat area umh mak mmg ada melayu yg jual vadai ni... bau mmg menusuk hidung bila lalu stall dia... org pun bersusun tgu vadai siap digoreng

    BalasPadam
  5. Sedapnya Kuih vadai. Lama tak makan. kalau ada pasar malam je baru jumpa. nak kena ada kerajinan nak membuat ni :)

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe