Mee Hoon Goreng dengan Bayam Brazil

8:33 PG

Selamat pagi dunia. Semoga warganya sihat-sihat sahaja. Seperti hari-hari sebelumnya, cuaca di pagi ini mendung. Matahari masih berselimut, belum memancarkan sinarnya. Terasa dinginnya suhu ketika ini. Sesekali kedengaran deru enjin kenderaan di jalan raya. Suasana PKP, segalanya terasa sepi.

Awal pagi tadi kutip pucuk bayam Brazil di tepi rumah. Bolehlah menjadi pengganti sayur sawi untuk masak mee hoon goreng. Sudah siap hidangan sarapan pagi di atas meja, riuhlah Encik Suami memanggil anak-anak untuk makan bersama.

Mee Hoon Goreng dengan Bayam Brazil

Mee Hoon Goreng dengan Bayam Brazil, samosa inti kentang, hirisan limau dan teh lemon panas.

Mee Hoon Goreng dengan Bayam Brazil ini agak pedas. Mungkin cili kisar yang Amie gunakan jenis yang pedas. Walaupun pedas tapi habis licin.... ahaks!

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus mee hoon - rendam dengan air biasa sehingga kembang - toskan
  • pucuk bayam Brazil secukupnya
  • 10 ekor udang 
  • 1 batang fish cake - hiris 
  • 10 biji cuttlefish ball - hiris
  • 1 biji cili merah - hiris
  • garam / perasa pilihan
  • 3 sudu besar minyak
Bahan kisar:
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 7 tangkai cili kering
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga terbit aroma.
  2. Masukkan udang, hirisan fish cake dan cuttlefish ball. Kacau beberapa kali sehingga udang berubah warna.
  3. Kemudian masukkan mee hoon diikuti dengan bayam Brazil. Gaul rata.
  4. Setelah bayam Brazil layu, taburkan garam / perasa pilihan secukupnya.
  5. Gaul beberapa kali dan padamkan api dapur.

13 comments

  1. Meriah dan nampak menyelerakan betul bihun goreng akak tu. Lapar balik saya jadinya 😂

    BalasPadam
  2. suka makan bihun yg jenis putus putus mcm ni.. sedap dan lembut

    BalasPadam
  3. Sedapnya, saya pun bihun pagi ni, tapi beli hehehe

    BalasPadam
  4. Suka tengok plating kak amie. Menyelerakan haha...

    BalasPadam
  5. wah my peberet ni mee hoon goreng. Oh rupanya bayam brazil tu boleh jadi penganti sawi ya. emm kena cuba ni.

    BalasPadam
  6. Nampak banyak udang dalam bihun.
    Memang nampak kemerahan bihun itu tanda macam pedas.

    BalasPadam
  7. Meriah meehoon Amie.Akak pun selalu masukkan bayam brazil dalam meehoon.Anak akak yang bongsu ni kalau sawi dipilihnya atur tepi pinggan .Kalau bayam brazil ok pulak makan.Kadang buat jemput2 pun disuruhnya masukkan bayam brazil.

    BalasPadam
  8. wahhh nampaknya kita 'bermi' yaa pg jumaat ni. sy buat mi goreng basah je...

    BalasPadam
  9. Fiza pun goreng bihun jugak. Tapi bihun goreng sardin.😍

    BalasPadam
  10. Mihun goreng ni memang evergreen kan cikgu... Tak pernag jemu makan mihun walau selalu dihidangkan

    BalasPadam
  11. Sedapnya bihun goreng kak amie. Bila sedap, pedas pun licin. Untung juga ada tanaman sekitar rumah boleh buat rencah bila stok sayur lain habis :)

    BalasPadam
  12. Mcm biasa presentation kak amie mmg tiptop!!

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe