Labu Manis Masak Lemak Ikan Masin & Sayap Ayam Panggang Air Fryer

12:23 PTG

Entri terlajak hari. Sepatutnya publish malam tadi, tapi tertidur awal, lena sampai ke pagi. Hidangan petang kelmarin, sempat masak lemak labu manis dengan ikan masin, dan lauk lain untuk anak-anak. Kalau Amie dengan Encik Suami, sudah cukuplah lauk labu manis masak lemak ikan masin, dan sambal belacan tempoyak. Tapi segala raja ayam, raja ikan dan raja telur tak mahu makan kecuali ambil kuahnya saja. Raja kambing, mana-mana lauk boleh masuk perut. Untuk raja ayam, Amie panggangkan sayap ayam gunakan air fryer. Untuk raja ikan, gorengkan sahaja seekor ikan belais. 
Labu Manis Masak Lemak Ikan Masin ini Amie tak bubuh cili padi sebab sudah sedia digandingkan dengan sambal belacan tempoyak. Ikan masinnya pula, tak tahu namanya.... ahaks!

Labu Manis Masak Lemak Ikan Masin

Sayap Ayam Panggang Air Fryer

Ikan belais goreng, telur masin & sambal belacan tempoyak.
Tembikai

Ikan masin yang Amie masak bersama labu manis ini tidaklah masin sangat. Isinya cantik, dan putih. Kalau tak silap, kami beli di pasar Kunak. Agak lama juga tersimpan kemas, dibungkus kertas dan plastik dalam peti sejuk. Nak cepat masak, tak sempat kisar kelapa parut, jadi gunakan santan kotak sahaja. Amie gunakan serbuk kunyit, dan bukannya kunyit hidup. Entah mana pergi kunyit hidup...huuurrrmmm kalau dah kelam kabut nak masak, kadang-kadang benda depan mata pun tak nampak. Dah siap masak, daun kunyit dan kunyit hidup ada jew tercongok duduk sebelah sinki!

Labu Masak Lemak Ikan Masin

Bahan-bahan:

300 gram labu manis - kupas kulit - buang biji dan potong ikut citarasa
7 keping ikan masin
3 batang kacang panjang - patahkan 3 cm
1 kotak santan 
3 cawan air
1 batang serai - diketuk
1 keping asam gelugor
1 sudu kecil serbuk kunyit
garam / gula / perasa pilihan

Bahan tumbuk:
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah

Cara memasak:
1. Dalam periuk, masukkan air bersama labu,serai dan bahan tumbuk.
2. Masak di atas api perlahan dan sentiasa kacau.
3. Setelah labu mulai empuk, masukkan ikan masin dan kacang panjang dan asam gelugor..
4. Tuangkan santan.
5. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
6. Kacau perlahan sehingga sehingga kuah mendidih.
7. Keluarkan asam gelugor.
8. Padamkan api dapur.


Sayap Ayam Panggang Air Fryer ini Amie hanya perap dengan serbuk kunyit, serbuk lada sulah, Maggi Cukup Rasa, kicap manis, asam jawa dan minyak bijan. Tak sempat nak kupas bawang, halia bagai. Perap jew togel-togel begitu. Hasilnya tetap sedap, dan licin sekelip mata!

11 comments

  1. Kalau sy dapat lauk macam ni, sy akan jadi raja segala raja lah, hihi

    BalasPadam
  2. Ya Allah, semua nampak sedap kak amie :)

    BalasPadam
  3. Saya pun baru je masak lauk sayur labu semalam Tapi tak letak ikan masin. Masak biasa je. Tetiba teringin pulak makan sayur labu. Sedap tu makan dengan sambal. Masing-masing ada lauk sendiri ye :)

    BalasPadam
  4. Agaknya kunyit tu menyorok kot, takut dikerjakan hihi...

    Kalut-kalut pun sedap nampaknya lauk pauk tu kak amie. Paling terpesona dgn ikan goreng tu 😋

    BalasPadam
  5. Set ikan gorwng tu saya punya..!!!!! 🤗🤗🤗

    BalasPadam
  6. hehe ingtakan masak lemak tu jugak dlm air fryer :D
    ayam je rupanya..iena pn suka masak ayam dalam air fryer :)

    BalasPadam
  7. panas panas ni, terliur tgk gambar tembikai tu

    BalasPadam
  8. Haha mcm2 raja ada ya..raja ayam,raja kambing..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe