Ikan Kukus Taucu

8:14 PTG

Ketika menemani Firdaus menyiapkan kerja sekolah, rasa hendak tertutup kelopak mata menahan rasa mengantuk! Terasa ingin lelapkan mata seketika tetapi waktu Isya' belum tiba pula. Jadi sambil menunggu Firdaus menulis latihan, baiklah masuk dapur maya sebentar. Sambil mengetuk butang keyboard sambil memantau kerja-kerja Firdaus. Hari in banyak pula mata pelajarannya berbanding kelmarin. Apabila guru kelasnya kongsi jadual waktu,  hari Isnin hingga Jumaat ada 5 mata pelajaran, manakala hari Rabu dan Khamis  hanya 4 mata pelajaran pula. 

Kelmarin Amie kongsikan  kerja-kerja sekolah Firdaus melalui WhatsAap keluarga. Amie minta tolong Abang Farid bantu Firdaus. Empat latihan mata pelajaran yang diberi, hanya satu yang Abang Farid bantu Firdaus siapkan iaitu Bahasa Inggeris. Abang Farid pun sibuk dengan kelas onlinenya. Petang itu juga Amie suruh Firdaus siapkan latihan Matematik kerana guru subjek tersebut minta hantar hasil latihan. Encik Suami pula menerima maklumat PDPR dari sekolah agama Firdaus pula. Kalau dua-dua PDPR sekolah kebangsaan dan sekolah agama bercampur dalam HP Amie, tak tahulah apa nak jadi. HP Amie pun sudah penuh dengan PDPR sendiri. Tahun lepas HP Amie rosak gara-gara PDPR sehingga terpaksa beli baru.... ahaks!

Petang tadi Amie masak Ikan Kukus Taucu. Kali ini Amie masak ikan kambing...  emmbeeekkkkk! Tak tahu kenapa namanya ikan kambing! Warna sisiknya hitam. Bentuk badannya seakan-akan sama dengan ikan merah. MIL suka kukus ikan ini. Isi ikan kambing sangat lembut. Apabila Abang Farid ternampak Amie kukus ikan kambing, dia pun teruja untuk makan! Jadi, tak perlulah masak ayam untuknya. Sebelah paginya Encik Suaminya sudah belikan sarapan untuknya, mee hoon goreng dengan ayam goreng. Menjelang senja, Amie gorengkan lagi untuknya mee hoon goreng, dengan ayam juga. Katanya tak puas makan ikan kambing kukus!

Selain Ikan Kukus Taucu, Amie tumis sayur kobis tambah sayur sawi dan lobak serta udang basah. Amie juga buat acar telur hitam atau egg century. 

Ikan Kambing Kukus Taucu

Tumis Sayur Kobis Campur Sawi & Lobak Merah

Acar Telur Hitam @ Egg Century

Limau Sunkist & Kiwi

Masing-masing tentu ada cara masak kukus ikan yang tersendiri. Untuk masakan kukus ikan kambing ini, Amie renjis bubuh hirisan halia, bawang putih dan bawang merah dan kemudian Amie renjiskan sedikit sos ikan. Amie gunakan taucu manis yang dimasak terlebih dahulu bersama sos tiram dan bancuhan tepung jagung. Setelah ikan kukus hampir masak, Amie tuangkan bahan taucu manis ke atasnya dan tutup semula periuk pengukus sehinggalah ikan masak. Nak tahu ikan kukus mula masak, lihat matanya yang tersembul keluar. Amie gunakan periuk yang berpenutup lut sinar. Jadi boleh nampak kalau mata ikan mula tersembul, tandanya isi ikan mulai masak.... ahaks! Biasanya Amie didihkan air kukusan terlebih dahulu sebelum masukkan dulang berisi ikan. Jadi, kalau ikut masa, sekitar 7-10 minit ikan sudah masak. 

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan kambing seberat 1kg
  • 2 cm halia - hiris halus
  • 2 ulas bawang putih - hiris
  • 3 biji bawang merah  - hiris
  • 1 sudu besar sos ikan
  • tomato ceri merah & kuning untuk hiasan
Bahan sos:
  • 2 sudu besar taucu manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar tepung jagung bancuh dengan 3/4 cawan air
Cara memasak:
  1. Didihkan air di dalam periuk pengukus.
  2. Sementara itu sediakan dulang tahan panas dan letakkan ikan di atasnya.
  3. Susun halia, bawang putih dan bawang merah di atas ikan. 
  4. Kemudian renjiskan sos ikan secara merata.
  5. Ketika ikan sedang dikukus, campur kesemua bahan sos di dalam periuk kecil, dan masak dengan menggunakan api sederhana. Kacau sehingga sos mendidih dan pekat. Padamkan api dapur.
  6. Setelah 5-7 minit ikan dikukus, buka penutup periuk pengukus, dan tuangkan sos taucu. Masukkan juga tomato ceri merah & kuning.
  7. Tutup semula periuk pengukus dan biarkan masak sehingga 3-5 minit lagi.

10 comments

  1. sedap amie sekali sekala tukar selera macam ni :)

    BalasPadam
  2. ikan kambing eh, unik betul nama ikan ni. Raja ayam pun suka makan ikan ni. Nampak sangat ikan ni memang sedap di makan. Sistem PdPR ni mencabar. Bukan hanya perlu ada kemudahan internet dan gadget/komputer. Masa pun perlu ada juga.

    BalasPadam
  3. thank you sharing resepi kak amie :)

    BalasPadam
  4. Kalau kukus saya pulak jarang tambah bawang merah, tapi akan letak bawang putih lebih. Tambah sos tiram sikit. Maybe boleh try stail kak Amie. Ubah selera

    BalasPadam
  5. Lama saya tak kukus ikan. Tak pernah makan ikan kambing ni.
    Ye la, anak saya pun baru lepas download buku teks maya, sampai 7 Gigs, saiz. Penuh la space komputer dia.

    BalasPadam
  6. Ikan kambing? uniknya nama dia hehehe
    PdPR..Cabaran anak-anak nak belajar tahun ini. Ibu-ibu pun kena belajar sekali :)

    BalasPadam
  7. Sedap nampak tu cikgu.. Saya belum pernah cuba masak dengan ikan.Nanti bokeh cuba. Kalau dengan ayam selalu juga masak stim taucu pedas ni

    BalasPadam
  8. Ikan kambing? SA x pernah dengar kak..tapi tengok semua hidangan tu ha..amboi...lapar terus perut SA malam ni...

    BalasPadam
  9. Ikan kukus sedap..tp tak pernah jumpa lg ikan kambing

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe