Hasil DSSS Tidak Mengecewakan

8:03 PTG

Baru berkesempatan membelek gambar-gambar yang diambil sewaktu bercuti baru-baru ini. Di kesempatan ini Amie ingin kongsikan hasil DSSS yang Amie amalkan lebih kurang dua bulan yang lalu. Alhamdulillah, memang ada penurunan berat badan walaupun tidak begitu banyak. Amie sangat seronok sebab Amie berDSSS tanpa menyeksa diri dan tiada rasa penderitaan sedikit pun... ahaks!
Selepas Amie jatuh sakit hujung tahun lepas, berat badan terus menurun dan ketika Amie lihat wajah di cermin, nampak buruk betul dengan muka cengkung dan tulang pipi nampak menonjol. Bentuk wajah pun jadi panjang! Ketika itu Amie tidak fikirkan DSSS lagi sebab yang penting badan kembali sihat bertenaga. Setiap hari Encik Suami belikan makanan, dan Amie makan sahaja tanpa sebarang pantang. Alhamdulillah. Berat badan naik sedikit, dan dari sehari ke sehari terus sihat.

Gambar diambil pada 6 Januari 2021

Gambar diambil pada 31 Ogos 2020

Ada nampak perbezaan tak?

Baju yang sama, tarikh yang berbeza. 



Gambar atas dan bawah ini pun nampak agak ketara juga bezanya.


Setelah melihat hasilnya, Amie rasa telah memilih diet yang betul. Hanya kurangkan kuantiti sahaja iaitu suku suku separuh.  Amie tidak begitu berpantang segala jenis masakan. Setiap hari Amie makan nasi, dan hanya sebelah malam sahaja jarang ambil sebab Amie tukarkan nasi dengan kentang atau roti. Amie juga membuat senaman ringan 3 kali seminggu. Itu sahaja. Tidak ada rahsia lain.
Cuma jangan tanya dulu berapa kilogram Amie turun, sebab Amie tak mahu selalu timbang berat badan...hiks!


Di hati sentiasa rasa bersyukur dan hanya inginkan penurunan berat badan sekitar 1-2 kg sahaja dalam setiap sebulan. Sekurang-kurangnya tahun 2021 dapat pakai baju-baju baru yang belum sempat dipakai sepanjang tahun 2020 kerana PKP, PKPB dan PKPP.... ahaks!

10 comments

  1. Insyaallah semoga dipermudahkan 😘

    BalasPadam
  2. caiyokk..takyah lost berkilo kilo sebulan...1-2kg ok la tu...maintain progress

    BalasPadam
  3. bangganya dengan amie! ok saya nak tiru la DSSS ni! makan tapi kurangkan kuantiti dan jangan tinggal senaman ringan..baek!

    BalasPadam
  4. ALHAMDULILLAH KEMBALI SIHAT SEJAHTERA

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah..Memang tak mengecewakan hasil DSSS kak amie. Kagum dengan kesungguhan dan usaha Kak Amie. Finally nampak perubahan tu. Ketara nampak bezanya :)
    Semoga terus maintain dan kekalkan gaya hidup sihat.

    BalasPadam
  6. Tahniah, Kak Amie. Memang nampak perubahannya. Semoga terus semangat mengamalkan rutin sihat akak.

    BalasPadam
  7. take care dan moga always sihat ya kak amie

    BalasPadam
  8. wahhh tahniah kak!chaiyok chaiyok!!

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah... Tahniah & memang nampak semakin muda la bila berat badan turun. Ish.. Nak kena buat juga ni( janji yang tak pernah saya tepati.. Hihihi)

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah.. tahniah kak!! Diet diet jugak tp kesihatan jaga jugak tau!

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe