Giant Lobster di Dataran Bengkoka Pitas

10:02 PTG

Hari kedua di Pitas, sebelum bersarapan pagi kami sempat melawat ke Dataran Bengkoka yang terletak berhampiran dengan Indah Chalet. Encik Suami ingin bersarapan di restoran yang terletak bersebelahan dengan Indah Chalet. Apabila kami tiba, pekerja restoran memberitahu kami restoran beroperasi pada pukul 10 pagi. Jadi kami habiskan masa dahulu menuju ke Dataran Bengkoka.  Kalau berjalan kaki dari tempat penginapan, hanya mengambil masa 2-3 minit sahaja. 

Benda pertama yang kami hampiri sudah tentulah replika giant lobster yang melekap di batu besar di tepi laut. Pada hari Rabu, akan ada pasar atau Tamu Mingguan Dataran Bengkoka. Malangnya, pada hari tersebut walaupun hari Rabu, pasar atau tamu tidak dibuka. Maklumat yang kami terima, sejak PKP 1.0 memang semua aktiviti di kawasan ini dihentikan. Memang kelihatan suasananya yang tidak terjaga, dengan sampah sarap dan banyak longgokan najis lembu.

Giant Lobster di Dataran Bengkoka



Sempat meninggalkan jejak di Jeti Dataran Bengkoka.

Menikmati pemandangan Laut Sulu.

Dapat juga tangkap sekeping gambar dengan Fairuz. Rambutnya panjang betul! Maklumlah cuti sekolah yang berpanjangan dan terpaksa berkurung lama! Tak sedar rambut sudah berjurai panjang!


Jom ambil gambar dari sisi depan giant lobster pula. 

Penduduk sekitar daerah Pitas terdiri daripada etnik Kadazandusun dari suku kaum Rungus dan Orang Sungai termasuk sub-suku Tambanuo. Di dataran ini juga terdapat rumah-rumah tradisional suku kaum yang terdapat di sini. Bagaimana pun ketika ini keadaannya kelihatan uzur dan terbiar. 
Jika ada kesempatan untuk datang sekali lagi ke sini, harapnya Dataran Bengkoka kembali meriah seperti dahulu.

Hujan gerimis mula turun membasahi Dataran Bengkoka. Kami tidak boleh berlama-lama di sini. Hanya tinggal 3 minit ke pukul 10, dan memang masa yang sesuai untuk kami kembali ke restoran untuk bersarapan.

Siapa tahu nama buah ini?

15 comments

  1. Uish... Banyaknya post cikgu.. Hari ni saya kwbizian.. Hihihi.. Seronok kalau baca blog cikgu banyak info. Saya belum pernah makan lobster. Buah tu warna macam jambu keling, ruoa macam buah tin. Nanti bagi jawapan yer cikgu.. Hihihi

    BalasPadam
  2. Kiranya hampir setahun tempat ni kurang pengunjung. rumah panjang tu semak betul bila terbiar je. sayangnya

    dari pencariaan saya, jumpa Glochidion ferdinandi - 'Cheese Tree'

    BalasPadam
  3. besar betol lobster tu kak :)
    lama shida x singgah sini..Salam Tahun Baru kak :)

    BalasPadam
  4. Di JB ni pun ada lobster beso tau, nanti kalau rajin sy tunjuk

    BalasPadam
  5. @namakucella Sementara ada masa memang selalu update dapur maya ni. Nanti dah sibuk kerja, sekali-sekala saja boleh menulis hehehee.
    Fiza dah bagi jawapan, buah rupa buah tin tu nama dia glochidion ferdinandi - cheese tree.

    BalasPadam
  6. @Azhafizah MN Itulah antara kesan-kesan bencana Covid-19 sepanjang tahun 2020.
    Tq dapat cari nama buah tu Fiza. Pokok Buah tu kat tepi laut, sebelah giant lobster.

    BalasPadam
  7. @Shida Radzuan Selamat Tahun Baru 2021 juga Shida. Dari jauh Kak Amie ingat ketam atau udang, dah dekat rupanya lobster!

    BalasPadam
  8. mmg giant lobster tu..rindu la lama tk mkn lobster...hah apa nama buah tu

    BalasPadam
  9. @Amie
    sama sama kak amie..ohh pokok liar ye..tak pasti betul ke tidak tu..tapi tengok macam serupa

    BalasPadam
  10. alaaa kalau lobster tu boleh mkn kan syok hahahaha...

    habis tu rumah2 tu dibiarkan mcm tu je ke?

    BalasPadam
  11. @Azhafizah MN Betul tu cheese tree. Kak Amie pun dah tengok di googgle. Buahnya sama.

    BalasPadam
  12. sunyi sepi bila rumah2 ditinggalkan.. harap tak ada yg jadikan port dadah.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe