Resipi Sambal Sotong Sedap Makan dengan Nasi Lemak
7:46 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Jom masuk dapur. Kita masak sambal sotong pula.
Kelmarin Amie masak sambal sotong untuk lauk nasi lemak.
Perkara pertama yang Amie ambil kira kalau masak sambal untuk nasi lemak sudah tentulah jenis cili kering yang digunakan tidak berapa pedas. Untuk cerita lanjut boleh klik di sini: NASI LEMAK : TIPS NAK BUAT SAMBAL TAK BERAPA PEDAS!
Perkara kedua, sudah tentulah nak gunakan haiwan apa untuk dimasak sambal! Kalau sambal bawang atau ikan bilis tidaklah sesukar mana. Biasanya yang memaksa berhati-hati semasa menyambal apabila hendak masukkan sotong atau udang. Silap gaya, sambal jadi cair dan tak berapa sesuai nak makan dengan nasi lemak.
Ada yang buangkan air sotong terlebih dahulu dengan cara memasaknya di atas api dan apabila keluar airnya, terus angkat dan tapis. Buang air, tinggal sotong. Jadi apabila masukkan sambal dalam kuali, air sotong tidak ada lagi dan sambal pun menjadi dengan cantiknya!
Biasanya kalau hendak masak sambal sotong, Amie akan pilih sotong torak. Setelah sotong dibersihkan, toskan hingga kering. Sambal hendaklah ditumis sehingga betul-betul pecah minyak. Kemudian besarkan api, dan masukkan sotong. Tutup kuali di antara satu hingga dua minit sahaja. Buka kuali dan gaul sotong dengan sambal tumis. Siap! Sotong masak dengan cantiknya, dan sambal pun tidak berair.
Sambal Sotong |
Nasi Lemak Sambal Sotong |
Sambal Sotong |
Resipi Sambal Sotong
Bahan-bahan:
- 500 gram sotong torak - bersihkan - potong ikut cita rasa
- 3/4 cawan minyak
- 2 sudu kecil pati asam jawa
- garam dan gula secukup rasa
- 20 tangkai cili kering jenis wonder hot - kurang pedas
- 7 ulas bawang putih
- 15 biji bawang merah
- 2 labu bawang besar
- 1 cm halia
- 1 sudu kecil belacan
- Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
- Masukkan bancuhan air asam jawa, gula serta garam / perasa pilihan secukupnya.
- Biarkan masak sehingga pecah minyak sekali lagi. Kacau sekali- sekala. Gunakan api sederhana.
- Besarkan api dapur dan terus masukkan sotong.
- Tutup kuali selama satu hingga dua minit.
- Buka penutup kuali dan gaul beberapa kali sambal sotong dan terus padamkan api dapur.
10 comments
Senang cara ni, tak payah nak basuh dua kali. Sy sama jugak, tumis semua siap, pekat-pekat, terus masukkan sotong. Kalau ada mood jer, sy masak dua kuali, hihi.
BalasPadamTips yang berguna untuk masak sambal sotong tak berair. Terima kasih Kak Amie 😊
BalasPadamTq tipsnya cikgu.
BalasPadamowh.. sotong tu nama torak, baru lah tau 😅
wah...sedap nampak tu. tq share resepinya.. :-)
BalasPadamCantiknya presentation gambar... suka tgk gambar dlu baru baca
BalasPadamTerima kasih berkongsi resepi dan tipsnya.. Mengancam sambal sotong tu..
BalasPadamterima kasih sudah berbagi recipe kak, memang agak tricky memasak sotong nih, saya suka memakannya tapi agak bingung memasaknya kerana takut dia menjadi alot bila lama dimasak
BalasPadamkakkkkkk saya lapoooo sy tak sarapan lagiiiiii ;-)
BalasPadamSedapnya sambal sotong. Kadang saya guna kaedah buang air sotong tu dulu dan toskan baru campur. Nanti boleh guna kaedah kak Amie pula. Terima kasih share. Memang nampak cantik betul sambalnya kak Amie.
BalasPadamSedapnya nasi lemak...lapar SA tengok gambar...
BalasPadam