Pisang oh, Pisang!
7:22 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Perut rasa lapar tapi tak ada selera hendak makan nasi. Selepas hantar Firdaus ke sekolah agama, berpusing-pusinglah kereta mencari destinasi untuk isi perut. Akhirnya Encik Suami bersuara: Marilah ke Restoran Tarhamiza di Fajar Centre. Kalau tak mahu makan nasi, ada pisang goreng. Ada cekodok pisang!
Restoran Tarhamiza ini milik ayah kawan Fuad. Encik Suami kata, selalu lepak di sini dengan Cikgu Awang. Kadang-kadang Cikgu Awang sampai memesan cawan kopi kedua kerana menunggu kedatangan Encik Suami.
Sewaktu kami sampai, dan masuk dari pintu belakang restoran, kebetulan pekerja restoran sedang goreng pisang dan goreng cekodok pisang. Orang lain makan nasi waktu tengah hari, kita makan pisang saja.
Kami memesan:
- Cekodok Pisang
- Pisang Goreng
- Roti Pisang
- Kopi O
- Teh Tarik Halia
Sedap makan panas! Kenapa ye kalau makan pisang goreng di kedai, rasanya sedap sangat. Tapi kalau goreng sendiri tak ada selera pula untuk menjamahnya. Huurrrmmmm! |
Amie : Kopi O |
Encik Suami : Teh Halia Tarik |
Roti Pisang |
Mulanya roti pisang begitu saja, tapi kita minta kuah kari dan kuah dal!
Encik Suami ketawakan kita makan roti pisang dengan kuah dal.
Encik Suami ketawakan kita makan roti pisang dengan kuah dal.
Selalu beli pisang, tapi hanya dua tiga biji digunakan sama ada untuk buat lempeng pisang atau murtabak pisang. Lama rasanya tak buat cekodok pisang/ Teringat cekodok pisang rangup di luar lembut di dalam hasil air tangan sendiri di sini: RESIPI MUDAH CEKODOK PISANG RANGUP DI LUAR LEMBUT DI DALAM.
10 comments
Sedap . Hidangan petang bersama kopi o panas ..memang layan laaa
BalasPadamMakan pisang goreng di kedai sedap sebab kita tinggal makan je, kalau di rumah banyak pulak penyediaannya... nak makan dah berpeluh-peluh sebab duduk depan kuali 🤣
BalasPadamMenarik kedai ni, ada hidangan goreng pisang selain lauk-pauk tengahari.
BalasPadamRoti pisang tu menarik perhatian sy :p
kalau cekodok sy tak lalu sgt tp kalau pisang goreng... fuhhh sekejapan je kak dah habis hahaha
BalasPadamOh, kalau sy suka cicah ekodok pisang dengan sambal kiap atau sambal tumis. Cicah kari, tak pelik ke rasa dia, kak Amie?
BalasPadamMenyelerakan betul menu-menu berasaskan pisang ni. Kat rumah kurang sedap mungkin sebab kita yang masak sendiri, dah penat masak selera berkurang mungkin. hihi..makan kat kedai tahu tahu dah siap je terus makan. Sedap makan cekodok rangup diluar lembut didalam. Saya pula suka letak soda bikarbonat sikit bagi rangup dan melekat.
BalasPadamcekodok pisang fav
BalasPadamMakan kat kedai memang sedap.
BalasPadamKalau masak sendiri di rumah, orang lain yang habiskan. Hehe.. Sedap tengok pisang goreng panas. Roti pisang pun nampak sedap. :)
Cantik kejadian pisang goreng dan cekodok pisang tu erk...kalau SA buat confirm x jadi cantik macam tu...
BalasPadamSedap nih..makan panas2..
BalasPadam