Buah Avokado dan Khasiatnya
10:31 PGBismillahirrahmanirrahim.
Sekarang ini banyak buah avokado tempatan dijual di LD. Biasanya buah avokado yang dijual di pasar raya datangnya dari luar negara dan sudah tentu harga kayangan. Kita hanya mampu kelip-kelip mata melihat harganya, sambil berfikir 11 kali samada hendak beli atau sebaliknya.
Apabila tiba musimnya, banyaklah buah avokado dijual di gerai-gerai buah di tepi jalan dengan harga RM18.00 sekilogram. Beli tiga biji sudah mencecah berat sekilogram. Kita paling suka campurkan isi avocado cincang dengan ais krim vanilla. Sedap! Kalau sudah masuk mulut satu sudu, memang susah hendak berhenti.
Buah Avokado |
Orang kita panggil buah avokado. Ejaan orang putih avocado. Di negara jiran kita, Indonesia memanggilnya dengan nama alpukat. Kalau di Sepanyol buah ini disebut aguacate. Di Mexico dan Smerika Tengah pun sebut aguacate juga. Dalam bahasa Belanda avokado bermakna advocaat.
Dengarnya ada yang panggil buah avocado dengan nama buah tempurung!
Ini merujuk kepada buahnya yang berwarna perang gelap ketika matang serta berkulit kesat dan keras seakan-akan rupa tempurung.
Buah Avokado |
Buah yang mengandungi biji tunggal bersaiz besar dengan isi yang lemak lembut apabila cukup masak ini berasal dari Mesoamerika meliputi tengah negara Mexico dan Guatemala. Ia tersebar luas sehingga ke kawasan beriklim Mediterranean di seluruh dunia, dan tidak ke tinggalan di kawasan tropika seperti di Nusantara (Kepulauan Melayu).
Buah Avocado |
Khasiat Buah Avocado
Sumber: WIKIPEDIA
Sumber: WIKIPEDIA
Avokado ialah sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi protein, zat besi, fosforus, kalsium, sodium, potasium, vitamin A dan C, dan niasin.
Sebiji avokado dipercayai mengandungi kira-kira 300 kalori, dengan 88% daripadanya terdiri daripada lemak. Ia bertindak dengan berkesan sebagai pelincir semula jadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian leher, siku, pergelangan tangan, pinggul dan lutut sekali gus dapat menghindarkan penyakit sengal-sengal tulang. Di samping itu, amalan memakan buah ini setiap hari boleh menurunkan paras kolestrol di samping mengekalkan paras lipoprotein iaitu sejenis kolestrol yang baik yang bertindak melindungi seseorang itu daripada diserang sakit jantung.
Isi avokado yang kaya dengan vitamin A, minyak dan riboflavin amat berkesan untuk memulihkan kesegaran dan kelicinan kulit serta mengatasi masalah kulit kering.
Ada nama lain avokado selain yang disebutkan di atas?
6 comments
SA kalau pi Indonesia mesti nak minum jus alpukat kat sana..rasa mak=cam orang sana buat lagi sedap...pernah order kat area KL rasa dia lain...
BalasPadamdana tak boleh nk cuba suka avokado kak... mungkin belum jumpa yang berkenan dan suka buah ni lagi. Try tanam la kak pokoknya, pernah nampak orang tanam pokok ni berbuah lebat sangat tau.
BalasPadamJiran bawa balik dari kampung buah avocado. Diberinya saya 3 biji. Besar-besar pulak tu. Puas minum jusnya 3 hari berturut2. Hebat juga khasiatnya ya.
BalasPadamAlpukat kalau di sini..kalau sudah matang di makan begitu saja lezat dan manis...memang banyak manfaat baiknya buah ini
BalasPadamDapat buah avokado lokal pun okay juga kak Amie. Sedap juga rasanya. Sedapnya buat air campur fresh milk. Nyaman tekak. Harga buah-buahan sekarang kadang kena berkira kira dulu nak membelinya. Mana yang mahal tu, sesekali bolehlah.
BalasPadamDalam peti sejuk sy ada juga buah avocako, adik bawa dari KL tapi bentuknya bulat macam bola tenis. Adik kata, buah tempatan. Tak tahu la nak diapakan, ada yang dah jadi jus, banyak sangat sampai tak tertelan, haha.
BalasPadam