Pajeri Kedondong Idaman!

6:58 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Semenjak dua menjak kebelakang ini teringin makan pajeri. Sekejap-sekejap hendak makan pajeri nanas. Apabila beli nanas dan rasanya manis pula, habis dimakan begitu saja. Nampak terung, hendak makan pajeri terung tapi sewaktu hendak masak, jadi lain pula. Goreng terung saja, makan dengan sambal belacan. Akhirnya, kedondong pula menjadi mangsa untuk dipajerikan!

Sesetengah orang akan celur nanas atau kedondong terlebih dahulu sebelum dimasak. Amie tak celur atau rebus samada nanas atau kedondong. Setelah bahan perencah terbit minyak, masukkan begitu sahaja buah kedondong.

Dan, untuk keriseknya pula terima kasih buat Firdaus kerana tumbuk kelapa sangan menggunakan lesung sehingga jadi kerisek. 

Pajeri Kedondong

Buah Kedondong


Resipi Pajeri Kedondong
Bahan-bahan:

  • 20 biji kedondong  muda - kupas kulit
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan air
  • 2 sudu besar serbuk rempah kari ikan
  • 2 sudu besar serbuk rempah kari ayam /daging
  • 2 sudu besar kerisek
  • 2 sudu besar parutan gula melaka / gula perang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 1 labu bawang besar - mayang
  • 2 cm halia - hiris halus
  • garam / perasa pilihan
  • 1/2 cawan minyak

Bahan tumbuk / kisar:

  • 2 sudu besar udang kering - rendam hingga lembut
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak. Goreng bawang besar bersama halia, kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih hingga terbit aroma.
  2. Masukkan bahan tumbuk / kisar. Tumis seketika.
  3. Seterusnya masukkan serbuk rempah kari ikan dan serbuk rempah kari ayam / daging. Kecilkan api. Jika terlalu kering, tuangkan sedikit air. Tumis hingga pecah minyak.
  4. Kemudian masukkan kedondong. Biarkan seketika dan kemudian tuangkan air dan masukkan gula melaka / gula perang. Masak dengan api sederhana sehingga kedondong menjadi empuk.
  5. Masukkan santan pekat dan kerisek.
  6. Kacau sekali-sekala supaya bahagian bawahnya tidak hangus.
  7. Apabila kelihatan terbit minyak sekali lagi,  taburkan garam / perasa pilihan.
  8. Gaul beberapa kali dan padamkan api dapur.


Pajeri Kedondong memang sedap! Ratah begitu saja pun boleh. Kuahnya lagilah rasa sungguh lazat. Firdaus gaul dengan nasi. Orang kata, untuk rasa pajeri yang mesra dan enak, eloklah sediakan lebih awal sebelum dinikmatinya. Umpamanya, untuk lauk makan tengah hari, masaklah pajeri di pagi hari.


18 comments

  1. Selalu saya jumpa waktu kenduri kahwin. Buat sendiri takdelah pula.
    Apapun sedap rasa manis masam dan rempah yang silih berganti.

    BalasPadam
  2. Sedap agaknya
    Tapi wak tak minat buah kedondong

    BalasPadam
  3. Baru dengar nama makanan ini...apa rasanya gurih asam dan manis kah

    BalasPadam
  4. Kecur air liur sy tengok pajeri kedondong, tapi sy tak pernah makan kedondong dibuat pajeri. Kalau nenas atau terung, dulu² selalu juga mak sy buat. Daus dah boleh diharap tolong mommy di dapur 😍. Nampaknya mommy dah tak perlukan lagi mambang Tanah Jauhar! 🤣🤣🤣

    BalasPadam
  5. pertama kali saya tau ni kedondong boleh buat pajeri...selama ni ingatkan kedondong utk buat cicah2 buat jeruk je...

    BalasPadam
  6. Eh…baru saya tau kewujudan pajeri kedondong 😀
    Macam masakan kari dan asam pedas, bagi mesra barulah lebih sedap dimakan.

    BalasPadam
  7. Masa akak saya buat kenduri kahwin anaknya, abang ipar kakak buat pajeri mangga epal. Mula-mula kita orang ingatkan kentang bergolek2 gitu sekali makan eh napa ada biji rupanya mangga epal. Sedap. Mangga epal muda le

    BalasPadam
  8. WAH KEDONDONG TEPI DAPUR NAK BUAT PAJRI PETIK SAJA

    BalasPadam
  9. salam singgah. apa rasa teksturnya? ranggup juga ke mcm kedondong jeruk?

    BalasPadam
  10. SA x pernah makan pajeri kedondong kak amie...

    BalasPadam
  11. rajinnya kak amie firdaus tumbuk kerisik..

    BalasPadam
  12. Saya pun sama, tak kisah apa pajeri semuanya favorite :D
    Baguslah Firdaus, Acik PH pun beli kerisek ready made dik...
    Lama dah tak tumbuk kelapa jadikan kerisek ...

    BalasPadam
  13. Pertama kali tgk pajeri nie, selalunnya nenas

    BalasPadam
  14. Pajeri nenas feveret sayaaaa. Hihihi. Tapi kedondong dibuat pajeri belum pernah jumpa lagi. Sekarang ni nak cari buah kedondong pun susah dah.

    BalasPadam
  15. sedapnya, pajeri apa pun semua dana suka

    BalasPadam
  16. Pertama kali tahu ada pajeri kedondong. Biasa nampak jeruk kedondong je. Menarik juga ni dijadikan lauk pajeri. Rajin Firdaus tolong mommy kat dapur.

    BalasPadam
  17. Baru Sha tahu, buah kedondong pun boleh buat pajer ye.. menariknya..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe