Sarapan Orang Sakit

9:34 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Awal pagi tadi, Encik Suami belikan sebungkus nasi kuning. Rasanya hari ini kita sudah semakin sihat, dan sudah tentunya akan siapkan kerja menanda kertas Peperiksaan Sumatif Pertengahan Tahun yang terbengkalai beberapa hari lepas kerana tidak sihat dan tidak bertenaga untuk mengerjakannya. Esok tarikh akhir masukkan markah dalam sistem. Kita berhenti rehat sebentar setelah lebih dua jam menanda kertas. Ada satu kelas tingkatan empat sedang ditanda dan dua kelas tingkatan lima lagi belum ditanda.

Nampaknya terpaksalah langgar arahan doktor supaya cukup rehat, jangan buat sebarang kerja selama tiga hari. Memang sekolah sentiasa hendak kejar KPI untuk capai prestasi, tapi kalau puan sakit, siapa akan bayar harga kesihatan puan? Aduhai.... Puan Doktor! Saya nak buat macamana?

Jom tengok sarapan orang tiga hari cuti sakit.

Salad & Tauhu Goreng Salut Tepung BESTARI

Oleh kerana tidak ada selera makan nasi kuning, Amie buat sarapan sendiri. Amie sediakan salad ringkas, ditambah dengan gorengan tauhu salut tepung BESTARI.

Nasi Kuning Lauk Sambal Ikan

Amie tambahkan hirisan timun dan telur rebus dalam pinggan nasi kuning. Pagi tadi sempat sarapan dengan Encik Suami, tapi kita tak makan nasi kuning. Encik Suami yang habiskan sepinggan.


Bihun Singapura & Peha Ayam Goreng

Kelmarin Encik Suami belikan bihun goreng Singapura dengan seketul peha ayam goreng. Kita tambah hirisan timun. Lepas sarapan, makan ubat dan sambung tidur hingga tengah hari.

Bihun Goreng & Udang Goreng Salut Tepung

Bekalan ini Amie bawa ke sekolah pada hari Selasa. Sudah sampai sekolah tapi terpaksa keluar untuk ke klinik. Sempat tinggalkan kerja untuk kelas yang ditinggalkan. Balik dari klinik barulah sempat sarapan di rumah. Makan ubat dan terus tidur.

Esok sekolah mengadakan Larian Gemilang. Amie menjadi Ketua Hakim Check Point 4 di depan Jabatan Haiwan LD. Mudah-mudahan tiga hari cuti sakit yang diberi mencukupi untuk kembalikan tenaga. Banyak kerja sedang menunggu. Ya Allah! Sesungguhnya aku bekerja dengan niat kerana ibadat kepada-Mu! Oh, duniawi.... yang belum ada penghujungnya!

13 comments

  1. semoga cepat beransur pulih kak amie

    BalasPadam
  2. Ada benarnya nasihat doktor tu Kak Amie. Usia sekarang ni, kesihatan lebih penting dari segala-galanya.

    BalasPadam
  3. moga cepat sihat kak, sedap semua menu akak sayuran yang banyak

    BalasPadam

  4. Bila memikirkan segala kerja, hati jadi tak tenangkan... Mudah-mudahan Allah bagi sihat dan kemudahan buat Kak Amie 🤲

    BalasPadam
  5. Semoga lekas2 pulih seperti sediakala

    BalasPadam
  6. sedapnya bihunnnn timun byk pula tu!

    cpt2 sembuh ya kak!

    BalasPadam
  7. Allahu...bila namanya amanah kan..terpaksa korbankan kesihatan diri
    Cuba cikgu minum air kelapa muda(kelapa yang kulitnya hijau) Minum terus dari buahnya jangan guna straw...In shaa Allah dengan IzinNya.Ini berpandukan pengalaman saya la..Tapi tak tau sesuai tak untuk cikgu.

    BalasPadam
  8. Cepat sembuh Cikgu Amie, rehat secukupnya. Pasti anak murid menanti cikgu kesayangan ni masuk kelas.

    BalasPadam
  9. Semoga diberikan kesembuhan kak amie..kalau x ok jangan kerja dulu ye...

    BalasPadam
  10. Segera pulih kak...semoga dapat beraktifitas kembali

    BalasPadam
  11. Semuanya nampak menyelerakan tapi bagi orang demam, tidak selera hendak menyuapnya pun.

    BalasPadam
  12. Aduhaiii..kita sakit sakit ni memang sentiasa ingat kerja. Kalau tidak asyik teringat ingat kerja yang tak siap. Tak boleh nak elak. Harap dapatlah rehat yang berkualiti kadang. Hidangan sedap sedap tapi kalau sakit, yang sedap pun rasa tak lalu nak makan. Semoga terus kuat dan cepat sihat kak Amie.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe