Anak Ikan Jenahak Goreng & The Gang

8:51 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari Jumaat dan Sabtu masing-masing sibuk rewang sempena majlis perkahwinan anak buah, Ummi Syazana. Hari ini hari Ahad, kami berziarah ke rumah salah seorang rakan sekerja. Ayahandanya meninggal dunia pagi kelmarin di Kuala Lumpur. Jenazah diterbangkan ke Tawau, dan sampai ke LD menjelang zohor dan selamat dikebumi selepas solat zohor. Semoga rakan baik kami ini, Tuan Haji Soffian serta keluarga banyakkan bersabar dan redha di atas pemergian seorang ahli keluarga tersayang. Mudah-mudahan rohnya ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Menjelang pukul tiga petang, sampailah kami ke rumah. Fairuz dan Firdaus belum makan tengah hari. Syukurlah ada spaghetti bolognese, baki sarapan sebelah pagi. Bolehlah buat isi perut mereka di rumah.

Amie cepat-cepat masuk dapur dan masak bersama Encik Suami. Encik Suami bantu bersihkan ikan dan masak nasi. Amie carilah apa yang patut untuk dibuat lauk selain ikan goreng. Sewaktu azan asar berkumandang, kami baru sempat menjamah nasi.

Fairuz tanya, Mommy masak apa? Kita jawab, Mommy masak lauk kampung. Dua hari makan di tempat kenduri nikah dan kahwin, jadi hari ketiga makan ikan goreng dengan sayur bening pula.

Teringat pula sebelah malamnya Fairuz akan bergerak pulang ke Kota Kinabalu bersama sepupunya, Haziq. Memanglah Haziq kena pulang ke LD sebab Ummi Syazana yang diraikan sebagai pengantin baharu merupakan adik perempuannya.

Hidangan makan tengah hari kami yang terlewat:

  • Nasi Putih
  • Anak Ikan Jenahak Goreng
  • Mangga Muda Cincang
  • Latok @ Rumpai Laut
  • Sambal Pencecah Latok
  • Sayur Labu Manis & Bayam & Kacang Panjang Masak Bening dengan Daun Kemangi

Anak Ikan Jenahak Goreng

\
Anak Ikan Jenahak Goreng ini dikenali dengan nama Ikan Jenahak Tanda atau Ikan Tanda atau orang Sabah panggil Ikan Bahabak. 


Tidaklah ambil banyak masa untuk sediakan lauk lain sebagai peneman anak ikan jenahak goreng. Bersihkan latok @ rumpai laut, cincang mangga muda dan sediakan sambal pencecah yang sedap! 

Sambal pencecah latok ini Amie buat daripada cili merah, bawang merah, cili padi, tomato, jus limau kasturi, garam / gula / perasa pilihan. Sedap giler weh apabila cecah dengan latok..... ahaks!

Mangga Muda Cincang

Latok @ Rumpai Laut

Sayur Bening : Labu Manis & Bayam & Kacang Panjang & Daun Kemangi

Sekarang Fairuz dalam perjalanan ke Kota Kinabalu. 
Semoga selamat sampai ke destinasi.
Ya Allah.... kami bermohon, lindungilah anak kami walau di mana dia berada.

25 comments

  1. Sedapnya menu.. pos ke Johor please!

    BalasPadam
  2. Enaknyer sayur bening
    Seger dihirup kuah beningnye

    BalasPadam
  3. Sedap makan lauk macam ni. Silap-silap, tambah nasi. :)

    BalasPadam
  4. Nampak simple tp sedap!! sesuai sgt sayur bening dgn ikan goreng... mmg gu betul

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lauk makan nasi orang kampung memang beginilah kan Mira.

      Padam
  5. Tak pernah guna daun kemangi dalam masakan. Rupa daunnya pun saya tak kenal mungkin 😄

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kemangi keluarga selasih.
      Aroma kemangi seperti bau serai.

      Padam
  6. Bening + ikan goreng + sambal, memang ngam😋😋

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, teringat dulu makan atas tikar, duduk bersimpuh.

      Padam
  7. Walaupun masakan kampung tapi tetap menawan!

    BalasPadam
  8. Aish nampak latok-latok macam sedap je.. kena cuba ni haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Latok ni, rumpai laut. Latok-latok tu sejenis permainan.

      Padam
  9. Dapat juga Fairuz menikmati makanan masakan mommy sebelum balik. Lauk yang ringkas tapi cukup menyelerakan. Ada ikan goreng garing, sambal, ulaman..uishh kecur tengok.

    BalasPadam
  10. Masyaa Allah...rindunya latok..
    Masa PKP hari tu latok mudah dapat sebb ramai open order...La ni macam dah senyap

    BalasPadam
    Balasan
    1. In syaa Allah. Banyakkan zikir. Nanti datanglah latok.

      Padam
  11. anak ke tu kak nampak besar....

    BalasPadam
  12. latok tu, kak amie selalu beli dalam kuantiti byk then simpan or baru nak makan, baru beli?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak makan baru beli. Tak boleh simpan lama.

      Padam
  13. Alhamdulillah.
    Ringkas, sihat dan berkhasiat kan.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe