Senja di Hill Top Cuisine Kota Warisan
10:06 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Fuad tidak mahu ketinggalan untuk bersama kami sebelum kami terbang pulang ke sarang. Hari cuti bekerja dihabiskan bersama kami dari bermalam di Puncak Alam sehinggalah ke Sepang. Sesekali terdengar suara-suara menyebut nama Fairuz terutama sewaktu makan. Harap-harapnya cuti akan datang Fairuz dapat bersama kami.
Setelah daftar masuk homestay di Sepang, berehat seketika dan membersihkan diri kami menuju ke Hill Top Cuisine Kota Warisan di:
Hill Top Cuisine,
Persiaran Warisan,
Kota Warisan,
43900 Sepang, Selangor.
Fairuz tetap dalam ingatan walau ke mana kami berjalan. |
Suasana senja di Hill Top Kota Warisan |
Makanan dan minuman yang kami pesan. |
Sementara menunggu makanan dan minuman tiba di meja, ambil dulu gambar di kawasan sekitar.
Susah juga hendak ambil gambar Firdaus di kawasan ini kerana banyak aksesorinya.
Sesekali melintas kapal terbang yang hendak mendarat di KLIA.
Ambil gambar di sini sajalah.
Tidak lama kemudian minuman yang dipesan pun sampai:
- Honey Lemon (Cold)
- Sky Juice
- Sour Plum Lime (Hot)
- Matcha (Cold)
- Watermelon
- Soda Blueberry
Watermelon Matcha Honey Lemon |
Encik Suami : Sour Plum Lime (Hot) |
Fuad : Soda Blueberry |
Oleh kerana matahari sedang beransur menuju ke peraduannya, jadi sinarannya sangat terang memancar ke atas bukit ini. Kenalah tutup-tutup sikit supaya gambar nampak jelas.
Hidangan pertama sampai : Beef Ragu Pasta |
Ada dua hidangan Beef Ragu Pasta. Rupanya Aseeyah dan Fuad memesan menu yang sama.
Firdaus : Hilltop Salted Egg Chicken Burger |
Seronoknya Firdaus kerana ada kentang goreng dalam hidangannya. |
Bismillah. |
Eh, eh kenapa Daus sampai gunakan tangan kanan dan kiri untuk makan kentang goreng? Tangan kanan cicah mayonis, tangan kiri cicah sos cili! |
Allahu Akbar! Besarnya burger. Macamana nak makan tu? |
Abang Farid : Marinated Chicken |
Fuad : Creamy Pesto with Smoked Duck |
Selain Beef Ragu Pasta, Fuad memesan juga Creamy Pesto with Smoked Duck. |
Amie : Pan Seared Salmon |
Abang Farid, Aseeyah, Fuad dan Firdaus tinggalkan kami berdua di meja untuk bergambar.
Seafood Aglio Olio |
Akhirnya tibalah makanan yang ditunggu lebih satu jam itu! Seafood Aglio Olio saja pun... ahaks! Jangan marah ya Encik Suami. Kita duduk temankan makan. Mulanya memang masam mencukalah air muka Encik Suami, tapi apabila Abang Farid ambil gambar kami, pandai pula senyum.
Dengan service charge sebanyak RM23.90 sen (10%), jumlah keseluruhan harga makan minum di Hill Top Cuisine sebanyak RM262.00. |
15 comments
Wak pon pnh lepak2 mkn kat hiltop nih.. hehe tapi mmgla bengang kan kalo tunggu makanan lebih sejam.. huhu sabar je lah
BalasPadamAlahai... ingatkan menu yang complicated sangat sampai kena tunggu sejam. Rupa2nya aglio olio je. Tapi makanan kat situ nampak sedap2 semuanya. Boleh masuk wish list ni.
BalasPadamtempat dah cantik makanan pun nampak sedap...macam mana la yg paling simple boleh lambat,tingginya sabar kak amie tenangkan babah,kalau saya dah merajuk huhu
BalasPadamKena masuk dalam wishlist ni, nampak best sangat menu dan tempat pun cantik
BalasPadamMemang boleh naik darah kalau makanan yang dipesan tak kunjung tiba, lepas tu meja sebelah yang datang kemudian dapat dulu 😣😣
BalasPadampenghibur hati betul adik firdaus ni... macam macam aksinya
BalasPadamLucunya Firdaus sambil senyum,ada kentang goreng di hadapannya 😀
BalasPadamBerselera Firdaus makan burger dan kentang. Nampak sedap belaka, semua makanan yang dipesan. :)
BalasPadamCantik tempatnya, makanan yang dipesan pun menarik.
BalasPadam‘Ragu’ tu nama sejenis bahan ya kak?
Saya pernah rasa menunggu lama gitu hanya untuk hidangan western, memang geram je kita. Ikut hati nak cancel order.
Tahun lepas pergi, takde lagi tangga tu..kalau naik rasa gayat tak..maklumlah tiada pemegang.
BalasPadamSy datang balik.. semalam tak sempat baca betul2.. harga makanan atas bukit memang mahal sikit ya.. eh, bukan sikit tapi banyak, hahaha. Baru perasan, En Majid tggu pasta lebih sejam, alaa.. masak pasta pun lambat, tak patut betul!
BalasPadamCantik view dinner kat sini... sesuai sgt utk gathering bersama keluarga.. tp kalau service lmbt (walaupun pasta je) mmg 2-3 kali juak nk repeat ke sini... hihihi
BalasPadamsemuanya sedap sedap belaka!
BalasPadamamboiiii firdaus! kemain besar lagi ngap burger tu ya hehehe
kak amie tak try ke naik tangga tu? hehehe
Wahhh tahu tahu kak Amie dah sampai sini. Saya dah lama masuk wishlist nak datang makan kat sini tapi tulah tak kesampaian lagi. Alamak, lama sangat menunggu tu. Menguji kesabaran betul. Harga pun boleh tahan juga tu. Makin meriah kat sini dengan hotspot bergambar.
BalasPadamAlahai...SA pun x pernah sampai lagi kat sini...nampak menarik tempatnya...kalau SA..memang la SA masam mencuka makanan lambat sampai..1 jam tu bukan masa yang pendek...lama kan...
BalasPadam