Merisik Khabar Fuad di Jelutong
8:59 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Sudah dua minggu Fuad berada di Jelutong.
Kita hanya mampu berdoa semoga Fuad sentiasa sihat dan dapat melaksanakan tugasnya dengan sempurna. Kalau di TOYOTA, Fuad tidak berasa selesa bekerja di waktu malam, berjaga hingga ke pagi selama seminggu dan kemudian bekerja di waktu siang selama seminggu pula. Sementara belum dapat kerja lain, Fuad kuatkan semangat bekerja dahulu di TOYOTA, tempatnya menjalani latihan industri tahun lepas. Begitulah rutin tugasnya yang dilalui dengan sabar. Sekarang, katanya waktu kerjanya teratur. Hanya bekerja pada waktu siang dan malam boleh berehat.
Kami ini tidak berapa celik dengan tugasnya sebagai project engineer. Perlahan-lahanlah kami cuba memahaminya. Katanya, terdapat lebih 20 buah syarikat sedang menyertai projek pembinaan The Light City. Fuad pula terlibat sebagai salah seorang project engineer untuk pembinaan mall empat tingkat.
Fuad kongsikan gambar sedang mesyuarat. |
Pertama kali bertemu dengan pekerja dari Bangladesh. |
Projek pembinaan mall yang disertai Fuad. |
Fuad kata, beginilah gambaran The Light City Penang apabila siap nanti. |
10 comments
Alhamdulillah... Junior Project engineer memang sakit kepala sikit. Takpe, pengalaman bakal mendewasakan
BalasPadamMencabar juga tugasan pertama Fuad di tempat baharu. Semoga Fuad disenangi rakan dan majikan, sambil bekerja sambil tambah ilmu.
BalasPadamCantiklah The Light City tu.. nt kalau dah siap, bolehlah pergi melawat.
engineer project besar memang sibuk tiasa moga Fuad sukses dlm kerjayanya
BalasPadamsama je kurg lebih mcm keje wak, tp wak projek kapal skrg ni., hehe semoga dipermudahkan urusan keje fuad dan kita semua ., aminn
BalasPadamAlhamdulillah
BalasPadamSemoga dipermudahkan urusan tugas2 sehariannya
Alhamdulillah....
BalasPadamTahniah Fuad..
Semoga Allah mudahkan urusan
Xpe farid... bersusah-susah dahulu... kumpul pengalaman dulu.. nnt ok la tu bila dh adapt
BalasPadamOhh Fuad dah tak duduk Johor dah. Ke Utara pula ye. Tugas Project Engineer begitulah. Mujur juga kerja masa kerja lebih okay dari sebelumnya. Semoga Fuad terus berjaya dalam bidangnya.
BalasPadamalhamdulillah kerja sekrang ni ok ye kak, lepas ni abang fuad ireng la kak, berpanas selalu kat site
BalasPadambak kata pepatah, berakit-rakit ke hulu...
BalasPadampermulaan ni mmg kita rs penat, 'sakit' dan mcm2 lagi. tp lama kelamaan insya allah kita akan terbiasa... yg penting fuad tak patah semangat. chaiyok chaiyok!