Pakistani Chai @ Teh Pakistan & The Gang
6:30 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Selain kedai makan mamak, jom kita cari makan di kedai makan Pakistan pula.
Biasanya kalau mesyuarat meleret sehingga ke petang, kami terus singgah cari alas perut di kedai makan Pakistan yang terletak tidak jauh dari sekolah, bersebelahan dengan gereja St. Dominic. Atau sekiranya sedang menunggu Firdaus balik dari sekolah, kami isi masa minum petang di sini juga.
Encik Suami memang akan cari Pakistani Chai @ Teh Pakistan.
Apa yang disukainya? Rasanya atau aromanya yang terbit dari campuran rempah-rempahan yang timbul dari buah pelaga, bunga cengkih, jintan manis dan kayu manis. Kadang-kadang ada pula terasa aroma halia yang agak kuat. Encik Suami sukakan halia!
Apa yang disukainya? Rasanya atau aromanya yang terbit dari campuran rempah-rempahan yang timbul dari buah pelaga, bunga cengkih, jintan manis dan kayu manis. Kadang-kadang ada pula terasa aroma halia yang agak kuat. Encik Suami sukakan halia!
Pakistani Chai @ Teh Pakistan |
Roti Paratha |
Tidak lengkaplah hanya minum Pakistani Chai sahaja tanpa makanan iringan yang lain. Kadang-kadang Encik Suami memesan roti nan, tetapi nampaknya Encik Suami lebih berminat dengan roti paratha.
Kari Kacang Tunggak |
Kita pula suka makan roti nan atau roti paratha dengan kari kacang kuda, kacang dal atau kacang tunggak.nKadang-kadang kita makan roti canai sahaja.
Roti Canai |
Ada pelbagai pilihan lauk untuk dinikmati bersama roti paratha dan roti nan seperti sayur kacang bendi, sayur kobis bunga, kari ayam, kari daging dan sebagainya. Selalu juga nampak pelanggan yang terdiri dari warga Pakistan menjamu selera di sini dengan menikmati roti nan dengan ikan goreng!
Satu hari nanti hendak cuba makan roti paratha atau roti nan dengan ikan goreng pula!
Kalau ada kari perut, memang kita akan minta sepiring kecil!
Kari Kacang Dal |
Roti Nan ini nampak seperti terletak di atas meja tanpa alas. Di bawahnya ada piring. Oleh kerana saiz roti nan melebihi saiz piring, jadi tak nampaklah piring di bawahnya.
Kebab Pakistan |
Roti Nan & Kebab Pakistan |
Nampaknya kenalah Amie belajar buat Pakistani Chai @ Teh Pakistan di rumah sendiri. Kalau kami ke kampung Encik Suami, biras Amie memang selalu hidangkan Pakistani Chai.
Selalu belikan Firdaus susu segar, tapi tak pernah cuba untuk buat Pakistani Chai. Esok lusa kalau rajin hendak cuba buat. Mana tahu menjadi, dan sedap pula!
8 comments
Menarik sungguh menunya untuk dicuba.
BalasPadamSiap ada kari perut.
Nampaknya teh Pakistan ni kira biasa di sana ya?
Saya pulak baru pertama kali tau 😀
Kat Puncak Alam pun ada kedai makan Pakistan. Tapi belum pernah mencuba menunya. Mungkin bila² boleh dicuba. Hihihi. Nak try kebab kalau ada.
BalasPadamOwh.. kacang tu nama kacang tunggak. Info baru ni.
BalasPadamKalau asben order teh berempah ni biasa saya rasa sehirup je 😅
X pernah jumpa kari perut..menarik
BalasPadamroti pratha dia udah mcm roti puri ye kak lain ek mcm kita... kari perut tu nampak sedap betul lah kak
BalasPadamJarang banget makan makanan India /pakistan.padahal liatnya enak banget...teh nya mirip"bandrek kalau di sini
BalasPadamNikmat betul dapat menghirup teh berempah ni. Kari Kacang Tunggak tu macam baru pertama kali dengar dan tengok.
BalasPadamTak payah belajar buat Chai tea tu kak Amie, nanti tak ada alasan pulak nak minum teh di kedai pakistan, hahaha.
BalasPadam