Cara Membuat Teh Bunga Telang Yang Sedap!
12:51 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Jom cerita tentang bunga telang.
Mengikut kajian KHASIAT BUNGA TELANG:
- Tinggi dengan antioksidan
- Boleh merawat asma
- Bersifat antiradang
- Baik untuk pesakit kencing manis
- Boleh mencegah jangkitan bakteria dan kulat
- Boleh meningkatkan fungsi otak
- Boleh menurunkan paras kolesterol.
Air Bunga Telang |
Sejak pertama kali minum Teh Bunga Telang di MALAM KENANGAN DI HAWA'S ARTISAN KITCHEN, teringin pula hendak membuatnya di rumah sendiri. Kebetulan pula bunga telang sentiasa berbunga lebat dan jatuh gugur ke bumi begitu sahaja. Baiklah dimanfaatkan untuk dijadikan teh bunga telang!
Teh bunga telang boleh dihasilkan dengan merebus bunga telang segar atau bunga telang yang telah dikeringkan.
Bunga Telang |
Amie kongsikan cara membuat teh bunga telang yang memang sedap walaupun diminum panas. Tambah lazat jika ditambah ais batu! Kali pertama ini Amie masak bunga telang dengan daun pandan. Akan datang Amie hendak rebus dengan serai pula.
Bahan-bahan:
Bahan-bahan:
- 20 kuntum bunga telang
- 1 liter air
- 2 helai daun pandan - siat dan simpul
- jus limau kasturi secukupnya
- air gula pasir secukupnya
Cara:
- Jerang periuk di atas api dapur. Tuangkan air bersama bunga telang dan daun pandan.
- Masak sehingga mendidih, atau sehingga warna pada kelopak bunga telang menjadi pudar.
- Tapis air rebusan.
- Boleh diminum panas atau biarkan sejuk terlebih dahulu kemudian ditambah ais untuk rasa yang lebih lazat.
- Untuk menyempurnakan rasanya, tuang air rebusan bunga telang ke dalam gelas atau cawan.
- Tuangkan jus limau kasturi dan air gula secukup rasa.
Bunga Telang |
Air Bunga Telang |
10 comments
Memang seksi dan manis Jus Bunga Telang ni
BalasPadamSeksi yang tersendiri kan SK.
PadamLah... boleh minum ke bunga ni...?
BalasPadamBoleh Uncle... sedap!
PadamRasa macam hendak buat juga.
BalasPadamBuat NA.
PadamKalau ada bunga telang terus buat.
Tak pernah lagi mencuba teh bunga telang tapi baru2 ni mak saya kongsi gambar dia buat salad bunga termasuk bunga telang ni. Macam menarik je.
BalasPadamCuba boleh cuba kalau ada bunga telang.
PadamCantik menawan warna teh bunga telang. Meriah betul bunga telang kak Amie. Bolehlah hari hari mengeteh bunga telang.
BalasPadamTak pernah minum dan buat lagi...alahai geram plak tengok warna dia yang cantik tu
BalasPadam