Cerita Tentang Bahulu Kemboja Kegemaran Bonda
9:33 PGBismillahirrahmanirrahim.
Masih cerita tentang makan-makan bersama Bonda di Elvy Homestay Alam Sutera. Pagi-pagi lagi Amie bersama Fuad keluar cari sarapan. Terjumpa kuih Bahulu Kemboja, terus beli beberapa keping untuk Bonda. Amie pernah kongsikan resipi Bahulu Kemboja dan penerangan tentang nama Bahulu Kemboja mendapat namanya di sini: SEDAPNYA BAHULU KEMBOJA.
Masih cerita tentang makan-makan bersama Bonda di Elvy Homestay Alam Sutera. Pagi-pagi lagi Amie bersama Fuad keluar cari sarapan. Terjumpa kuih Bahulu Kemboja, terus beli beberapa keping untuk Bonda. Amie pernah kongsikan resipi Bahulu Kemboja dan penerangan tentang nama Bahulu Kemboja mendapat namanya di sini: SEDAPNYA BAHULU KEMBOJA.
Ikut pusingan jam : Bahulu Kemboja, Luih Ketayap & Kuih Koci |
Petikan dari entri SEDAPNYA BAHULU KEMBOJA:
Bonda panggil kuih ini Bahulu Kemboja. Seingat Amie, dari kecil lagi Bonda dah perkenalkan kuih ini kepada kami. Rasanya, inilah salah satu kuih yang paling Bonda suka, sebab setiap kali Ayahanda atau sesiapa sahaja ke pasar minggu di Sungai Buluh, Bonda sering pesan supaya belikan Bahulu Kemboja!
Sesetengah daerah atau tempat memang mereka panggil Bahulu Kemboja seperti di kampung Amie. Di tempat lain pula biasanya dipanggil kuih bakar, kuih bakar pandan atau kuih bakar kemboja sekiranya gunakan acuan bunga kemboja. Amie tanya Bonda dan kakak kenapa dinamakan Bahulu Kemboja walaupun adunannya bukanlah untuk adunan bahulu?
Menurut mereka, zaman dahulu, orang kampung yang hidup serba seadanya akan memanfaatkan setiap bahan makanan yang ada. Mereka tidak pernah melakukan pembaziran sekiranya ada lebihan makanan. Memang pada mulanya Bahulu Kemboja ini berasal dari adunan untuk membuat kuih bahulu di hari raya!
Jiran tetangga akan bersama-sama mengumpul telur itik dan sama-sama memukul telur dan gula di dalam pasu! Mereka bergotong-royong membuat bahulu sebagai persediaan juadah di hari raya. Lebihan adunan itulah yang mereka tokoh tambah dengan santan, jus pandan dan sebagainya untuk dijadikan "Bahulu Kemboja" dan dinikmati ketika berbuka puasa. Jadi, melekatlah nama "Bahulu Kemboja" itu untuk kuih bakar yang telah ditokoh tambah bahannya tadi!
Itulah ceritanya mengapa kuih ini mendapat nama yang sama walaupun adunannya agak berbeza!
Amie teringat catatan dalam ruangan Harum-harum si Buah Pala dalam buku masakan Hidangan Tradisi Pulau Pinang : Menurut Puan Hasma Basir, sebagai contoh 'gulai' dalam masyarakat Pulau Pinang adalah khusus merujuk kepada masakan yang disebut 'kari' di tempat-tempat lain di negara ini. 'Rendang' pula ialah istilah umum bagi kaedah menggoreng. Oleh yang demikian, para pembaca akan mendapati 'ayam rendang' bukanlah masakan yang menggunakan santan dan ditambah dengan kerisik bagi menghasilkan cita rasa yang mewah berlemak! Bahkan ikan boleh juga direndang (dengan erti kata digoreng!)
Selain bahulu kemboja, Amie belikan Bonda kuih sagu merah yang juga kuih kegemarannya.
Bahulu Kemboja hasil air tangan sendiri. |
Amie suka bijan, jadi penuhlah taburan bijan di atas Bahulu Kemboja. |
Sekarang susah hendak jumpa Bahulu Kemboja yang memiliki rasa yang asli seperti dahulu. Pernah Amie beli beberapa kali tetapi warnanya hijaunya bukan warna dari perahan daun pandan dan adunannya ditambah serbuk penaik @ baking powder.
Sebenarnya kita teringin hendak makan Bahulu Kemboja citarasa asli dulu-dulu tapi mambang rajin tak juga datang-datang. Masih sibuk beraya kot di Tanah Jauhar!
Sebenarnya kita teringin hendak makan Bahulu Kemboja citarasa asli dulu-dulu tapi mambang rajin tak juga datang-datang. Masih sibuk beraya kot di Tanah Jauhar!
Sebelum sarapan, Firdaus urut kaki nenek kesayangannya. Kata Bonda: Dari mana budak ini belajar mengurut? Kuat cengkaman ibu jarinya! Kita pun suka kalau Firdaus urut, tapi budak kecil ini selalu letak harga... ahaks!
Jom sarapan, hasil tangkapan di Bandar Puncak Alam.
Kuih Sagu Merah. |
Nasi Kerabu & Sayur Kacang Panjang |
Nasi Dagang dengan Gulai Ikan Tongkol |
Ayam Goreng Lauk Nasi Lemak |
Nasi Goreng & Sambal Nasi Lemak |
Bihun Goreng |
Bismillah. |
Bonda makan dua ketul kuih sagu merah, tetapi tidaklah begitu teruja untuk makan bahulu kemboja. Barangkali beza rasa dan aromanya begitu ketara berbanding bahulu kemboja yang asli. Nak buat macamana. Yang asli sudah jauh ditinggalkan, yang moden mengambil tempat untuk lebih mudah dan mengikut selera generasi baharu.
Senyum manis Nenda bersama cucunda. |
8 comments
saya pun suka bahulu kemboja, tapi hari tu beli, rasa tepungnya macam tak tanak. eh ke dia tambah tepung ubi sampai rasanya pelik. macam lembik2 melekit gitu. terus tak beli dah kat situ
BalasPadamSekarang macam-macam rasa yang pelik. Resipi tidak asli. Ada yang ditambah serbuk penaik juga.
Padamex boss MA dulu suka giler kuih ni.. hari2 pun dia ok je
BalasPadamMemang bahulu kemboja punya peminatnya yang tersendiri.
PadamSedapnya baulu kemboja ni, wangi pandan je bila dibakar. Mak masih rajin buat.
BalasPadamBelum pernah jumpa pula BK yang dibubuh serbuk penaik. Camne lah rasanya!
Tak nampak jugak mambangnya di Tanah Jauhar ni Kak Amie. Agaknya mambang tolong Mama Cella bikin semprit, hahahaha. Sedap2 nampaknya kuih-muih tayangan Kak Ame... sy capai sekeping bahulu kemboja ya.
BalasPadamBuat sendiri boleh letak bijan extra. Meriah menutup terus bahulu kemboja. Saya panggil kuih bakar pandan kalau tak silap. Suka makan panas-panas dan sedikit garing atasnya. Hihi..pandai mintak upah ye Firdaus mengurut.
BalasPadamKuih kemboja tu dipanggil bahulu jugak ye kak...fav SA dan en tunang tu
BalasPadam