Jalan-Jalan Cari Angin Kampung
9:37 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Petang tadi sempat jalan-jalan ke kampung. Kata Encik Suami, biras sudah masak barobbo' (bubur jagung, masakan tradisional masyarakat Bugis), pengat labu dan goreng pegedil jagung. Encik Suami hendak beli kuih dan bawa ke kampung. Kita pula teringat ada mangga muda dan kedondong yang sudah beberapa hari tersimpan dalam peti sejuk. Agaknya kalau dikupas, bubuh garam gula, cili padi, jus limau kasturi dan asam boi tentu sedap!
Jeruk Mangga & Kedondong |
Buah Kedondong |
Mangga Air |
Amie kupas mangga air yang belum masak. Sedap mula makan yang hampir masak, dengan rasanya yang manis-manis masam itu sudah tentu mengembalikan nostalgia duduk di kampung!
Barobbo ' @ Bubur Jagung |
Pengat Labu |
Pegedil Jagung |
Barobbo' & Pegedil Jagung Pengat Labu Teh Masala |
Apabila dibawa ke kampung dan makan ramai-ramai, sedaplah pula jeruk kedondong & mangga ini. |
Adik ipar bekalkan kami pulang dengan bunga kantan. |
25 comments
Barobbo' tu rasanya manis atau camane Kak Amie? Pertama kali baca tentang barobbo'.
BalasPadamHirisan jagung campur beras & ayam serta sayur-sayuran.
PadamKecur sy tengok jeruk mangga + kedondong tu kak Amie 😋
BalasPadamSeronoknya tinggal berdekatan dgn kaum keluarga, boleh berkumpul selalu.
Aduhai... memang sedap jeruk tu PH.
PadamKecur sy tengok jeruk mangga + kedondong tu kak Amie 😋
BalasPadamSeronoknya tinggal berdekatan dgn kaum keluarga, boleh berkumpul selalu.
Bolehlah Cikgu Amie share resepi Barobbo' tu lepas ni, nampak sedap pula.
BalasPadamBanyak kali juga saya kongsi dalam entri lepas.
PadamNanti kalau masak lagi, saya jadikan entri baharu.
Terliur saya hehe
BalasPadamMari Syaz, makan sama.
PadamSemuanya nampak sedap, kalau ada depan mata, tak tahu nak ambil yg mana satu dahulu.. tapi wajiblah makan semua, hehehe.
BalasPadamBijak SK.
PadamAmbil sikit-sikit, rasa semua.
Tampak lezat dan menggiurkan semua makanannya. Cocok buat me time bersama keluarga :)
BalasPadamYa, itulah aktiviti keluarga kecil kami di hujung minggu.
Padamaduh sedapnya kak oi, terliur nengok bubur tu. jeruk tu pun buat terliur tau
BalasPadamTak sempat masak, kami bawa jeruk sajalah.
PadamBubur barobbo' tu memang sedap Dana.
teringat masa pergi lombok dengan suami dulu...masa tu la baru tahu terang bulan tu sebenarnya apam balik..
BalasPadamYa betul tu. Kuih terang bulan sama dengan apam balik.
PadamMacam tu pulak bubur jagung dia?
BalasPadamBubur jagung orang Bugis ni Uncle.
PadamKecur tengok jeruk mangga dan kedondong kak Amie. Makan beramai ramai tu, asyikkk...
BalasPadamMenarik rupa Barobbo' tu kak Amie. Menu-menu semua menyelerakan betul.
Saya pun rasa kecur juga ni tengok gambar jeruk tu Fiza.
PadamDah lama saya tak buat barobbo' di dapur sendiri.
kak amie, knp bubur jagung tu ada yg hijau² ek? campur daun apa tu?
BalasPadamBarobbo' atau bubur jagung orang Bugis memang ada campuran sayur seperti bayam, cekur manis dan kacang panjang.
Padamsaya bayangkan bubur jagung manis tapi yang ni nampak macam bubur lambuk ye kak?
BalasPadamBarobbo' ni bubur diperbuat daripada beras, hirisan jagung, ayam, dan sayur-sayuran.
Padam