Makan Petang : Smoked Duck Sandwich
9:04 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Selesai tugas di sebelah pagi, sambung mesyuarat pula hingga ke petang. Tengah hari tidak makan kerana perut masih boleh bertahan dengan bekalan sarapan nasi goreng. Selesai mesyuarat, rasa agak letih untuk terus pulang ke rumah. Ajak Encik Suami jalan-jalan cari makan di Dam Road. Selepas situ singgah cari barang dapur di Eco Fresh Cold Storage LD. Di sini banyak ikan segar. Mengenangkan Firdaus suka makan ikan itulah yang buatkan kami selalu berkunjung ke sini.
Eh, keluar tajuk pulak!
Sebelum ke Eco Fresh Cold Storage, kami singgah cari alas perut di Beanery Cafe. Encik Suami kata di sini suasananya sangat selesa. Berhawa dingin, kemas dan bersih. Tempat duduk pun banyak pilihan. Jika tidak suka suasana sejuk, bolehlah makan di beranda. Kerusi meja banyak disediakan di situ. Boleh santai-santai makan sambil sembang atau mesyuarat. Haaa.... Encik Suami rupanya suka bermesyuarat dengan gangnya di tempat seperti ini.
Sebelum ke Eco Fresh Cold Storage, kami singgah cari alas perut di Beanery Cafe. Encik Suami kata di sini suasananya sangat selesa. Berhawa dingin, kemas dan bersih. Tempat duduk pun banyak pilihan. Jika tidak suka suasana sejuk, bolehlah makan di beranda. Kerusi meja banyak disediakan di situ. Boleh santai-santai makan sambil sembang atau mesyuarat. Haaa.... Encik Suami rupanya suka bermesyuarat dengan gangnya di tempat seperti ini.
Encik Suami minta kita pilihkan menu untuknya. Oleh kerana Encik Suami suka itik, jadi Amie pun memesan Smoked Duck Sandwich, dan minuman Hot Caramel Macchioto.
Smoked Duch Sandwich didatangkan dalam dua bekas bersama kentang goreng. |
Smoked Duck Sandwich RM11.90 Hot Caramel Macchioto RM10.90 Parmigiana Chicken Chop RM26.90 Starwberry Longan Cake RM14.90 |
Smoked Duck Sandwich memang sedap! Itik panggang di balut dengan telur dan daun salad serta sos. |
Hot Caramel Macchioto |
Strawberry Longan Cake |
Kita yang teruja hendak makan Strawberry Longan Cake. Jadi, kita hanya minta sky juice. Rasa sudah tentu ada manisnya, jadi bolehlah bilas mulut dengan air kosong saja.
Sky Juice RM1.50 |
Parmigiana Chicken Chop |
Kita tak mampu habiskan chicken chopnya. Minta tolong Encik Suami makan separuh. |
Encik Suami pula minta kita makan satu bekas Smoked Duck Sandwich. Sayangnya perut sudah tidak muat! |
Orang tamak hendak makan Strawberry Longan Cake sudah kekenyangan. Kami minta bungkus bawa pulang. |
Kalau Encik Suami sudah kata selesa dan santai berada di Beanery Cafe, nampaknya bolehlah lepak di sini selalu. |
13 comments
emmm..dapnye smoked duck.. yum yum
BalasPadamLembut jew smoked duck tu.
PadamKenyang bangeet itu... strawberry cakenya cantik banget kak
BalasPadamYa, memang sangat cantik dengan warnanya yang lembut menawan.
PadamStrawberry Longan Cake tu patutnya dikawankan dengan kopi o no sugar, Kak Amie, baru ngam, hihi.
BalasPadamAmboi, nmpknya dah ada port baru ni.
Dah petang, pantang saya tak boleh hirup kopi SK. Alamatnya tak tidurlah sampai pagi hihihiiii.
PadamAmboi...semua indah2 aje kejadian makanan tu semua...cantik..syg plak nak makan...mesti sedap ni kan
BalasPadammenggoda sangat, apasal kek tu lagi menggoda mata kak oi... tapi semua sedap2
BalasPadamstroberi longan cake cantik amat kak amie...dan sandwich tuh dislice begitu rapi dan presisi
BalasPadamKenapa tak ajak kita...boleh tolong habiskan..🤣
BalasPadamRezeki Firdaus lah dapat makan sandwich.
BalasPadamPasti tak cukup kalau makan sandwich je tu yang minta mommy gorengkan kentang goreng.
kek strawberi tu benar2 mengancam laa kak...
BalasPadamSuka cafe yang macam ni. Selesa, bersih dan ada air cond. Nak makan pun selesa. Menu dia boleh tahan menggoda. Cam sedap je kek tu kak Amie.
BalasPadam