Rezeki Hari Jumaat
3:28 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Pagi tadi bawa bekal nasi, lauk telur dadar dan sotong goreng kunyit.
Waktu rehat makan di kantin.
Belum keluarkan bekalan dari bakul, kawan sudah sorong sepiring kuih:
- Pulut Panggang
- Karipap
- Pulut Inti Kelapa Manis
- Kuih Lenggang
- Kuih Cempiang
- Apam Pisang
Terlupa bekalan dalam bakul sebab perut sudah kenyang!
Kuih-muih di pagi hari Jumaat. |
Masuk bilik guru, di atas meja ada orang letak kuih lagi. Ada karipap, pulut inti kelapa manis dan kuih kaswi pandan. Amie biarkan dahulu sebab hendak masuk kelas. Selepas tamat sesi PdP, Amie sambung kerja menyiapkan bahan untuk dibentangkan dalam bengkel penandaan SPM pada hari Isnin depan. Sambil buat kerja sambil mulut mengunyah kuih-muih tadi.
Terima kasih kawan-kawan yang murah hati membawa rezeki untuk alas perut di hari Jumaat.
Balik ke rumah, teringat bekalan nasi yang di bawa tapi tak sempat dijamah. Encik Suami kata tak payah masaklah, sebab dia nak makan bubur saja. Bubur itu sebenarnya Amie buatkan untuk Firdaus yang tak ada selera makan sebab demam. Firdaus sudah empat hari tidak bersekolah.
Jadi, Amie goreng nasi yang tak jadi dimakan. Ditambah dengan baki nasi dalam peti sejuk. Perencahnya sotong goreng kunyit baki lauk semalam. Pecahkan tiga biji telur. Alahai, telur saiz kecil pula! Encik Suami kata tidak ada telur saiz A atau double A. Yang ada telur gred C dan D saja.
Maka siaplah Nasi Goreng Sotong Kunyit. Encik Suami yang hendak makan bubur, teringin pula makan nasi goreng!
Nasi Goreng Sotong Kunyit |
Bubur Nasi |
Bubur nasi ini Amie tambahkan kentang kisar, bawang dan udang segar kisar. Firdaus kata, tekaknya sakit dan tak boleh telan makanan keras. Jadi makan bubur sajalah jawabnya.
Jom berehat seketika.
Mata pun dah layu.
Mata pun dah layu.
13 comments
murah rezeki hari jumaat ye kak...sedap bubur firdaus tu ada campuran udang&kentang harap firdaus berselera makan dan cepat sihat ye..sy pun sama baru je baik demam,pun sama macam firdaus sakit tekak nak menelan
BalasPadamAlhamdulillah rezeki hari Jumaat sedap semua
BalasPadamalhamdulillah
BalasPadamsedap semua kuihmuih nya
kesukaan sy ni pg utk sarapan
Salam jumaat . Alhamdulillah murah rezeki jumaat ni kan
BalasPadamKesiannya Firdaus, demam agak lama tu smpi 4 hari tak sekolah, semoga Daus cepat sembuh & dapat pergi sekolah minggu depan. Haaa.. punyalah banyak makan kuih smpi kekenyangan nak makan bekal dalam bakul, hahaha. Mujur boleh dibuat nasi goreng.
BalasPadamAlhamdulillah...rezeki melimpah..sedap sedap semuanya..
BalasPadamBubur Daus tu oun nampak sedap..
Semoga Daus kembali sihat dan ceria..
Hari Jumaat memang selalu murah rezeki
BalasPadamNampak menyelerakan bubur nasi kak Amie buat tu.
BalasPadamSemoga terus sihat ye Firdaus.. Sedapnya menu orang sakit tu ❤️ Alhamdulillah rezeki akak..Banyak kuih muih terhidang ..
BalasPadamrajin cikgu cikgu bawa kuih alhamdulillah...
BalasPadambtw bila firdaus tak sihat siapa yg temankan dia kat rumah kak?
Murah betul rezeki hari jumaat ye kak...
BalasPadamAlhamdulillah rezeki merasa bermacam-macam jenis kuih muih yang sedap. Alahaii sian Firdaus tak sihat. Bubur pun menyelerakan. Cara pembuatan nasi goreng pun banyak kisahnya, dah tentu sedap dicampur itu ini.
BalasPadamAlhamdulillah.. murah rezeki kak Amie..
BalasPadam