Secawan Kopi Tenom Sepiring Kacang Kuda di Petang Nan Dingin

7:41 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Sebaik sahaja pulang dari melaksanakan aktiviti kokurikulum, terus sahaja bersihkan diri kemudian solat zohor dan terus berehat. Tengah hari ini tidak masak sebab sudah isi perut di luar. Rehatnya berpanjangan kerana rasa sangat nyaman dengan cuaca sejuk disebabkan hujan. Menjelang petang, masuk dapur dan rebus kacang kuda yang sudah direndam sebelum subuh pagi tadi. Biasanya kalau hendak rebus waktu pagi, bolehlah rendam sebelum tidur malam. Kiranya lebih lapan jam jugalah Amie rendam kacang kuda. memang kembang eloklah kacang kudanya.
Setelah kacang kuda empuk, untuk tambah enak ditumis dengan hirisan bawang merah, biji sawi dan daun kari. Tambahkan garam dan sedikit gula. Aromanya yang lembut bercampur bau daun kari sudah tentu memenuhi ruang dapur dan mengundang selera untuk segera mencicipinya.

Mari hidangkan kacang kuda dengan kopi Tenom yang semerbak wangi ketika direnih atas api dapur. Sambil hirup kopi, sambil kunyah kacang kuda, sambil sembang dengan suami, sambil melayan Firdaus yang mula berselera makan.

Secawan Kopi Tenom & Sepiring Kacang Kuda


Resipi Kacang Kuda Tumis Daun Kari
Bahan-bahan:
  • 250 gram kacang kuda - rendam selama 8 jam atau semalaman
  • 2 pelepah daun kari - lurutkan daunnya
  • 2 sudu kecil biji sawi
  • 3 biji bawang merah - hiris
  • garam / gula secukupnya
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • air secukupnya
  • 3 sudu besar minyak
Cara memasak:
  1. Rebus kacang kuda selama 1/2 jam atau sehingga empuk. Jangan lupa tambahkan serbuk kunyit.
  2. Setelah kacang kuda empuk, toskan airkan dan ketepikan.
  3. Panaskan minyak.
  4. Goreng bawang merah, biji sawi dan daun kari.
  5. Setelah gorengan terbit aroma, masukkan kacang kuda rebus dan gaul rata.
  6. Taburkan garam dan gula secukup rasa. Amie masukkan 1 sudu kecil garam dan 1 sudu kecil gula.
  7. Gaul beberapa kali, dan padamkan api dapur.
  8. Sedia untuk dihidangkan.

Secawan Kopi Tenom

Setelah menikmati secawan kopi Tenom yang enak, mari kita kongsi ilmu untuk muhasabah diri. Amie petik daripada tajuk Taubat, kitab Riyadus Solihin (Taman Orang Soleh) karya agung Imam Nawawi edisi terjemahan:

Para ulama menjelaskan:
Bertaubat daripada dosa adalah satu kewajipan. Sekiranya dosa yang dilakukan itu berkaitan dengan hak Allah, bukan dengan hak manusia, maka taubatnya ada tiga syarat:
  1. Perlu berhenti daripada terus melakukan dosa itu.
  2. Perlu menyesal kerana melakukan dosa itu.
  3. Perlu bertekad tidak mengulangi dosa yang sama pada masa akan datang.
Sekiranya satu daripada tiga syarat ini tidak dipenuhi, maka taubat orang itu tidak diterima Allah. Namun, sekiranya dosa yang dilakukan itu berkaitan dengan hak seseorang manusia maka syarat taubatnya ada empat. Tiga daripadanya adalah sama seperti yang dinyatakan sebelum ini. Manakala syarat yang keempat adalah mengembalikan hak orang itu. Sekiranya hak itu berkaitan dengan harta dan seumpamanya, maka harta itu hendaklah dikembalikan kepada pemiliknya.

Sekiranya hak itu berkaitan dengan maruah seseorang, seperti orang yang melakukan dosa itu menuduh seseorang berzina tanpa ada empat orang saksi, maka hendaklah orang yang bersalah itu meminta maaf daripada orang yang kena tuduh. Sekiranya dosa itu berkaitan dengan mengumpat, maka orang yang mengumpat perlu meminta maaf daripada orang yang kena umpat.

Orang yang melakukan dosa, mestilah bertaubat. Sekiranya dosa itu melibatkan ramai pihak, dan orang yang melakukan dosa itu bertaubat pada sebahagian dosanya sahaja, maka taubatnya itu diterima. Tetapi baki sebahagian dosa yang melibatkan pihak lain, tetap ditanggung oleh orang yang melakukannya.

Firman Allah dalam surah an-Nur ayat 31 yang bermaksud:
Bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman. Mudah-mudahan kamu berjaya.

Firman-Nya lagi menerusi surah Hud ayat 3 yang bermaksud:
Hendaklah kamu minta ampun kepada Tuhan-Mu. Kemudian, hendaklah kamu kembali taat kepada-Nya.

Menerusi surah at-Tahrim ayat 8 pula, firman Allah berbunyi begini:
Wahai orang yang beriman. Bertaubatlah kamu kepada Allah  dengan taubat yang sungguh-sungguh.

8 comments

  1. makan kacang kuda sambil layan movie pun sedap gak hehehe

    BalasPadam
  2. Nostalgianya kacang kuda rebus...
    Kacang kuda niasak kari cicah roti paratha pun sedap ni..ish..tetiba terliur

    BalasPadam
  3. Selamat melayan selera.
    Tk perkongsiannya

    BalasPadam
  4. Terima kasih atas perkongsian Kak Amie.

    Sy pernah buat Kacang Kuda macam ni tapi sy ngelat beli kacang kuda yg dah siap rebus di oasar malam 😂

    BalasPadam
  5. pekat melikat kopinya tu kak... fuhhhh👍👍👍

    BalasPadam
  6. Lama betul SA x makan kacang kuda rebus tu

    BalasPadam
  7. Tengok kacang kuda ni auto teringat zaman sukan sekolah. Masa tu je lah dapat makan kacang kuda. Takpun pasar malam tapi sangat jarang jumpa orang jual. Sedap makan panas panas. Lagi-lagi berperisa. Lain sikit kombinasi minum petang dengan kopi tenom.

    BalasPadam
  8. Sedap kacang kuda dan kopi..
    Terima kasih atas perkongsian Kak Amie..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe