Pulut Tiga Rasa

11:39 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Selamat berhujung minggu. Apa aktiviti hari ini? Semoga apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. 
Sudah masak untuk makan tengah hari?
Kami masih kenyang sarapan Pulut Tiga Rasa. Jadi belum bersedia untuk masuk dapur lagi.

Jom sarapan Pulut Tiga Rasa dengan Rendang Rusa.
Resipi Rendang Rusa ada di sini: RESIPI RENDANG RUSA.

Pulut Tiga Rasa & The Gang


Pulut Tiga Rasa & The Gang:
  • Pulut Kuning
  • Pulut Pandan
  • Pulut Bunga Telang
  • Rendang Rusa
  • Telur Rebus
  • Mangga Manila

Air Bunga Telang


Resepi Air Bunga Telang ada di sini: 


Amie hanya kukus pulut dan rebus telur sahaja. Rendang Rusa memang sudah sedia ada dalam freezer. Nyahbeku dan panaskan. Encik Suami kutip mangga manila di belakang rumah. Harum dan manis. Mangga manila ini dari pokok jiran belakang rumah. Pokoknya berbuah lebat dan kalau buahnya sudah masak, sebahagiannya jatuh ke belakang rumah tiga jiran termasuk kami. Sudah dipesan oleh tuan mangga manila kalau mangga jatuh ke kawasan kami, ambil saja. Alhamdulillah. Boleh dikatakan setiap hari memang gugur sebiji dua di belakang dapur kami.

Pulut Tiga Rasa & The Gang

Amie gunakan kreativiti sendiri untuk masak sekali gus Pulut Tiga Rasa. Jomlah baca cara olahannya di bawah ini.

Resipi Pulut Tiga Rasa
Bahan-bahan:
  • 3 cawan beras pulut - cuci dan toskan
  • 2 cawan  air ditambah 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 cawan jus daun pandan
  • 2 cawan air rebusan bunga telang
  • 300 ml pati santan
  • garam & gula secukupnya
Cara penyediaannya:
  • Bahagikan beras pulut kepada tiga bahagian. Setiap satu bahagian direndam dengan air kunyit, jus daun pandan dan sir rebusan bunga telang secara berasingan.
  • Rendam selama 2 jam.
  • Didihkan air dalam periuk pengukus.
  • Bahagikan tiga ruangan untuk setiap beras pulut.
  • Kukus selama 20 minit.
  • Campurkan  pati santan dengan garam & gula secukupnya.
  • Buka penutup pengukus, dan tuangkan santan tadi secara sama rata ke atas ketiga-tiga jenis pulut tadi.
  • Gaul perlahan-lahan hingga sebati dan tutup semula periuk pengukus.
  • Biarkan selama 10 minit atau sehingga pulut tanak / masak sepenuhnya. 

7 comments

  1. Rajinnya mambang bantu kak AMie buat tiga jenis pulut. Tentu sedap dimakan dengan rendang rusa. Pulut mangga pun sedap juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rupanya si mambang patah balik ke LD.
      Dah disuruh pulang ke Tanah Jauhar, tapi hatinya tertinggal di sini.

      Padam
  2. Cantiknya kak..warna warni..sedap jugak pastinya..

    BalasPadam
  3. Menarik tu kukus sekali 3 perisa.
    Kak Amie guna loyang yang berbeza ke untuk kukus pulut tu dalam periuk kukusan?
    Bila baca nampak macam satu tapi bila campurkan santan tak bercampur ke warna nya?

    BalasPadam
  4. ya Allah kak, geramnya nengok semua menu tu . lengkap dengan lauk dan buah mangga lagi aduhai

    BalasPadam
  5. Dah macam kat Resto ni Kak Amie. Sedapnya 3 jenis pulut tu, menarik 3 warna 3 rasa berbeza. Dihidangkan pulak dengan rendang rusa. Alahaii terliur. Lama tak makan daging rusa yang sedap tu.

    BalasPadam
  6. aduyai sedapnya pulut dan rendang... tgk org lain mcm senang je masak pulut tp sy masih x konfiden lg nk masak pulut... tkt x jadi... tp mmg x pernah cuba pun, macam mana nk tau jadi ke x kan? beli je beras pulut tp x masak... semoga kak amie dpt bg motivasi utk org mcm sy ni try masak pulut.. hehehe

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe