Makkah Arab Food Lahad Datu

3:59 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Jom jalan-jalan cari makan di Makkah Arab Food Lahad Datu. Restoran ini terletak di Bandar Seri Perdana, Lorong 3 dan baru dibuka pada hari Sabtu lepas. Kami datang kelmarin, hari Isnin iaitu hari ketiga selepas dibuka.

Sewaktu kami sedang makan, Encik Suami disapa oleh salah seorang pelanggan yang baru sampai. Beliau ialah kawan Encik Suami. Katanya kelmarin dia datang ke sini tetapi makanan sudah habis. Jadi, hari ini diulang semula datang untuk menjamu selera. 

Sewaktu kami hendak pulang, Encik Suami sempat berbual dengan empunya restoran. Katanya, restoran tutup pukul 10 malam tetapi kelmarin terpaksa tutup pukul enam petang kerana makanan sudah habis. Hari Sabtu dan Ahad, mereka akan masak nasi arab dua kali dan makanan yang dimasak tidak disimpan lama kerana mereka mementingkan kesegarannya.

Hidangan Makan Tengah Hari:
Mix Grill Large with Rice
Arabic Tea
Cocktail


Gambar-gambar ini diambil pada pukul tiga petang selepas kami menjamu selera. Sebelum ini tempat duduk dipenuhi pelanggan, jadi kalau ambil gambar banyaklah aksesori yang akan tersangkut!



Para pekerja dan tuan punya restoran sangat peramah.


Para pelanggan boleh memilih tempat duduk samada di bahagian luar, duduk di kerusi atau di dalam bilik bertabir, duduk bersila.


Setiap bilik makan dihiasi dengan lukisan mural dengan cerita yang tersendiri.



Encik Suami ajak makan di dalam bilik.


Banyak menu yang ditawarkan di dalam katalog Makkah Arab Food.

Kami memesan teh Arab.


Untuk memesan makanan, kami memastikan terlebih dahulu saiz makanan yang akan dihidangkan. Misalnya kami memesan Mix Grill Large with Rice. Menurut pelayan di situ, nasinya untuk saiz seorang tetapi kebabnya boleh dimakan dua orang. Boleh beli satu sahaja, dan akan ditambah sepinggan nasi lagi.



Lain kali boleh datang ke sini lagi untuk mencuba masakan yang lain pula.


Model Makkah Arab Food Lahad Datu


Cocktail

Eloklah makan buah dahulu sebelum makan berat.


Lukisan mural yang mengasyikkan!


Sementara menunggu hidangan disajikan, ambil gambar cocktail berlatarbelakangkan lukisan mural.

Arabic Tea

Arabic Tea didatangkan dalam teko dengan dua biji gelas. Kami minta tambahan air panas kosong kerana rasa teh Arab sangatlah manis. Setelah ditambah air panas, terasalah keenakan teh Arab yang manis-manis manja dengan aroma pudina yang menyegarkan

Mix Grill Large with Rice

Mix Grill Large with Rice : RM53.00

Tambahan sepinggan nasi.


Kalau makan seorang memang tak boleh habis!
Ada kebab daging dan kebab ayam.

Encik Suami kata, aroma nasi arab di sini sama dengan aroma nasi arab di Makkah dan Madinah. Sudah namanya nasi arab, sudah tentulah bau nasi arab. Tak kan laah bau nasi ambeng pulak!

Seteko teh arab panas yang sudah ditambah air panas kosong, rasanya manis-manis manja diselangi haruman pudina! Habis oleh kami berdua.

Encik Suami kata, harga makanan dan minuman serta cocktail RM76.00.


Sekian.
Cerita makan di Makkah Arab Food Lahad Datu.

8 comments

  1. Banyak jugak restoran yang menarik di Lahad Datu kan Kak Amie. Tak susah cari makanan sedap kat sana.

    BalasPadam
  2. Ni mesti rindu makanan di Mekah, kan. Murah jugak banyak macam tu baru RM76.. tiber pulak sy lapar nasi arab ni 😆😆😆

    BalasPadam
  3. cantik deko kedai dia..kerusi dan meja membawa pelanggan ke negara timur tengah..kebab dia sedap nampak.

    BalasPadam
  4. Restoren baru 3 hari dibuka pasti ramai yang datang mencuba.
    Deko pun cantik.
    Meriah koktelnya.

    BalasPadam
  5. ini lebih daripada restoran arab ni kak! tercabar org arab kalau tgk. makanan punnnn... menggoda selera!

    BalasPadam
  6. Dekorasi kedai mengikut tema betul. Penuh buah-buahan cocktailnya. Puas hati menikmati. Hihi..kalau masuk kedai makan arab bau nasi ambeng lain pula jadinya nanti.

    BalasPadam
  7. Nampaknya kena ke lahad datu la nanti untuk explore...sehari dua x cukup ni..kena seminggu kat sana..hahahahaha

    BalasPadam
  8. cantik alas meja & kerusi...wahh, bagus sambutan, sampai habis makanan...Alhamdulillah..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe