Kerisi Goreng VS Kerisi Asam Rebus
9:00 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Petang tadi gagahkan diri masuk ke dapur. Teringin hendak makan nasi lauk ikan kerisi. Dahulu, kalau arwah Ayahanda beli ikan kerisi di Sungai Buluh, memang seronok sangatlah kami dapat makan ikan segar. Selain masak pindang, Bonda akan goreng. Teringat garam yang digunakan garam kasar, dan kunyitnya pula kunyit hidup ditumbuk lumat kemudian digaul bersama ikan kerisi. Biasanya arwah Ayahanda akan beli ikan dalam jumlah yang banyak, berkati-kati. Setelah Bonda goreng garing sampai hilang bunyi minyak menangis dalam kuali, Bonda simpan di tempat yang tersembunyi. Tak boleh simpan dalam gerobok sebab nanti akan diratah oleh kucing kepala hitam! Jadi Bonda masukkan dalam periuk besar yang bertutup rapat, dan di atasnya ditindih lagi dengan periuk lain. Begitulah cara orang dulu-dulu hendak catu makan ikan. Maklumlah, orang kampung macam kami biasanya makan nasi lauk ikan kering saja.
Aroma ikan kerisi goreng yang disimpan dalam bekas tertutup (periuk besar) memang sedapnya lain macam. Biasanya kalau sebelah pagi, Bonda akan rebus ubi kayu untuk sarapan dan dijadikan bekal menoreh getah. Apabila ubi kayu rebus bertemu dengan ikan kerisi goreng garing yang sudah semalaman di simpan, memang kami berasa seperti dapat makanan dari syurga! Ikan kerisi goreng yang sudah bermalam dalam periuk bertutup rapat tidak lagi garing tapi jadi lembut dan keluar aroma yang sungguh enak!
Sambil terkenang-kenang dan mengenang-ngenang nostalgia masa lalu, siaplah hidangan makan malam kami. Amie goreng seekor ikan kerisi, dan masak asam rebus seekor lagi. Amie tumis sayur taugeh campur lobak merah dan kacang panjang berperencah daging. Tambahkan lagi satu lauk iaitu telur dadar.
Sementara menunggu Encik Suami dan Firdaus pulang, tangkaplah dahulu gambar hasil air tangan hari ini. Dan sebelum maghrib, kami sudah selesai makan malam. Sayangnya, kurang berselera pula makan nasi lauk ikan kerisi, dan rasa hendak terkeluar pula isi perut!
Selepas makan, Amie makan ubat dan rasanya hendak berehat sahaja tetapi tidak boleh lelapkan mata. Mata sebelah kanan nampak merah dan sembab. Firdaus tolong titiskan eyemore.
Hidangan Makan Malam |
Ikan Kerisi Masak Asam Rebus |
Selalunya suka hirup kuah asam rebus ikan, tapi petang tadi hanya dua sudu saja masuk mulut. |
Ikan Kerisi Goreng |
Ikan kerisi goreng ini Encik Suami dan Firdaus yang habiskan. |
Sayur Taugeh Goreng dengan Daging |
Firdaus kata sayur taugeh ini sedap sebab ada daging. |
Telur Dadar |
Itulah....
Bersungguh-sungguh masak, tapi apabila dihidangkan selera hilang! Agaknya sudah jemu makan hasil air tangan sendiri.
Biarlah Kerisi Goreng VS Kerisi Asam rebus sesama mereka.
15 comments
setakad nii, kak ana selalu goreng je ikan kerisi ni Amie :)
BalasPadamsungguh membuat saya lapar
BalasPadamMembaca kenangan ikan kerisi yang disimpan semalaman akan dengan ubi rebus seakan tercium aroma nostalgianya...
BalasPadamIkan kerisi ni oreng tanpa buang sisik pun sedap kan makan masa panas-panas...lemak masin sisiknya
sakit mata ke kak?saya dah lama tak ke pasar aissh terbayang2 juga kerisi goreng,zaman kecil dulu mak suka goreng ikan kerisi tak buang kulit
BalasPadamSy suka goreng berlada ikan kerisi ni, utk pancing selera anak²...jika goreng kosong, depa tak suka. Bersalut cili, bawang suka pulak 😅
BalasPadamKenapa tiba² hilang selera.. terlalu terbawa memori lamakah?
BalasPadammenu amie terbaik tiasa tergoda selera
BalasPadamSemoga selera makan bertambah baik kak.
BalasPadamGamaknya kenalah Encik Majid pula yang memasak ni.
sy suka kerisi goreng berbanding msk berkuah. kalau panas2 tu lajuuuu je mkn hehehe
BalasPadamCantiknya sajian sayur dan lauk pauk dalam piring, seperti sajian di restoran...bikin selera makan kak
BalasPadamSalah tau ikan kegemaran iaitu ikan kerisi. Saya suka masakn kerisi asam pedas selain goreng garing.. Gambar post Kak Amie menggoda.. :)
BalasPadamantara ikan kegemaran, masak apa pun sedap kak
BalasPadamBegitulah kaedah orang dulu-dulu. Tak pernah tak sedap air tangan mak-mak kita. Kalau ikan kerisi biasa saya goreng, belum pernah cuba masa asam rebus. Boleh cuba cara kak Amie pula. Sedap taugeh segar gitu tambah pulak ada daging. Ada pulak penggemarnya ye. Bagus Daus suka makan sayur. Agaknya memang camtu kot kak Amie. Kadang jemu masakan sendiri. Kena makan kat dapur orang lain sesekali.
BalasPadamSedapnya ikan kerisi goreng...semalam Pak Zain ada beli..tapi dia buat asam pedas..buat sampai 3 ekor..sudahnya x habis
BalasPadamTapi memang beberapa orang yg suka masak, terkadang selera nak makannya bisa hilang. Kayak mama saya. Masakannya enak, dan memang suka masak. Tapi kalo dah selesai, selalu bilang ke kami, selera makan dah hilang, alasannya terlalu penat 😅.
BalasPadamSaya LBH suka ikannya digoreng , drpd yg masak kuah kak amie.apalagi kalo pakai sambal 👍