Anggur Premium Sunshine Muscat Japan
6:04 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Dua hari lepas dalam perjalanan pulang dari klinik terus singgah di Coldstorage Bandar Tabanak. Konon hendak cari buah, buat masam manis mulut yang pahit. Hendak beli donut peach yang sedang viral tapi mata tertipu oleh warna merah buah epal saja! Sebiji donut peach pun tak jumpa. Terpandang buah anggur yang sedang viral juga, shine muscat tapi apabila tengok harga terus rasa tergeliat kaki nak cepat-cepat keluar dari coldstorage. Bukan kaki saja rasa tergeliat, mata pun ikut terjuling. Harga sekilogram RM117.00! Ditulis besar-besar pula! Buahnya besar, sama macam yang kami makan seorang sebiji di Muar tempoh hari. Harga di Muar masih boleh diampunkan.... RM80.00 sekilogram! Harga RM117.00 sekilogram itu kira harga kayangan langit ke berapa entah. Encik Suami yang bawa bakul terpinga-pinga bila kita cepat-cepat ajak ke kaunter pembayaran dengan isinya tiga kotak biskut sahaja!
Dua hari lepas dalam perjalanan pulang dari klinik terus singgah di Coldstorage Bandar Tabanak. Konon hendak cari buah, buat masam manis mulut yang pahit. Hendak beli donut peach yang sedang viral tapi mata tertipu oleh warna merah buah epal saja! Sebiji donut peach pun tak jumpa. Terpandang buah anggur yang sedang viral juga, shine muscat tapi apabila tengok harga terus rasa tergeliat kaki nak cepat-cepat keluar dari coldstorage. Bukan kaki saja rasa tergeliat, mata pun ikut terjuling. Harga sekilogram RM117.00! Ditulis besar-besar pula! Buahnya besar, sama macam yang kami makan seorang sebiji di Muar tempoh hari. Harga di Muar masih boleh diampunkan.... RM80.00 sekilogram! Harga RM117.00 sekilogram itu kira harga kayangan langit ke berapa entah. Encik Suami yang bawa bakul terpinga-pinga bila kita cepat-cepat ajak ke kaunter pembayaran dengan isinya tiga kotak biskut sahaja!
Hari ini tunggu peluang Encik Suami siapkan kerjanya. Kita ajak Encik Suami ke pasar raya, alasan hendak beli buah. Encik Suami kata laratkah berjalan? Kita kata, dah mula rasa sihat. Keluar dari pasar raya, hanya beli sayur, limau kasturi, limau nipis dan nanas sahaja. Tidak ada donut peach dan shine muscat grape!
Singgah pula di fruits market di Perdana Square. Ternampak buah anggur hijau. Tengok tulisan pada paket buah anggur tertulis : Sunshine Muscat Grape. Harga satu kilogram RM49.00. Kita ambil satu paket seberat 580 gram dengan harga RM28.42sen.
Eh, Shine Muscat Grape atau Sunshine Muscat Grape?
Sampai ke rumah tak sabar nak rasa. Sempat masuk mulut sebiji sewaktu basuh anggur Sunshine Muscat di sinki. Wah, betullah bukan jenis anggur biasa! Sunshine Muscat sudah kategori anggur kayangan sebab makan sebiji bagaikan mengunyah buah dari syurga. Buahnya cantik melekat kukuh di tangkai, gebu dengan warna hijau menawan, rasanya pula manis berjus dan tidak berbiji!
Makanlah kami berbiji-biji, dan tinggalkan separuh untuk Firdaus yang akan pulang dari sekolah sebelah petang nanti.
Namun begitu, rasanya tetap tidak sama dengan anggur yang kami makan di Muar! Mungkin anggur di Muar itu sama jenis dengan anggur RM117.00!
Inilah sebungkus kecil Sunshine Muscat Grape yang kami beli. Balik rumah, Amie terus cantas pucuk pokok anggur dengan beberapa helai daunnya di belakang rumah buat hiasan anggur kayangan ini. |
Tidak pastilah samada sama atau tidak Sunshine Muscat Grape dengan Shine Muscat Grape yang sedang viral itu.
Harapnya harga anggur ini pada masa akan datang bolehlah turun sedikit semua orang boleh beli dan merasa. Memang ada beza rasa anggur biasa dengan anggur ini kerana ia lebih rangup dan manis.
Sekarang Firdaus sudah makan Sunshine Muscat Grape. Cara Firdaus makan anggur sudah tentulah dibuang kulitnya! Makan dengan kulit atau buang kulit, tetap sama sedapnya.
Dengan berakhirnya suapan terakhir buah anggur ke mulut Firdaus, maka tamatlah cerita tentang Sunshine Muscat Grape. Biasanya kalau beli anggur memang berhari-harilah simpan dalam peti sejuk, tetapi tidak apabila beli Sunshine Muscat Grape! Rasanya, cukuplah dahulu beli untuk kali ini. Ada rezeki, bolehlah cuba beli lagi.
14 comments
Tergeliat jugak biji mata saya baca harga sekilo anggur tu Kak Amie 👀
BalasPadamSaya terbaca dalam Berita Harian, pada 2021 di negara kita sudah ada pengusaha anggur ini dan bakal dijual dengan harga RM600.00 sekilogram. Allahu Akbar! Baiklah makan RM daripada makan anggur hihihiii.
PadamWow ... Luar biasa. Makan sebuah kayak ngunyah buah syurga. Chchkchk
BalasPadamYa, Ibu Nur. Membayangkan lazatnya rasa sunshine muscat grape ini.
PadamHahahahaha anggur satu ini memang mahaal kak. Di jakarta pun sama 🤣. Saya pernah beli, tapi dapat yg kualitas tak terlalu baik, agak sedikit asam. Pantes agak murah. Kalo mau yg grade A super mesti beli di toko buah asing, yg mana hrgnya memang tak main2 . Tapi kalo dpt yg manis, duuuh betullah, kayak buah surga hahahaha
BalasPadamBetul Fanny.
PadamMemang adakalanya dapat yang sedikit masam. Pernah sekali dulu saya beli, rasanya agak masam, tapi mungkin bentuk dan rupa agak sama tapi bukan jenis yang saya beli sekarang ini.
gulp...gulp..gulp..
BalasPadamTelan ayaq lioq...
spechless
Alaaaa... Mama Cella kenalah telan anggur, bukannya telan ayaq lioq kihkihkihhh! ....... dah rasa barulah speechless hihihiiii.
PadamLast week saya ada beli anggur Shine Muscat di Jaya Grocer tapi rasanya tidak seperti yang diharapkan sebab pernah makan yang lagi manis dan crunchy. Susah juga nak beli buah ni sebab kita tak boleh nak mencuba unless beli di pasar malam yang mana peniaga akan beri free sample untuk dicuba 😅
BalasPadamBetul tu Faizah.
PadamMmemang tak best kalau tak cuba dulu sebelum beli. Itulah risikonya bayar mahal apabila kita makan tak seperti yang diharapkan.
mentang2 kt rumah ad pokok anggur siap gambar ada daun anggur, nampak real. Memang sedap dan lain rasanya dengan anggur biasa, harga pun kayangan kan
BalasPadamcantikkkk kejadiannyaaaa!! bulat bulat! sekali tgk je dah tahu rasanya yg fuhhhh!!!
BalasPadamAduhhh.. kalah harga durian ni, Kak Amie.
BalasPadamAgaknya peach donut tak sold out. Takpun belum tiba stok baru. Harap ada rezeki kak Amie merasa donut peach pula nanti. Saya pun tak pasti Shine Muscat Grape atau Sunshine Muscat Grape. Mungkin yang kak Amie rasa kat Muar tu betul betul kayangan kot kan. Entah gred berapa lah tu. Betul, buah ni sekali hadap je boleh habis.
BalasPadam