Sedapnya Menyendol di Warong Estet Cendol Sawit Bukit Kuching!

9:09 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Rancangan kami setelah hantar Bonda pulang ke rumah, kami akan solat jamak taqdim sebelum meneruskan perjalanan ke Sepang. Abang Farid sudah tempahkan homestay yang tidak jauh dari KLIA. Jadualnya, keesokan harinya kami akan terbang ke Tawau. Tiba-tiba Wak Aton hantar mesej, ajak kami makan cendol di Bukit Kuching pada pukul dua petang. 

Hai, 'meriah' sungguh kampung kami sekarang ini! Sebut pasal kampung kami yang jiran berjiran keturunan Jawa dan Banjar hidup penuh harmoni, ada empat buah:
  • Kampung Bukit Kuching
  • Kampung Bukit Cherakah
  • Kampung Bukit Hijau
  • Kampung Parit Mahang
Apa yang dimaksudkan dengan 'meriah' sudah tentunya terdapat banyak gerai atau warung makan di setiap kampung. Di waktu malam, penuh dengan lampu warna-warni menarik perhatian pelanggan yang datang. Sebelah paginya, warung-warung sudah bersedia menyambut pelanggan dengan pelbagai menu sarapan pagi yang sedap-sedap belaka. Pendek kata, kalau tidak ada masa untuk memasak, kunjungi sahajalah mana-mana warung yang ada. Harganya pula memang harga mampu bayar. Seronoknya!

Sewaktu kami tiba, bahagian dalam warung sudah dipenuhi pelanggan yang datang dari pelbagai tempat. Kami duduk di meja bahagian luar, dan agak panas oleh sinaran matahari tetapi syukurlah dapat juga tempat duduk. Tidak lama kemudian tali terpaksa direntang di pintu masuk dan pelanggan yang datang terpaksa menunggu giliran di luar!

Pelbagai jenis cendol dan minuman sejuk.


Minuman / cendol yang dipesan:
  • Cendol Biasa
  • Cendol Ais Krim
  • Cendol Mangga
  • Cendol Special - Durian D24, Mangga & Naga
  • Milo Kepal Ais Krim
  • Laici Kang
Abang Farid : Milo Ais Kepal Ais Krim

Cendol Special Durian D24, Mangga & Naga



Makanan pun banyak pilihan.
Semuanya macam sedap belaka!

Mi Kari, Laksa & Rojak Ayam

Bonda : Mi Kari

Amie : Laksa

Encik Suami & Fuad : Rojak Ayam

Roti John Cheese

Abang Farid & Aseeyah : Roti John Cheese


Firdaus hanya minum teh ais sahaja, dan Fuad pula memilih laici kang.


Firdaus minta Abang Farid suap roti john kerana makanan yang dipesan belum sampai.

Kentang Goreng

Tidak lama kemudian sampailah makanan yang ditunggu Firdaus. Tak lain tak bukan, kentang goreng!

Bismillah.


Terima kasih daun keladi Wak Aton kerana belanja kami menyendol di Warung Estet Cendol Sawit Bukit Kuching. Moga tambah rezeki Wak Aton sekeluarga.

Jemputlah singgah menyendol di Cendol Sawit Warung Estet Bukit Kuching yang terletak di:
Jalan Mawar, 
Kampung Bukit Kuching Hilir,
Jeram,
Selangor.

18 comments

  1. Macam-macam jenis cendol ada.
    Hehe. Ini kena kongsi untuk rasa menu yang berbeza.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak sangka di kampung sendiri ada cendol sedap begini!

      Padam
  2. Maigaddd , terliurnyaaa tengok cendollll .

    BalasPadam
  3. fuh! bestnya! semua nampak sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap!
      Lain kali kalau balik kampung mesti nak singgah sini lagi.

      Padam
  4. Banyak juga jenis cendolnya kak ..apalagi di minum di kala cuaca lagi cerah..emmm sedapnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu.
      Cuaca panas, dapat minuman sejuk yang lazat!

      Padam
  5. Belum sampai² lagi ke sini, padahal dah lama simpan dlm bucket list :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mari PH, datang ke mukim Jeram di kampung kami.

      Padam
  6. Sedap2 rupa cendol dan makanan kat sini. Kenapa saya baru tau ada tempat ni. Kalau ada rezeki nak singgah cuba makanan dan cendol di sini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh datang sini Carneyz, ikut jalan Puncak Alam.

      Padam
  7. Selamat menyondol
    Ehh maaf salah eja
    Selamat menyendol

    BalasPadam
  8. Selain cendol, makanan lain pun tak mengecewakan tu. Kenapa Daus minum teh o ais jer, Daus tak suka cendol?

    BalasPadam
  9. mata saya nampak mi kari je kak...waduhhhh tengah hari ni nak cari mi kari jugalah haahah

    BalasPadam
  10. Macam-macam jenis cendol ada. Menu lain tu menu favourite. Kalau saya tak tahu nak makan mana satu. Semua macam nak..hihi..Baiklah kot terlalu kat sini boleh menyinggah. Kentang goreng dan Firdaus berpisah tiada.

    BalasPadam
  11. Sedap betul la semua hidangan tu..cendol tu pun nampak sedap betul

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe