Sarapan Roti Cecah Sup Tulang
10:57 PGBismillahirrahmanirrahim.
Salam Maal Hijrah 1445 buat semua pengunjung setia Amie's Little Kitchen. Marilah sama-sama memperingati hari penting bagi umat Islam sempena penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Atas perjuangan baginda dan para sahabat, akhirnya agama Islam bertapak kukuh di muka bumi.
Apa cerita hari ini?
Sudah sarapan?
Kami sarapan roti cecah sup tulang. Malam tadi, sebelum masuk tidur Amie masak tulang lembu di dalam slow cooker. Apabila bangun pagi, daging yang menyalut tulang sudah empuk dan banyak yang tanggal. Amie hanya tumis rempah dan bawang sahaja, kemudian masukkan ke dalam slow cooker, dan tutup. Apabila dibuka semula, enak sungguh aroma Sup Tulang Tumis Darat!
Sudah sarapan?
Kami sarapan roti cecah sup tulang. Malam tadi, sebelum masuk tidur Amie masak tulang lembu di dalam slow cooker. Apabila bangun pagi, daging yang menyalut tulang sudah empuk dan banyak yang tanggal. Amie hanya tumis rempah dan bawang sahaja, kemudian masukkan ke dalam slow cooker, dan tutup. Apabila dibuka semula, enak sungguh aroma Sup Tulang Tumis Darat!
Kononnya hendak makan dengan roti sahaja, tetapi terhidang sekali dengan butter cake dan biskut. Hantam sajalah!
Sup Tulang, Roti & The Gang |
Sup Tulang Tumis Darat |
Roti Panggang |
Butter Cake |
Plain Crackers with Sesame |
Air Mata Kucing (Luo Han Gou) |
Resipi Sup Tulang Tumis darat ada di sini: SUP TULANG TUMIS DARAT YANG SANGAT SEDAP! Bezanya kali ini Amie masak dalam slow cooker. Rasanya sudah tentu lebih segar dan manis sebab dimasak secara pujuk rayu, slow-slow gitu .... ahaks! Encik Suami kata, sedap sangat kalau makan dengan nasi. Jadi, tengah hari nanti bolehlah hidangkan baki Sup Tulang Tumis Darat dengan nasi pula.
Jom sarapan sama! |
7 comments
Kena beli slow cooker la sebijik.. nak masak penuh pujuk rayu dan cumbuan, hahahaha.
BalasPadamWah.. Bestnya Slow cooker.. macam nak kena sambar satu je.. kikiki..
BalasPadamsedapnya sup tulang... celur meehoon tu dh jd meehoon sup tulang kak
BalasPadamMasya Allah...terliur tengok dalam cuaca dingin pagi ni..
BalasPadamIngatkan ayaq kopi..rupanya longan🤭
Menarik persenbahannnya menambahkan keinginan untuk menyamtap
Cantiknya kejadian sup tulang tu.
BalasPadamMeriah gandingan sarapan pagi!
Suka sup tulang tumis darat ni sebab aroma rempah dan bawang goreng tu menambah kesedapan lagi. Aroma tu memang memukau rasa tak sabar nak makan.
BalasPadamini memang terangkat kak! sampai tengah hari kenyang lagi pekena sup dgn roti!
BalasPadam